Assalamualaikum…..
Salam Buat semua yang berkunjung ke sini..Thanks alot! selalu-selalu lah menjenguk. Mudah-mudahan ada manfaat yang tersurat mahupun yang tersirat di sini :-)
Untuk entri ni rasa nak berbicara sikit tentang budaya 5S. Tentu ada yang tertanya, apa kejadahh nya 5S tu ? emmmm memang banyak dah jabatan-jabatan kerajaan dan juga swasta yang telah membudaya kan 5S ni ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif di tempat masing-masing ! Program "copycat" dari Negara Matahari Terbit… kita kan dulu ada "Dasar Pandang Ke Timur"…emmmmm tak apa lah "copycat" pun, yang penting benda baik, so cuba-cuba lah amalkan….
Kat tempat kerja aku sekarang ni, dalam proses nak melaksanakan program 5S ni la kira nya nak dijadikan budaya…(masuk bertanding lagi, untuk jadi perintis program 5S untuk sekolah-sekolah Vokasional) Kira nya isu 5S ni adalah topik perbualan paling hangat ketika ni..macam-macam persepsi! ada yang sokong dan ada yang "kureng", bukan malas tapi terlalu banyak komitmen yang berkaitan dengan P&P yang seharusnya dibereskan terlebih dahulu.
Nowadays, Banyak sangat benda (kerja-kerja) yang perlu dibuat bagi memastikan program ni mampu dibudayakan di tempat kerja… Ya lah, dalam hidup ni mana ada kerja senang.. ! Tak gitu?
Banyak dah lawatan yang telah di aturkan oleh pihak sekolah untuk melihat tempat-tempat (jabatan) yang telah mendapat sijil 5S bagi dijadikan contoh…
Setakat ni kami dah mula lah "slow-slow kayuh"….sisih dulu mana yang dah tak nak pakai, sesambil sapu agar nampak kemas…hehehehe…peringkat awal la katakan, tak boleh nak beria sangat nanti cepat "habis gas"… ! hahahaha ! Memang melaksanakan kerja-kerja 5S ni sangat baik untuk persekitaran kerja, Cuma sebagai pendidik, mengajar dan memastikan pelajar memperolehi apa yang di ajar adalah perkara utama yang mesti di titikberatkan.
Sebagai warga kerja, apa yang di arahkan oleh ketua jabatan dan pihak kementerian perlu di ambil tindakan. Kami kan kerja "gomen"..Saya yang menurut perintah..so ikut je lah ! Kan?
Katakan saja!: semalam buat 5S kat rumah sampai sakit pinggang!
No comments:
Post a Comment