Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Saturday, 17 September 2011

"Orang Tak Pernah Merdeka" Sambut Merdeka!

Gambar dan berita dari Kosmo Online -Parti Liar Sambut Merdeka!
Assalamualaikum.... 
Semoga Entri ini menjadi ingatan dan pengajaran buat kita..
"tidak salah untuk berhibur tapi biar lah hiburan itu berpada-pada...dan jauh sekali akan mendatangkan mudarat kepada hidup kita! Bukan kah hiburan itu untuk mendamaikan dan menenangkan jiwa bukan mengharu-birukan kehidupan kita!"

Geram, benci, menyampah, malu dan macam-macam lagi perasaan negatif hadir dalam diri bila membaca kisah bagaimana 87 orang individu yang meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan Negara dan juga Hari Malaysia yang si sambut serentak semalam!
Menganjurkan parti liar di sebuah banglo...kononnya nak raikan Kemerdekaan negara! Petriotik la sangat mereka tu! (kebanyakkan ahkbar arus perdana ada menulis kisah ini)
Buat orang-orang seperti mereka tu, rasanya tak ralat untuk mengatakan bahawa mereka semua tu sebagai anak bangsa yang rebah! Rebah sebab kebodohan yang ada dalam diri sendiri!

Kenapa marah sangat, mereka bukannya ada kena mengena dengan aku! ? 

Tak dapat nak tafsir marah atau apa, cuma yang jelas itulah anak-anak bangsa kita yang mengecewakan dan memalukan! lebih malang lagi 7 dari mereka adalah pelajar Institusi Pengajian Tinggi ( 3 jantan dan 4 betina)! Layak ke mereka tu berada di IPT kalau masih belum matang dalam menilai dan membuat pertimbangan? 
Bagaimana lah perasaan mereka semasa ditangkap oleh pihak berkuasa ? betul ke kalau kita kata mereka malu?
Rasa nya orang seperti mereka tu rasa dan perasaan malu sangat nipis...yang tentu malu mungkin ibubapa dan ahli keluarga mereka yang lain.
Tindakan mereka semua tu adalah contoh terbaik kepada kita "manusia-manusia yang belum merdeka, tidak pernah merdeka malah mungkin tidak akan merdeka! di jajah oleh nafsu yang mengawal diri mereka secara "total"! Minda dan akal yang ada belum cukup kuat untuk menjadikan mereka bijak dalam membuat pertimbangan!

Semua orang suka kan hiburan (aku pun sangat-sangat-sangat suka kan hiburan dan berhibur). Sebagai individu yang matang (mereka semua tu berumur antara 18 - 35 Tahun) sepatutnya mampu memilih hiburan yang sesuai dan tidak keterlaluan. Rasa nya tidak terlalu teruk untuk meraikan perayaan sebegitu di disko ataupun pub kalau dah nak berhibur sangat berbanding di sebuah banglo yang nyatanya "terpencil" dari pandangan mata umum! Entah lah! Mungkin mereka itu terlalu "moden" dan itu cara mereka itu untuk membuktikan kemodenan mereka! Moden yang membawa mereka kepada kehancuran diri sendiri!
(Penulisan entri ni penuh dengan tanda seru! sebagai terjemahan kepada rasa geram dan kebencian terhadap kebodohan yang diserlahkan oleh segelintir anak bangsa kita yang malas berfikir walaupun ianya untuk kebaikan untuk diri sendiri...bukan untuk orang lain pun! memang bodoh!!!!!!!!!!!)

Katakan saja!: Semua orang nak "up to date" dan moden tapi bukan dengan cara menggadaikan maruah diri untuk kelihatan moden! Cara begitu bukan moden tapi bodoh! Mudah mudahan Allah jauhkan keturunan kita menjadi manusia sebegitu...Aminnn...!

No comments:

Post a Comment