Assalamualaikum...
Salam buat semua yang sudi membaca...thanks..
Entri ni aku just nak tulis sikit pasal Ops !Sikap yang dilancarkan oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan kadar kecelakaan di jalan raya.(Memandangkan kempen Ops Sikap tamat semalam )
Biasanya during festive season..Ops Sikap jadi sangat glamour! Untuk kali ni kira Ops Sikap yang ke 24. Dah sebelas tahun dilancarkan bermula Tahun 2011.
Maklumat dari Buletin Utama TV3 (sebentar tadi).....Ops Sikap kali ini GAGAL!
Gagal kerana ianya mencatat jumlah kematian yang paling ramai...seramai 289 Kematian (untuk tempoh 15 hari dilancarkan)
Kematian yang paling tinggi sejak Ops Sikap ni dilancarkan 11 tahun lalu!
Paling ramai pengguna motosikal...kesian!
Sebanyak 113,392 saman dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan untuk tempoh 15 hari.... Kalau dah kena saman tu tentunya ada buat salah. Bila dah buat salah tu tentunya disebabkan SIKAP yang tidak sepatutnya telah diserlahkan semasa dijalan raya! So betul la pasal sikap!
Apa kesimpulan yang boleh kita buat?....tak perlu nak buat kesimpulan apa-apa...dah gagal pun! so pihak berwajib kenalah cari alternatif lain agar apa yang menjadi objektif nya dapat dicapai...
Tak kan Osp Sikap hanya untuk membilang jumlah kemalangan dan kematian.
Punbegitu, segalanya akan menjadi sukar dan terus sukar kalau memang melibatkan sikap manusia.
Sikap yang didorong oleh nafsu!
Bila dijalan raya, ada yang nak jadi hero, ada yang nak jadi pelumba, samseng dan macam-macam.
Kalau jalan satu lorong, sempat lagi mencelah jadikan dua-tiga lorong....senang-senang je potong Q kononnya nak cepat sampai...
Yang bersabar pun hilang kesabaran...!
Langsung tak ada rasa malu dan rasa hormat kepada pengguna jalan raya yang lain....habis bagaimana?
Macam masa aku balik dari kelantan tempohari, beria lah kita ikut dalam barisan kereta yang bersusun panjang, jem berpuluh kilometer, tapi ada banyak yang bahlol, senang-senang otong sebelah kiri....wpun dah beberapa inci dari parit (eloknya biar terus je terus ke dalam parit tu...kereta bertukar jadi bot! ok la jugak)
Jangan kata Ops sikap, apa jua perkara dalam kehidupan ni kalau berkenaan dengan sikap manusia, segala nya menjadi sangat menyukarkan!
Membentuk sikap teruji perlu melibatkan proses sosialisasi yang panjang..bukan hanya dengan mendengar ceramah sepatah dua kata!
Sumber Gambar: google picture.
No comments:
Post a Comment