Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Sunday, 11 September 2011

Reunion Ex-students Sementa...Cikgu Mohon Maaf!

Assalamualaikum...salam sayang buat semua ex-students SEMENTA....

Cikgu memilih untuk buat pengumuman  dalam blog cikgu ni tentang Reunion yang kita rancang untuk diadakan pada 30 Sept 2011 nanti.Kalau nak tulis sebab musabab kat FB tak boleh panjang lebar selain nak ambil kesempatan sikit...(sikit jee...) untuk promote blog cikgu yang tak seberapa ni....
Kat event Invatation FB tu, cikgu senyap je sebab rasanya Reunion ni tidak dapat direalisasikan.
Memang agak malu, segan dan juga rasa kesian kepada mereka yang dah confirm nak datang...ramai yang bersemangat untuk hadir...
Apakan daya, kita merancang tapi Tuhan yang menentukan!
dengan kata lain...REUNION YANG KITA RANCANGKAN INI TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN...TAK JADI!
kerana:-

Pada tarikh tersebut, kebanyakkan cikgu-cikgu MPAV (cikgu-cikgu bengkel) terlibat dengan kursus di Kuantan, Pahang selama 3 hari. Rasanya tanpa cikgu-cikgu bengkel, reunion untuk awak semua tidak akan memberi impak yang sepatutnya...kebanyakkan pelajar teknik dan vokasional biasanya lebih close dengan cikgu-cikgu bengkel, kan?

Pihak pengurusan asrama juga tengah busy dok Set-Up asrama bagi mendapat pensijilan 5S...selain dari dicalonkan sebagai asrama gemilang untuk bertanding dengan beberapa buah sekolah vokasional yang lain di peringkat Kebangsaan.

Pihak pentadbiran sekolah seperti pengetua, GPk juga tidak ada di sekolah pada waktu itu kerana terlibat dengan beberapa mesyuarat. Al maklum la, sekolah Vokasional akan naik taraf kepada Kolej Vokasional pada Tahun 2013 nanti, maka banyak sangat lah kursus dan mesyuarat yang perlu di hadiri!

Dek kerana beberapa kekangan yang cikgu telah senaraikan itu, maka agak mustahil untuk kita teruskan reunion ini.
Pun begitu, saya, cikgu Anuar dan Cikgu Fadil yang merancang untuk melaksanakan program ini turut kecewa, InsyaAllah, untuk masa yang akan datang, kita rancang semula...mudah-mudahan suatu hari kelak ia nya akan menjadi kenyataan....
Once again.





Tempat Jatuh lagi kan dikenang...ini kan tempat you all buat nakal.....hehehehe
Dah nak cecah 150 orang yang (confirm) sudi hadir...tapi tak ada "jodoh" rupanya.... Semoga jangan serik dan putus asa, kita cuba rancang lagi pada masa akan datang...Harap jangan ada yang kutuk dan marah-marah ya..huhuhu... Pada yang dah click confirm attending tu, cikgu sangat-sangat-sangat hargai dan mohon maaf atas pembatalan ini. Really appreciate and much obligated!


4 comments:

  1. xper lah nak buat mcm ner...tapi bangge sgt ngan skolah dah nak jadik kolej vokasional...bangge nyer...semoga semanta tros gemilang dan terbilang...bangge jadik student sementa...

    tengku nurfariza PK BATCH 05/06

    ReplyDelete
  2. xpe la cikgu.. lain kli ajak lagi tau.. :) CAya La cikgu! :)

    ReplyDelete
  3. Asraf and Fariza: Thanks alot :-) keep in tauch sometimes!

    ReplyDelete
  4. X pe cikgu..wt tarikh lain plk..nnti kite org turun ramai2 ekk...>ex sementa 07/08<

    http://saifulzamani-exia.blogspot.com/

    ReplyDelete