Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Thursday, 15 September 2011

Entri ku yang ke-100 Sejak jadi Blogger! - Ucapan Dari Hati Sendiri

Assalamualaikum.....
Aku mula mengenali alam blog ni kira-kira bulan Mei yang lalu, itu pun bila kawan baik aku yang ajak buat blog, kata nya dengan ada nya blog banyak benda yang kita boleh luahkan selain dari dapat berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan orang lain. Kata nya lagi, berblog ni boleh dapat duit... Masa tu aku tak tahu "satu habuk" pun tentang blog ni! Memandangkan aku ni suka juga menulis, maka why not kalau aku ada blog sendiri, boleh aku tulis apa yang aku nak dan secara langsung dapat mempertajamkan kemahiran menulis dan penjanaan idea. And Now Sedar tak sedar rupanya ni entri ku yang ke 100!
Bagi aku, kiranya dah agak banyak dah ni...hehehehe (wpun orang lain mungkin entri yang ke ribu-riban). Aku kata begitu sebab, dalam kerjaya aku ni kami digalakkan untuk membuat action research, sudah beberapa kali menghadiri taklimat dan seminar tentang action reseach tu...jangan kata dah buat seratus, sepuluh pun tak sampai.... itu lah, "kalau nak seribu daya dan tak nak seribu dalih!"
By the way, action research tu bukannya susah sangat nak buat, bukan macam tesis yang kena buat macam kat U dulu, kajian simple-simple je, berdasarkan kepada pemerhatian terhadap masalah yang kecil...tapi..tetap tak bergerak!!!!! (tak buat)...
Tak tau lah apa sebabnya....bukan tak ada idea tapi mungkin dalam aspek itu, aku tak berupaya menangani sifat malas yang ada dalam diri..pernah tulis entri pasal malas (kalau belum baca dan rasa ada masa untuk baca) klik je kat SINI!
Back to the topic. Semenjak dua menjak ini aku rasa sangat seronok dengan alam  blogging ni, sekurang-kurangnya otak aku lebih ligat menjana idea untuk "berbahasa" dan kemahiran penulisan juga agak ok la.. selama ni asyik dengan angka saja (almaklum lah, cikgu Matematik). Tapi bab-bab tatabahasa tu no comment la ya... but the most important, i just said what i want to say  dan that particular information reach them! (readers). Itu dah kira ok lah!
Setiap kali bila kita published entri dan didapati dibaca, rasa ianya satu penghargaan untuk diri dan saban hari bila tengok pertambahan followers di blog pun perasaan yang sama juga bertandang dalam jiwa. Suka dan seronok!
Memasuki alam blogging ni juga menjadikan aku bermotivasi untuk improve pengetahuan dalam bidang IT. Selama ni aku tak peduli sangat, pandai mengaplikasikan software Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan excell dah cukup untuk memenuhi tuntutan kerjaya aku. But now, banyak ilmu-ilmu dalam ruang lingkup IT ni dapat aku guna serta tangani dan InsyaAllah untuk masa-masa yang akan datang ianya akan terus bertambah baik dan cemerlang.
Penting nya, jangan malu untuk mengaku "tidak tahu dan tidak pandai" selain berusaha untuk mempelajari dan menguasainya.
Meluangkan masa mengadap laptop untuk menulis entri, berblogwalking ternyata menjadikan masa aku lebih berharga...Menyelesaikan komitmen hakiki dan meluangkan masa "beriadah" di alam blogging ini menjuruskan aku kepada menjadi individu yang lebih bijak membahagikan masa.
Apa jua pendapat dari sesiapa pun tentang dunia blogging ni yang kontra aku tidak pernah tentang atau sangkal (lantak lah, itu pandangan dia) tapi aku tetap merasakan apa yang aku lalui kini begitu mengembirakan dan bermanfaat. Pun begitu, kesukaan ini juga tidak pernah mendesak aku untuk "pening kepala" bagi mengerah idea dan mengembleng tenaga (berblogging ni pun perlu tenaga juga..kan?).... Kalau pada satu-satu ketika aku rasa tidak ada apa yang nak ditulis (tak ada idea lah tu) so tak perlu tulis lah! Paling-paling tidak, tinjau-tinjaulah blog orang lain yang bersepah-sepah di laman sesawang ni yang menawar dan menghidangkan seribu satu kisah!
Cukup lah dulu...dah panjang lebar dah ni, entah ada ke tidak orang nak baca sampai ke penghujung ayat..it's ok....sekurang-kurangnya aku share apa yang ada dalam pemikiran dan hati aku ketika ini.
Kepada yang sudi dan sanggup membaca entri yang agak panjang ni, terima kasih banyak-banyak...Semoga ada satu dua perkataan yang terkandung di dalamnya mampu menjadi benih kebaikan untuk anda...

Sekian, wasalam..
Katakan saja!: Selagi ada masa dan idea tak akan aku tinggalkan apa yang menjadi kesukaan aku dan berdoa serta berharap agar alam blogging ini tidak akan mampu melukakan hati, membenihkan rawan di hati walau dari mana-mana penjuru sekalipun! Amin....

2 comments:

  1. waaaaa baguslah macam tu.....tapi mmm terus terang...bro entri mu terlalu panjanglah....apa kata ko pendekkan sedikit. atau buat cerita yang bersambung-sambung....aku cadangkan je.

    bro, apa kata ko tukar theme blog ko..kasi cantik sikit...ini antara web yang banyak themes yang menarik....

    Tukar themes Blog
    • http://btemplates.com/
    • http://www.deluxetemplates.net/
    • http://www.bloggertemplatesfree.com/
    • http://blogtemplate4u.com/

    ReplyDelete
  2. panje boohh.. hahaha... letih penyamun baco sebelum samun.. x jadi samu laa..

    ReplyDelete