Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Wednesday, 14 September 2011

Belum apa-apa dah bising!

Assalamualaikum...
Tetiba rasa nak tulis entri ni...(lepaskan perasaan: blog kan salah satu tempat untuk luahkan rasa hati, so kira tempat yang sesuai la ni!)
Tengahari ni panas sikit (sikit saja)..dengan cuaca yang hangat hati pun turut selari hangat!
Kenapa?
Jawapannya kena lah secara umum...!kita kan insan biasa, ada hati dan rasa...yang tak berkenan di jiwa tentu lah mampu mengundang rasa geram dan menyampah yang tak terkata!
Bukan nya apa sangat, tapi geram dengan sesetengah manusia yang suka sangat percaya dengan spekulasi..kadang-kadang spekulasi yang dia suka tu berpaksikan persepsi otak sendiri dan dengan bangganya "menggegak gumpita" kan alam ni dengan persepsi cetek dia tu...betul ke tindakan tu? Belum apa-apa dah bising-bising macam dunia ni dia yang punya!
Selain itu, bila spekulasi tu memberi sedikit kelebihan kepada diri dan hidup dia...maka dijadikan asas kukuh untuk berlagak! Alahaiiii....aku secara sangat jujur..sangat tidak mampu untuk berdepan dengan orang yang berlagak!
Hidup kat dunia ni bukannya lama...rezeki kita, kita punya, rezeki orang biarlah dia....
Penat!Penat dan sangat penat nak menatap "wajah-wajah duka" yang mendukacitakan!
Orang-orang kita ni sangat "maju" dalam mencipta dan memainkan spekulasi yang tak pernah surut! kalau hari-hari dok dengar spekulasi dan propaganda tu, boleh bernanah telinga.
Dalam banyak entri aku sebelum ni, telah aku nyatakan kalau boleh dalam blog ni, aku nak perbanyakkan berbicara tentang keindahan kehidupan, maksudnya nak menulis perkara-perkara yang mampu merangsang minda dan hati agar boleh menyumbang ke arah kesejahteraan biarpun kesannya cuma sekecil huma.
Namun, aku juga insan biasa...marah, resah, geram dan menyampah ada pada kuantiti yang hampir sama dengan insan lain juga...jadi perlu juga aku katakan! (namun aku akan cuba elak dari menggunaka perkataan-perkataan yang kesat mahupun lucah ya) :-)
Pada orang yang suka membuat spekulasi dan berlagak tu, pandang-pandang lah sekeliling, jangan hanya rasa kau seorang saja yang tahu banyak benda dan hebat, orang lain pun ada akal dan pengetahuan juga, malah mungkin seribu kali lebih hebat dan banyak berbanding diri kau tu!
Kalau nak perasan mahupun berlagak, cermin-cermin kan diri tu dulu... untuk menginsafan diri, ingatlah perpatah melayu ada berkata" ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi"!
Selain itu, please bear in mind.. jangan ingat bila orang dengar kita berkata-kata, orang akan terus percaya dan kagum dengan apa yang diperkatakan itu, mungkin juga kata-kata itu mengundang rasa meluat dan menyampah yang hanya layak dicampak saja ke dalam tong sampah!
Apa pulak kaitan Spongebob ni ngan entri yang aku tulis ni..? tengok la muka spongebob tu! Berlagak kan? dah la tak berapa nak cantik, tapi perasan dan berlagak...malang betul! hahahaha... selain dari berkait, aku memang minat (terpaksa minat) kartun spongebob..sebab hari-hari kena temankan anak-anak aku tengok kat TV9!

Katakan saja!: Perasan dan berlagak ni satu penyakit jiwa juga sebenarnya !

4 comments:

  1. sapa yg dalam petikan??...macam kenal je.."ASTRO" kite ke? hehe

    ReplyDelete
  2. nora; hahahaha.....ada lah orang nya..kalau tak ada angin, masa kan pohon bergoyang, lain lah kalau kawasan tu ada kera..boleh tolng goncangkan! kuang-kuang-kuang..thanks cz be a top commenter of mine!

    ReplyDelete
  3. Run Away: Thanks, salam perkenalan semoga dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman :-)

    ReplyDelete