Assalamualaikum….
Entri pertama untuk hari ni aku nak membicakan sikit tentang isu yang dah jadi maha besar kekita ini…isu yang dicetuskan oleh “lelaki itu” yang memang sejak dulu lagi tak pernah surut dengan “sensasi” yang beliau cipta sendiri….
Entri ni kira nya berbau politik laa…jangan ada yang marah ya.
Of course la, Kalau nak bercerita Pasal Mat Sabu…mesti lah politik !
Aku tak nak menyentuh soal idealogi politik aku atau sesiapa kerana itu adalah hak masing-masing, Cuma aku tak nak ketinggalan dalam menyeuarakan « rasa » yang ada dalam diri aku tentang isu yang dicetuskan oleh Mat Syabu…opsss silap, Mat Sabu itu !
Setiap hari isu ini terpampang di laman-laman akhbar, macam hari ini berhelai-helai muka surat tentang Mat Sabu dan isu yang dicetuskan oleh beliau.
Semua orang terpaksa membazir masa mengupas malah berdebat tentang isu ni…
Kalau nak di huraikan secara terperinci, maka jadi « Buku Sejarah » lah plak entri aku ni….
Dari rakyat jelata hingga ke Menteri berbicara tentang isu ni…
Yang menghairankan aku, ada juga segelintir orang di sekeliling aku (kira nya cerdik pandai juga la…) yang seolah-olah pro-Mat Sabu…entah la… mungkin kalau dia dilahirkan masa Zaman Bukit Kepong dulu, dia pun akan masuk Komunis dan Mat Sabu pada masa tu jadi Kepten !
It’s not too much kalau nak pro-pembangkang, tapi kalau fakta sejarah dan dipesongkan oleh pemimpin tertinggi pembangkan turut di sokong, it was too much !
Jangan lah jadi terlalu bodoh (bodoh sikit-sikit, cukup la)! Hanya kerana menyokong pembangkang dek kerana ada sedikit rasa sakit hati pada pihak kerajaan (sakit hati tu pun tanpa mengetahui sebabnya..) benda yang nyata salah pun dianggap betul!
Mat Sabu tu kan dari dulu lagi memang suka sangat bercakap dan berceramah..so dia pastinya akan cakap apa saja yang dia suka…mungkin seronok kalau kita mendengarnya, tapi jangan lah di ambil segala isi ceramahnya untuk di pegang…buat lah penaakulan sendiri pada kadar yang paling rasional…Jadi lah orang yang bijak…
Mat sabu kalau berceramah, bahasa dia memang berbunga neraka dan selalunya berunsur puaka! Rasa nya dia sendiri pun sedar yang ceramah nya hanya « ikut sedap mulut » selain penuh dengan maki- hamun dan bahasa yang sangat kesat….dari dulu, kini…dan mungkin selama nya. !
And now…Meletup !!!!!!!
Isi ceramah kosong nya telah membangkitkan kemarahan banyak pihak ! Banyak hati yang terluka dari fakta yang hadir dari minda dan pengetahuan dia yang cetek dan dangkal!
Bila tatap akhbar hari ni, gambar Mat Sabu di bakar, nama dia di cemuh serta diberi dengan pelbagai gelaran dan anak gadis serta isterinya di ugut untuk di simbah asid!...(harap jangan lah berlaku, isteri dan anak-anak nya tak bersalah dalam soal ini…)
Gitu lah! Sejak dulu lagi pepatah melayu menyebut “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana”!
Jadi beringat-ingat lah!
Walaupun pembangkang, awak tu (mat sabu) pemimpin, so bangkang lah dengan berhemah…bukan semua benda boleh di bangkang! Benar tetap benar! Ke Mat Sabu ni pemimpin yang tak pandai buat penilaian? Semua benda salah di mata dia lalu di bangkang dan putar belit !
Aku paling dukacita bila baca skrip ceramahnya itu yang ada menyebut :
« selama ni cikgu-cikgu di seluruh negara telah menipu anak-anak bangsa dengan fakta sejarah yang tak betul ! »
Amboi-amboi-amboi…Abang Sabu…memang jenis tak sayang mulut ! Puaka sesangat !
Tengah ghairah berceramah sampai lupa dunia dan lupa apa yang telah dikatakan..! |
Wajah orang yang tengah "menegakkan benang basah" dan membuat penafian pada perkara yang sudah jelas dan nyata! dah dunia mu begitu...apa nak dikata! |
Katakan Saja !: Tak pernah dengar pulak Datuk Najib, Muhyddin Yasin atau mana-mana menteri kabinet mencarut atau memaki hamun dalam ceremah-ceramah mereka. Fikir-fikir kan lah !
Bg sy, mmg betul kte tgk die menegakkan benang yg basah... Jgn kite tengok jer, tolong la org nie... Die may be dah lupa apa yang die try tegakkan tu benang... Ace try bagi kayu... Apa die nak buat plak dngan bnde yg dah sedia tegak...
ReplyDelete