Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday, 9 September 2011

Bekalan Diperjalanan Budak-Budak Sekarang.

Assalamualaikum... Salam buat semua.

Masa dulu-dulu (masa zaman aku dan mereka yang sebaya) kalau nak ke mana-mana dengan ahli keluarga, mak atau ahli keluarga kita mesti bangun pagi-pagi menyiapkan bekalan makanan untuk jadi santapan bersama, nak pulak kalau perjalanan tu jauh.
Aku dulu, semasa di perjalanan family aku mesti berhenti kat mana-mana tempat menarik dan sesuai, biasa nya kawasan air terjun ataupun taman-taman. Dibentangkan tikar dan bersila lah kami beramai-ramai makan bekalan makanan yang di bawa.
Fenomena seperti itu rasanya masih ada lagi diamalkan cuma nya agak jarang.
Zaman sekarang ni semua nak cepat, kedai-kedai pun banyak, apa nak susah-susah...kalau dah penat ataupun lapar, berhenti je la...order kat kedai tu saja apa nak !
Aku pun buat begitu.
Tapi untuk anak-anak aku, makanan bukan agenda utama di perjalanan..
Yang mereka lebih prihatin dan mahukan, apakah VCD atau DVD yang papa dan mama mereka bekalkan.
Masa tu lah dia orang mula demand nak tengok cerita itu dan ini...
Lebih "menggeramkan" berebut di sepanjang perjalanan... belum habis satu-satu cerita dah nak tukar cerita lain...pening kepala aku dibuat nya!
Nyata nya, zaman dah banyak berubah............ malah sangat banyak! 
Antara "bekalan" yang telah disiapkan...kartun-kisah-kisah nabi, Mickey Mouse, Ultraman lak macam-macam jenis, dan beberapa lagi....
Senyum puas lah sebab pilihan dia yang dipenuhi!

Kadang-kadang "bekalan" ni bukan hanya untuk perjalanan jauh, nak gi pasar beli sayur pun nak ikut dan nak tengok movie kartun tu semua! Padahal kat rumah TV lagi besar, You tube kat internet tu ada beribu kartun yang tak habis untuk di tengok...mereka peduli apa, tetap nak tengok dalam kereta! Ada aku kesaaahhh! kata mereka.... sabar jee lah!

Kalau bab bergambar pun satu hal.... masing-masing nak pose! Pun berebut jua....letih!


Katakan saja!: Baru ada 3 orang, kalau lebih lagi...agak-agaknya muntah la aku di sogok cerita-cerita kartun di sepanjang perjalanan..alahai....

No comments:

Post a Comment