Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Thursday 15 September 2011

Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum...

Aku juga ambil kesempatan juga (seperti blogger-blogger lain) menulis ucapan untuk hari cuti umum yang baru ni "Hari Malaysia".
Selain dari berehat-rehat memandangkan cuti umum kita seboleh-bolehnya memanjatkan kesyukuran dengan kehidupan yang kita tempoh hari ini dan juga kejayaan-kejayaan yang telah di raih oleh Negara Tercinta kita ini. Malaysia memang bumi bertuah! Masih mendapat rahmat yang banyak dari yang maha Esa.
Tidak pernah lagi di uji dengan malapetaka bencana alam yang maha hebat seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti di Jepun mahupun jiran terdekat kita Indonesia.
"Kekalutan kehidupan" dengan pergolakan dan krisis yang benar-benar mencengkam juga belum pernah kita tempuh dan rasai seperti yang berlaku di kebanyakkan negara Timur Tengah.
Disaat rakyat Negara Somalia bertarung nyawa untuk mendapatkan sesuap makanan dan air untuk menghilangkan lapar dahaga barang seminit dua, kita bersenang lenang serta kekenyangan menjamu selera dengan pelbagai hidangan enak yang melimpah ruah. Di negara-negara bergolak, ribuan nyawa terkorban akibat bencana yang menimpa disebabkan tangan-tangan manusia sendiri!
Maka dengan apa yang kita raih ketika ini, seharusnya kita hargai dan syukuri.
Walau pelbagai bangsa dan agama, kita masih mampu menjalani kehidupan masing-masing dengan aman dan tenteram. Sesekali gerimis mengundang dan kemelut di hujung muara bertandang, seharusnya kita tangani dengan bijak. Jangan lah kita mengikut emosi yang kelak merugikan kita sendiri. Perjalanan hidup masih panjang, kalau bukan untuk kita tapi untuk anak-anak generasi kita yang akan datang.
Kalau marahkan nyamuk, jangan kelambu yang kita bakar.
Hanya pesanan ringkas buat diri sendiri dan juga untuk semua yang membaca entri ini.
Sama-sama kita penuhi dan hiasi kehidupan dengan bunga-bunga cinta yang membolehkan kita mengecap bahagia hingga ke hujung nyawa.
SELAMAT HARI MALAYSIA.
Sekian...Wassalam.

Katakan saja:! sentiasa berdoa agar ditetapkan hati untuk menjadi manusia yang menginsafi diri dan bersyukur.

5 comments:

  1. selamat hari malaysia jugak bro...

    menangani negara perlu menggunakan akal yang tajam, bukan menggunakan emosi kepala lutut yang bisa menikam. tanah ini warisan, bukan harta dagangan..

    selamat menjadi rakya yang setia dan sedia berkorban untuk ibu pertiwi..

    salam dari penyamun =)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Thanks..hebat sekali en.penyamun yang budiman berkata-kata..insyaAllah, sama-sama kita jadi warganegara yang sedia berkorban jiwa dan raga. :-)

    ReplyDelete
  4. Bersyukur dilahirkan di dalam negara tercinta ini.. Selamat hari Malaysia.

    http://sweetsweet-sour.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Sya: Yes...memang kita patut bersyukur.Thanks 4 reading ya..nanti saya jenguk2 ur n3 :-)

    ReplyDelete