Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday, 9 September 2011

Blog Aku-Ilham Aku-Penulisan Aku- Cara Aku Lah !


Assalamualaikum…salam untuk semua.

Aku tulis entri ni adalah untuk membuat penjelasan dan menjawab komen-komen serta cadangan-cadangan yang telah diberikan oleh teman-teman di alam nyata dan di alam maya tentang entri-entri yang aku muatkan dalam blog aku ni.

Memandangkan setiap entri aku share dan post kan ke wall FB aku, maka mereka lah (friends di FB) yang menjadi pembaca setia blog aku dan komen-komen banyak datang nya dari mereka ke my inbox !

Pertama nya, aku menamakan blog aku ni Speakonmind kerana setiap apa yang aku nak tulis banyak bergantung kepada apa yang aku rasa dan fikirkan. Persepsi aku terhadap sesuatu isu itu menjadi tonggak utama yang mencorakkan penulisan aku.
Gaya bahasa juga adalah cara aku sendiri. Aku kurang berminat untuk ‘cut and paste » dari mana-mana sumber. Aku lebih suka “tulis semula” isu itu dengan cara aku.
Banyak blog yang guna kaedah “cut and paste” serta pautan dan ia nya sangat menarik serta sangat berinformasi, aku suka mengikuti dan membaca nya. Tapi itu gaya mereka, kenapa harus aku tiru pulak?....

Blog aku ni pulak lebih bersifat “personal blog” so tak salah lah untuk aku bercerita dan berkongsi kisah-kisah peribadi aku, macam kisah keluarga, anak-anak mahupun kawan-kawan. Sesekali ku selitkan juga cerita-cerita berunsur hiburan, politik dan ilmiah. Banyak juga blog-blog seperti ini ditalian….
Setakat ini aku belum bercadang untuk mengubah cara aku ni, aku gembira dan selesa dengan cara ini.
Cuma satu benda yang aku nak ubah (telah ubah). Kalau dulu aku suka tulis satu-satu entri tu panjang lebar berperenggan-perenggan, tapi dari emerhatian dan cadangan orang yang membaca, aku ringkaskan saja entri yang nak ditulis tu…ya la, kalau panjang sangat, mesti orang bosan dan tak larat nak baca, lain la kalau entri tu berbentuk cerpen atau cerita. Aku pun, kalau blog walking, jumpa ngan entri yang panjang sangat….tema nya…. Baca separuh jalan dan kalau rajin terus jump to comment space! Tak pun terus ke shout box..hehehe…!
Pun begitu, aku berterima kasih kepada teman-teman yang memberi cadangan dan pandangan…Selain itu akan terus belajar lagi untuk mendalami selok belok alam blogging ni.. (masih baru lagi aku dalam alam ni…)
Tapi, dalam penulisan ni ada kala nya emosi turut memainkan peranan…jadi, yang kasar dan pedas tu lumrah la…
Kalau ada 10 patah perkataan yang mungkin menyakitkan hati, kenapa tidak pandang 1000 patah perkataan yang mampu menyejukkan hati ?
Persembahkan lah macam mana pun entri yang kita suka yang penting tersirat nilai-nilai murni, walaupun tidak sebesar bukit cukup lah kalau hanya sebesar biji sawi, asalkan ke arah kebaikan.!
Ok itu saja…. Kalau selama ini anda suka membaca blog ini, teruskan kesukaan itu… kalau rasa menyampah, buangkan  rasa itu macam buang sampah !

Salam sayang untuk semua.

Katakan saja !: Always want to be myself.

No comments:

Post a Comment