Assalamualaikum…
Memandangkan hari ini tak mengajar kerana mengawas Peperiksaan yang sedang berlangsung, so terkial-kial lah cari bahan bacaan yang boleh dibaca untuk menghilangkan boring. (sambil-sambil jaga exam)
Sangat tertarik membaca kisah ringkas tentang lagenda Filem Dunia Steven Spielberg. Seorang Pengarah dan Penerbit filem paling berjaya dan kaya dalam sejarah penerbitan filem Hollywood khas nya dan dunia am nya.
(Buku: Karya dan Karyawan tulisan Zakaria Ariffin)
Tercicir dari menamatkan pengajian di Sebuah Universiti. Setelah 33 tahun menyambung kembali pengajian, pada masa itu beliau telah mengecapi kejayaan yang sangat besar dan membanggakan. Malah telah muncul sebagai insan seni yang paling berjaya dan memiliki kekayaan yang "tak habis dimakan" untuk beberapa generasi !
Keciciran beliau dalam pelajaran bukan kerana masalah kewangan ataupun sikap negatif yang ada dalam diri, tetapi kerana tidak sabar untuk mengejar cita-cita sebagai seorang pembikin filem.
Setelah sangat berjaya mencapai apa yang dihajati, beliau kembali menyambung pelajaran dan mampu memperolehi Ijazah Sarjana Muda bidang Perfileman ! Bayangkan setelah selepas 33 tahun !
"Saya menyelesaikan pengajian saya yang tercicir itu sebagai tanda terima kasih kepada ibu bapa saya kerana memberikan saya peluang pendidikan dan kerjaya, dan sebagai satu tanda peribadi kepada keluarga saya, juga anak-anak muda di mana saja tentang betapa pentingnya mendapat pendidikan tertinggi." kata Spielberg !
Kejayaan dan kekayaan bukan milik mutlak sesiapa. Ia nya milik semua- sesiapa saja yang berusaha sepenuh hati untuk memilikinya. Biarpun ada faktor nasib dan tentu sekali takdir, tapi motivasi diri dan sifat positif yang ada dalam diri come at the first place!
Katakan saja!: Biarpun ruang dan peluang tidak kunjung tiba, namun jangan mengalah kerana sekiranya seumur hayat ini pun kita tidak mampu memperolehi apa yang dicita-citakan, tentunya ada peluang dan rahmat lain yang telah kita raih sebenarnya walaupun kita sendiri tidak sedar bahawa kita telah dikurniakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita hajatkan itu. Kekayaan bukan kejayaan yang mutlak dan kejayaan itu sendiri terlalu subjektif untuk diterjemahkan!
Selalu memujuk diri untuk berfikiran dan bersikap positif.
spielberg main fv,. level 800++++ hahahahaa
ReplyDelete