SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday, 9 September 2011

Bodek!


Assalamualaikum..salam kasih untuk semua.
Tajuk ni bunyi macam sensitif je..tak pe la, hanya bicara untuk renungan bersama.
Gambar ni sekadar hiasan

Mengikut Kamus Dewan (cewahhh, macam nak buat tesis pulak!)…
Bodek adalah memperihalkan tentang tingkah laku mengangkat, mengampu atau mencari muka (bunyi macam pelik, mencari muka..memang dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga tulis begitu)
Kenapa tiba-tiba pulak nak tulis kisah bodek membodek ni? Siapa yang membodek dan siapa pulak yang kena bodek?
Jeng-je-jeng……. Suspend ni!
Mesti ada yang dah buat tanggapan yang aku nak mengutuk sapa-sapa ni…
Ohhh tidak..never ! never ! and never !

Bodek kan cukup sinonim dalam kehidupan orang-orang kita. Ia memang wujud di mana-mana saja, dalam institusi keluarga mahupun masyarakat.
Bodek menjadi cukup sinonim dalam alam pekerjaan!
Bodek memang berkait rapat/bersangkut paut dengan perbuatan untuk mendapatkan sesuatu kepentingan..tak kira apa saja, asalkan Untong Maaaaaaa!!!!!!

Ada juga orang kata bodek ni bagus juga dalam situasi-situasi tertentu…dengan membodek, hubungan interpersonal akan terjalin dengan lebih close lagi…selain itu si pembodek akan berusaha untuk menyerlahkan kebolehan diri pada kadar yang maksimum…maknanya kelebihan dan potensi diri nya dapat dimanipulasikan dengan sebaik mungkin! Ya lah, untuk ditunjuk dan dibuktikan kepada orang yang dia bodek tu…..!Emmm sekali fikir betul jugak..
Habis, kenapa ramai orang benci pada pembodek dan trauma dengan perkataan bodek?
Semua orang tentu ada jawapan nya!

Perkataan bodek itu sendiri dah memberi gambaran yang negative, apatah lagi perbuatan yang menjurus kepada pengertian nya.
Orang yang dok membodek tu biasa nya cakap memang pandai, dia saja yang betul, dia saja yang baik, hebat dan buat kerja dengan jujur manakala orang lain ala-ala suam-suam kuku dan sendu!
Bila dah begitu, secara langsung membodek itu turut menjatuhkan kredibiliti, kelebihan dan kejujuran orang lain. Bodek mencambahkan persepsi buruk orang yang kena bodek terhadap orang lain.
Nak pulak kalau yang kena bodek tak berapa nak arif dalam membuat penilaian….maka banyak la benda yang akan goes wrong…Setuju tak?
Jadi bagaimana nak sekat budaya bodek ni dari menular?
Tak payah buat apa-apa…memang dah menular pun di mana-mana sejak dari zaman dahulu kala lagi…!
Yang nak membodek tu terus lah membodek..buat selagi mampu, biarpun panas hingga ke petang, mana tau kalau-kalau hujan lebat turun di malam hari!
Kalau yang tak pandai nak membodek, tak perlu lah belajar untuk jadi pandai membodek, buat lah perkara yang anda rasa itu yang harus anda buat…
Kalau hari ni kita tak memperolehi keberuntungan sebab tak membodek, its ok… kita dapatkan keberuntungan dalam bentuk yang lain tanpa perlu membodek!
Letih tau nak membodek ni! (hehehehe  macam pernah buat jee…)
Really…memang letih…Bodek ni tak ubah macam berlakun. Kena hayati watak dengan betul, tonasi bahasa dan body language mesti selari dan mantap, baru lah real dan menyakinkan!
Tak sanggup dan tak rela lah nak buat kerja-kerja bodek yang bukan hanya meletihkan malah suatu ketika kelak akan menjadi duri dalam kehidupan sendiri…Percayalah!
Situasi begini lah yang nak dielakkan...dengan membodek mungkin boleh elak dari kena semburrr!

Katakan Saja! : Teringat Raja Ema dalam Filem “Kipas-Kipas Cari Angin” yang aku tonton masa Tingkatan 5 dulu (Berbelas tahun dulu)

2 comments:

  1. huuuuu
    paling x gemo sy dengan owg bodek membodek ni
    sebab ape?
    sebb pntgkan diri sendiri jek
    aiyaaaak
    tamo jadi owg cam ni
    huuuu


    wee..maceh sudi singgah belog sy tadi
    dah follow sini...bole kawan kan? =]

    ReplyDelete
  2. Mie, thanks atas komen yang diberikan..:-) sure we can be a friend!

    ReplyDelete