Assalamualaikum...Salam petang Jumaat untuk semua.
Kali ini aku kena tinggal lagi.....untuk tahun ni dah beberapa kali aku jadi "bapa tinggal" gara-gara isteri kesayangan aku tu selalu sangat kena outstation (kejap mesyuarat, kejap kursus kejap buat modul dan macam-macam hal...nak wak guano...doh kijo dia! huhuhuhuhu..)
Memandangkan dah banyak kali, maka aku pun tak risau apa-apa dah untuk berdepan dengan ragam dan karenah anak-anak....2 putera dan seorang puteri yang manja tahap melampau....bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa".
Anak-anak ni, walau macamanapun kerenah mereka, kalau dengan bapa dia, lain sikit, sekali cakap pun dah boleh akur...tapi kalau dengan mak dia, selagi tak bergema suara satu rumah, selagi tu lah depa tu buat dekkkk je....:-)
Apapun, bila wife outstation, task aku kira nya bertambah la.... dari basuh berak sampai lah ke tidur kan mereka. Anak-anak plak kalau nak tidur nak kena gosok-gosok belakang baru boleh lelap!.... sorang nak kena gosok kat kaki, sorang nak kena gosok belakang....yang paling kecik tu plak tak yah gosok tapi nak kena berselawat (org kelate kata mengatik) baru boleh beradu dengan lena.
Tengah malam plak, mula la sedar nak susu!....
Kadang-kadang rasa tak sabar nak tunggu anak-anak membesar....tapi kalau dah besar panjang, lain pulak kaedahnya....!
Semua ni adalah sebahagian dari cabaran bergelar bapa....tanpa sedar ianya memberi satu kepuasan dan keseronokan yang mutlak walaupun yang zahir nya nampak sangat meletihkan.Bila rasa tension, aku selalu bayang kan masa aku kanak-kanak dulu, mesti macam ni jugak.... mak-ayah aku mampu melayan kenapa aku tak boleh....
Bagi yang berstatus seperti aku tentu mengalami perkara yang sama.....pada yang masih bujang...mesti boleh bayangkan dan ini adalah sebahagian dari gambaraan Cobaaaan yang bakal di tempuh...hehehehe....
Tak ada lah teruk sangat, ada orang yang ada anak sampai berbelas orang ok jeeee.....:-)
Katakan saja!: masih belajar untuk menjadi papa yang hebat untuk anak-anak.
sama2..=)
ReplyDelete