SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Wednesday, 14 September 2011

Begini lah Anak-Anak Bangsa kita!


Assalamualaikum…
Entri ni sepatutnya disiarkan tengahari tapi mamandangkan langsung tak ada masa untuk mencelah bagi mengupdate kan blog aku ni…
Sibuk dan menyibuk sepanjang hari ni…

Pagi tadi (14 sept 2011/rabu) SPM trial exam untuk paper Matematik…
Sebagai ketua panitia dan memegang title Guru Cemerlang, kena lah memantau kat Dewan Peperiksaan.. Dalam hati tentu nya sangat berharap anak-anak didik kami (cikgu-cikgu matematik) dapat melunaskan tanggungjawab mereka dengan baik (menjawab soalan yang dikemukakan tu lah!)
Dalam ramai-ramai yang bertungkus lumus berfikir untuk menyelesaikan tanggung jawab tu, ada juga lah segelintir mereka yang “tewas” terlalu cepat! Entah kenapa la ada pelajar yang memilih untuk tidur dalam dewan peperiksaan…bukan nya ada katil besar dan tilam empuk pun…kena hempukkkk ada laaaaa……… Actually, this is "missing in action" all about!
Dibuai mimpi  pada masa yang salah di tempat yang salah!
Banyak-banyak tempat dan masa yang ada...kenapa masa dan tempat ini yang dipilih untuk memproses air liur basi..eeeee geram betul...Bila gagal, guru juga lah yang salah, kononnya mengajar tak berapa nak pandai...kalau sikap gini gaya (bahasa org pahang..), mari- lah guru dari atas langit pun...sama jugak!

Geram dan sakit hati betul tengok…tu tak tengok lagi skrip jawapan mereka, silap-silap ada lirik lagu “rayuan ku” untuk mintak markah kesian, tak pun penuh dengan gambar kartun. Lebih sadis…ditinggalkan kosong tanpa secalit dakwat pen ataupun karbon pensil!  (next entry aku tunjukkan skrip jawapan yang maha sendu oleh mereka…tunggu ya..hahahaha..)


Katakan saja!: rasa nak nyanyi lagu “Menaruh Harapan” sekuat hati depan anak-anak murid!

No comments:

Post a Comment