Assalamualaikum..
Entri pertama untuk hari ini ditulis bertujuan untuk memberi motivasi dan aura positif sekurang-kurang nya untuk diri sendiri.
Beberapa hari lepas aku ada membuat entri khas kepada individu ini, sahabat yang telah aku anggap kakak yang sangat aku kagumi, hormati dan kasihi.. Dato’Ruhaidini yang telah meninggalkan tanahair demi mengejar cita-cita walaupun dalam kehidupan masa kini beliau telah pun meraih kejayaan dalam kerjaya selain dari telah berjaya meletakkan diri dan keluarga beliau dalam “status sosial” yang tinggi. (untuk baca that entry) Click Sini!
Begitulah beliau…seorang wanita yang dilahirkan dengan semangat yang tinggi. Senantiasa berusaha untuk memperbaiki apa jua kekurangan dan kelemahan diri yang beliau rasa ada dalam dirinya. Individu yang tidak pernah puas untuk berusaha gigih dalam hidupnya bagi menjadikan esok yang bakal ditempuhi lebih baik dari kehidupan hari ini yang bakal menjadi sejarah dan kenangan.
Semalam tanggal 14 Setember 2011 (Rabu), beliau diberi peluang dan kepercayaan oleh Akhbar Utusan Malaysia untuk menulis dalam ruangan khas: berkongsi pengalaman dan pengetahuan berguna dengan khalayak.
Membaca artikel (penulisan) itu, ternyata menambahkan lagi kekaguman ku pada beliau. Kekaguman yang seharusnya diterjemahkan dalam bentuk peningkatan semangat dan ilhtizam untuk terus berusaha memajukan diri biarpun sering merasakan bahawa diri ini telah berada dalam “zon selesa”.
“Pentingnya Penguasaan Bahasa Kedua” yang beliau tulis terus dari Beijing Language and Culture University” merupakan penulisan pertama beliau sejak berada di sana sejak minggu lepas. Khabarnya beliau akan menulis setiap minggu diruangan itu.
By the way, entri ini bukan lah untuk memberi fokus terhadap diri dan personaliti beliau (Dato’Ruhaidini) tapi ingin memberi fokus pada semangat dan sikap positif yang ada dalam diri beliau. Semangat dan sikap positif itu lah yang membawa beliau ke sana untuk terus memajukan diri, berkorban meninggal kan suami dan anak-anak bukan sehari dua lamanya! Selain itu ditinggalkan juga sementara kerjaya gemilang serta teman-teman yang sentiasa menyenangi nya. Pengorbanan yang bukan mudah untuk dilakukan dan tidak ramai orang yang sanggup melakukan nya...
Hadis Nabi ada menyebut “Tuntut lah ilmu hingga ke Negara China”…….dan sekarang telah kau realisasikannya kak!
Semangat dan kegigihan ini sebenar menjadi pembakar semangat bukan kepalang buat semua orang yang mengenali beliau terutamanya teman-teman rapat yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraan.
“Benih yang baik- dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung”
Gambar-gambar yang dipetik dari Facebook beliau untuk mencantikkan lagi entri ini :-)
Katakan saja! : kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, ingin sekali berkunjung ke Beijing…InsyaAllah November nanti :-)
No comments:
Post a Comment