Assalamualaikum...
Sebelum nak melelap kan mata, last entri for today...ringkas saja..
(Entri ni aku tulis selepas mendapat ilham dari aktiviti blog walking yang aku buat)
Banyak betul aku terjumpa perkataan kecewa dan perkataan-perkataan yang menggambarkan rasa rendah diri tahap melampau dikalangan mereka yang baru bergiat dengan alam blogging ni.(ada juga perkataan-perkataan itu dalam entri aku sebelum ni.)
Banyak juga berkisar tentang kehidupan peribadi yang ditempuh dan berdepan dengan kedukaan yang mambawa rasa kecewa!
Bukan lah niat nak memandai tapi hanya ingin berkongsi sesuatu yang baik. Bukan kah berblogging ini salah satu cara untuk share anything yang boleh membawa kepada kebaikan! ?
Nothing much i say, selain dari menyatakan bahawa setiap orang ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri!
Adalah terlalu malang untuk kita berfikir untuk menjadi orang lain disebabkan kelebihan yang ada pada orang itu...sedangkan kita tak nampak kelebihan yang ada pada diri kita sendiri.
Jangan sesekali membanding kan nasib diri dengan tuah orang.
Kalau kita rasa "teruk" dalam apa jua situasi, maka renung dan pandanglah mereka yang berdepan dengan situasi yang lebih teruk dari apa yang kita alami, maka kita pasti akan menjadi insan yang bersyukur.
Kalau kita rasa kita bagus dan sangat hebat dalam apa jua aspek, ingat dan perhatikan orang lain yang jauh lebih baik dan lebih hebat dari kita, maka pastinya akan menghindarkan kita dari sifat riak dan alpha!
Kadang-kadang kita terlalu melayan kekecewaan yang kita tempoh pada hari ini sehinggakan kita terlupa akan kebahagian hari esok.
Buat semua yang membaca entri ini (juga untuk diri aku sendiri)
Berjuang lah dalam hidup ini agar kita sentiasa mendapat yang terbaik dari apa yang kita hajatkan.
Jadi lah apa yang nak kita jadi, bukan menjadi seperti apa yang orang lain nak kita jadi! Dari situ barulah keyakinan yang mungkin tersembunyi dalam diri kita dapat diserlahkan dengan sebaiknya.
Pun begitu, jangan pula kita menjadi manusia yang bodoh sombong, "Bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh ditumpang"...perlu diingat..kerana kita tetap ada kelemahan!
Kecewa tetap datang dalam segenap penjuru kehidupan, itu lumrah dan suratan namun kekecewaan itu pasti ada ubatnya!
No comments:
Post a Comment