Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Wednesday, 7 September 2011

Semakin Hari Semakin Suka

Assalamualaikum dan salam untuk semua..

Awal pagi ni, tak ada benda sangat nak buat..jaga exam pun selepas pukul 11.00 pagi nanti.
Rasanya baik aku update blog aku ni.. (dari dok melepak tak tentu pasal)
Meng"update" blog macam dah jadi rutin pulak sejak akhir-akhir ni....kadang-kadang tu kekeringan idea juga..kalau ada idea pun, kadang-kadang isu yang nak diutarakan kurang menarik (macam entri ni la). Its ok, yang penting boleh menambahkan koleksi entri dan "menunaikan" tanggung jawab sebagai seorang blogger (kononnya!)
Kat sekolah ni yang aktif berblogging cuma aku dan Cikgu Nora. Hampir setiap hari kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat..rakan-rakan dalam bidang kami dah faham sangat dah..sampai ada yang usik..."cakap pasal blog la tu....!"
Ingat lagi beberapa minggu lepas, bila blog kami berdua di 'follow' oleh blogger otai, Ben Ashaari...bising kami berdua kat sekolah...sampai ramai yang terpinga-pinga tanya, "apa hal depa berdua tu? sapa Ben Ashaari yang disebut-sebut tu? hahahaha...begitu lah kami!
Apapun aku dapat rasa bahawa sejak akhir-akhir ini aku banyak menghabiskan masa dengan benda yang bermanfaat dan aku gembira melakukan nya. Kesukaan aku ini semakin hari semakin menebal...semoga tak cepat boring ataupun tepu idea!
Semoga kegembiraan aku ni boleh menyumbang kebaikan kepada orang lain. Namun kalau ada yang tak suka, aku boleh buat apa, terserah lah! (dalam bahasa kasarnya: ada aku kesahhhh!)
Ok..4 all..selamat membaca...Thanks ya..tak tau nak kata apa lagi bagi menggambarkan bertapa aku hargai sangat-sangat pada mereka yang kerap berkunjung ke blog aku ni.

Katakan Saja!: Nak ucap takziah kepada rakan sekerja aku Cikgu Norilham yang ditimpa musibah, "semoga sabar dengan dugaan itu, tentunya ada hikmah dan Allah akan senantiasa memelihara dan mengasihi orang-orang yang baik seperti cikgu"

1 comment:

  1. haha....trademark " ada aku kesah" tu x bleh tukar dah...

    tQ man...link la lg...haha

    ReplyDelete