Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Monday, 5 September 2011

Raya -Hari Paling Bermakna untuk Kanak-Kanak.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca blog ku :-)

Ready Untuk Kumpul Duit raya..hahaha
Dah lebih seminggu tak menulis, memandangkan berada di Kampung menyambut raya, maka nya tak ada kesempatan untuk mengupdate blog, apatah lagi untuk upload gambar-gambar.
Rasa nya belum terlambat untuk aku ucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya dan maaf Zahir Batin untuk semua.
Sekarang kan masih dalam bulan Syawal (baru minggu pertama)!

Dalam kemeriahan menyambut syawal, aku dapat rasakan yang raya ni begitu bermakna untuk kanak-kanak. Dulu masa bujang, seronok tengok anak-anak buah beraya, masing-masing berlumba-lumba kumpul duit raya selain masing-masing teruja memperagakan baju raya masing-masing.

Sekarang bila dah ada anak ni, seronok pulak tengok ragam anak-anak beraya….
Sebagai bapa, memang sangat teruja beraya dengan anak-anak.
Seronok tengok anak-anak berpakaian baru, beraya dengan sanak saudara dan mengumpul duit raya!.....
Memang dah menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk memastikan anak-anak beroleh kegembiraan seperti orang lain….
Mereka kan anugerah Allah untuk kita….
Anak-anak adalah harta terindah yang perlu kita jaga, kasih dan sayang serta mencintai mereka dengan sepenuh jiwa raga hingga ke hujung nyawa selain senantiasa berdoa agar mereka bakal menjadi aset paling berharga buat kita untuk selamanya…. 
Puteri ku yang paling gemar ber"posing"..Muka dia saja!

Putera-putera ku bersama Bonda tercinta

Wajah Ayu puteri ku selepas baru bangun tido dan bersiap untuk beraya.

Abang Adi yang suka benar menyakat adiknya Affan!

Pagi raya dirumah atuk dan wan..ain tetap mintak nak possing! ish-ish-ish!

Bersama Duit Raya yang berjaya dikumpul.

Adi dan Ain bersama sepupu mereka..Kina dan Hariss.

Abang Adi yang sangat minat dengan Ben-10. Baju T-shirt Ben-10 pun nak pakai di hari raya!


Close Up! Kanak-kanak Riang.

Tiga wajah riang..Ain bersama sepupu, kina dan baby Ya.

:-) pengaruh super hero!

Disakat oleh sepupu nya Aina.

Affan bersama kak Bie (sepupu)


katakan saja!: Sentiasa belajar untuk menjadi bapa yang hebat dan terbaik untuk anak-anak ku.

No comments:

Post a Comment