Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Thursday, 8 September 2011

Umur tu hanya Angka!

Assalamualaikum...

Entri ni mungkin akan menimbulkan sedikit prasangka di kalangan mereka yang membaca entri ni..
Prasangka yang mungkin menuduh aku ni jejaka perasan! hahahaha....
Tapi kerana ia nya agak mengembirakan aku, so aku nak tulis jugak..jangan sentap ya!
Alkisahnya, sebentar tadi aku keluar makan bersama 2 orang anak aku...
Masa tengah makan tu, si tukang masak kedai tu (dah lama jugak aku kenal dia, selalu bersembang juga) tanya, "bawok anok-anok buah make ke? anak abe demo ke kakak demo? (tukang masak tu orang kelate jugok)
Aku senyum sumbing je... dan menjawab, laaaa, anok-anok kawe lah!
Dia seperti tidak percaya, "ooooo koya la demo ni, kalu nok anok, nikoh la cepak-cepak!" kata nya.
Member aku yang kat meja sebelah senyum jeeee....
Aku jawab lagi..."betul, ni anok kawe la...kawe dah ada 3 anak, yang kecik dok rumoh, bibik jaga, mak dia tak dok, gi kursus!"
Dia masih tak puas hati, kawe tok cayo lah katanya.
Member aku kat meja sebelah pun menyampuk "betul la tu anok dia...dia ni (tuju kat aku) napok jah muda tapi tua dah ni...anok tigo dah...!
Si tukang masak tu tanya aku, "umur demo berapa la ni"
Aku suruh dia agak then dia kata 25 tahun! wow!!!!! Bestnya........
25 Tahun tu berbelas tahun lepas........
Sekarang ni aku dah nak masuk umur ???......ehem-ehem...(kehidupan baru nak bermula pada umur ni!)
Kembang hati dan hidung aku bila orang dengan serius menjangkakan umur aku jauh (sangat jauh) lebih muda dari umur sebenar aku....sapa tak suka, kan?
Sebelum ni aku memang tak berapa suka nak bercakap asal umur, bukan takut untuk menempuh alam tua, tapi memang aku tak suka!
Pada aku umur tu hanya angka.....
Pun begitu, aku tetap lah sentiasa ingatkan diri aku yang aku ni bukannya muda lagi....
Apa yang nak aku katakan.....aku happy la dengan jangkaan orang tentang umur aku...bukan perasan ya....!
Ok..thats all...terima kasih cz sudi baca entry yang entah apa-apa ni...hahahahaha....

Katakan Saja!: Ada sapa-sapa nak ambil aku jadi duta produk? eeemmm produk awet muda ke!? kuang-kuang-kuang!

3 comments:

  1. ..sentap hati mak nok..hehee..

    ReplyDelete
  2. Fatin: hahaha....tak baik sentap-sentap :-) hakikatnya begitu! kuang-kuang-kuang.

    ReplyDelete
  3. hehe.. just kidding.. so apa produk nye yg awet muda tuh..

    ReplyDelete