Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Saturday, 10 September 2011

Lelaki Masa Kini dan Kosmetik bukan lagi Asing!

Product kegemaran ku!
Assalamualaikum...
Dulu-dulu, mana ada lelaki yang secara terang-terangan tampil dalam masyarakat dengan wajah yang berseri dengan solekan nipis (natural looks). Kalau tampil dengan muka yang kelihatan seperti berbedak atau memakai pelembab, pastinya boleh mengundang persepsi negatif di kalangan orang awam yang memandang.
Namun, zaman ini, alaf baru, tiada lagi yang ganjil mahupun pelik. Lelaki zaman kini bukan lagi seperti zaman dulu-dulu yang tidak memberi penekanan kepada seri wajah ataupun penampilan yang anggun dan elegent.
Zaman ni lelaki pun berlumba-lumba untuk kelihatan menarik (tetap sebagai lelaki ya, bukan tampil untuk menjadi pondan ataupun mak nyah)
Kosmetik (Penjagaan wajah) khas untuk lelaki juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di pasaran. Pusat-pusat kecantikan turut menawarkan perkhidmatan untuk kaum lelaki juga mendapat sambutan...emmmm sapa nak jawab tu! hehehehe.....
Pun begitu, masih ada lagi tanggapan yang agak klise serta dangkal oleh orang-orang yang tidak peka terhadap perubahan zaman. (sebut metroseksual mesti depa tu ingat sama macam homoseks! betul lah depa tu ketinggalan zaman dan cetek pengetahuan)
Kalau lelaki pakai pencuci muka, pelembab ataupun “sun block” terus di cop sebagai lelaki yang tak macho dan lebih teruk lagi pondan ataupun bapok!
Lelaki yang suka buat tanggapan begitu, biasanya lelaki yang langsung tak jaga personaliti diri, kalau kita tengok, mereka sering tampil tidak terurus dengan muka yang penuh jerawat, badan dan ketiak busuk serta pakaian yang serabai…jantan sangat lah mereka tu! ……Lucu!
Aroan Aziz.. Model Loreal For Men. Dengan memiliki wajah yang bersiri masih mampu mengekalkan "kejantanan" beliau, maksudnya, lelaki juga perlu memberi penekanan pada penjagaan wajah. Orang perempuan pun rimas kalau dapat lelaki yang comot, tidak terurus dan berbau busuk! Beliau bapa kepada 3 orang anak..emmmm macam aku plak! ada orang kata, muka aku persis Aroan Aziz...ketinggian je yang tak sama......hahahaha..perasan lagi...(jangan marah ya...)

Salah seorang artis Malaysia yang bertuah, terpilih sebagai produk kosmetik. Garnier For Men! Fahrin Ahmad still macho!

So Cool ! Bagi kita yang ada pendedahan dan peka pada perubahan zaman ni, jangan peduli sangat pada pandangan dan sangkaan negatif yang bukan-bukan. Aku beli dan pakai je produk kosmetik yang aku nak...orang nak kata apa, aku peduli apa..yang penting isteri aku pun nak tengok suami dia bersih berseri! Tak gitu yang? (kalau dia baca entri ni la..hehehehe...)

Model produk kosmetik! malah lebih "jantan" dari mereka (lelaki) yang tak pernah kenal pencuci muka apatah lagi pelembab!

Katakan Saja!: Masa sekolah dulu selalu pakai bedak sejuk yang mak aku buat, sebelum tidur.

No comments:

Post a Comment