Assalamualaikum....
Dah lewat malam dah ni, memandangkan mata masih belum mengantuk dan beberapa kerja lain dah beres (termasuk menidurkan anak-anak), so ambil kesempatan untuk tulis entri ringkas ni...
Ini bukan kali pertama entri tentang "peel" anak-anak bila ketiadaan mama mereka. Untuk tahun ni kerap juga aku jadi "bapa tinggal" dek kerana isteri outstation.. walaupun orang kata "alah bisa tegal biasa", tapi perangai anak-anak bukan boleh dijangka.! menjadikan "tugas" ini agak mencabar!
Macam malam ni, aku keluar sekejap jumpa kawan, bila dah jumpa dan bincang beberapa perkara tak sedar pun jam dah pukul 11.30 mlm. Sedar-sedar anak perempuan aku (4 tahun) telefon "Papa bila nak balik, adik Ain ngantuk ni, abg Adi (5 tahun) yang suruh telefon....so aku dengan pantas take leave la dari discussion tu...
Sampai je kat rumah, dari luar pagar lagi dengar Putera Sulong aku menangis kuat...ingatkan ada apa yang berlaku, rupanya mengamuk sebab masa adik dia telefon tadi, yang cakap "bye-bye" adik dia si Ain..biasanya dia yang selalu kena kata bye-bye! (kira dia lah yang kena buat penutup setiap kali berbual di telefon)! Aduh macam-macam!
Adik dia si Ain pun teresak-esak menangis "abang adi pukul adik ain"! katanya....
yang paling kecil, Affan yang tadi nya dah tidur pun sedar dan nangis kuat-kuat... bibik pulak bersuara "pening betul, tadi Adi ngamuk-ngamuk, pukul ain! pukul bibik! menangis kuat-kuat sebab bapak (panggilan untuk aku la tu) tak cakap dengan dia, bila tekan nombor semula tak dapat..."bikin ribut si Adi.. sambung nya lagi..!Aku yang tadi nya rasa bersalah sebab terlewat balik, naik angin jugak la, benda kecil pun diamukkan...(biasa la budak-budak) tapi sakan jugak aku basuh..."sapa tak berhenti menangis, tido kat luar malam ni!" ugutan pertama aku....! 'lain kali kalau papa keluar jangan pandai-pandai telefon, kalau ngatuk tidur je sendiri depan TV! sergah aku lagi....
Take sometimes jugak aku lecture kan budak berdua tu....
Bila naik atas, mainan bersepah-sepah...lagi la rasa hangin..."ngantuk ke apa ke, selagi tak kemaskan semua ni, tak boleh tido! kecuali affan" arah aku lagi...!
Dengan mata terkebil-kebil segala arahan aku dituruti...emmmm ok la tu..
Masuk je bilik, dengan senang tertidur mereka berdua (penat bergaduh dan menangis sebenarnya...)
Yang paling kecil tu, terpaksa aku dodoi kan....
Now dah sunyi sepi! and i took this peluang untuk update blog laa..... :-)
Kerja menjaga anak-anak bila ketiadaan ibu mereka nampak macam senang tapi melayan dan menghadapi kerenah mereka yang kadang-kadang sukar dijangka tu boleh memeningkan kepala selain dari sifat sabar tu boleh "ternoda"...
Begitu lah anak-anak....
Mungkin kita (aku juga) masa kecil dulu lebih lagi kot!?
Pun begitu suatu ketika kelak, bila anak-anak dah besar mungkin peristiwa-peristiwa begini menjadi "kerinduan" untuk kita sebagai ibubapa..
Katakan saja!: Kemarahan aku hanya dengan suara , tak perlu pukul-pukul pun anak-anak dah akur! Marah untuk mengajar juga menterjemahkan kecintaan aku sebagai papa (bapa)!
hooo.. ingatkan cerpen tadi. cam cerpen aje... hihihi
ReplyDeletehttp://bulatmata.blogspot.com/2011/09/kerana-aku-suka-menulis.html