Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday, 6 September 2011

Lagi-lagi Asid! Bahaya tapi Popular!


Assalamualaikum…Salam buat semua pembaca yang ku dikasihi..


Sebenarnya dah ramai blogger yang menulis tentang gejala yang sangat tidak sihat dan “maha gila” ini. Menyimbah asid ke muka orang! Tetiba saja asid jadi sangat popular dan senjata!
Jadi aku pun nak tumpang semangkuk untuk membicarakan tentang gejala dan tingkah laku gila ini sebagai terjemahan kepada rasa pelik dan sangat benci pada tindakan yang buruk itu.
Sebagai individu yang waras kita seharusnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menyimbah asid ni. Banyak sangat laporan yang telah kita baca di dada-dada akhbar tentang mangsa yang telah disimbah dengan asid ni oleh manusia yang berhati setan!
Secara keseluruhan nya tindakan menyimbah asid itu dilakukan kerana berpaksikan rasa tidak puas hati dan dengki khianat yang bersarang dalam diri seseorang.
Dek kerana melayan sangat busuk hati itu maka individu keji itu sanggap menukarkan sifat manusia nya kepada sifat binatang dan iblis agar hati busuk nya itu dapat dipuaskan!
Macam laporan terbaru, gara-gara berebut seorang mak nyah, “seekor” lelaki sanggup menyimbah asid ke muka dan badan seorang pemuda yang baru berusia 20 Tahun. Terbaru juga seorang wanita mengupah orang agar menyimbah asid ke muka madu nya! MasyaAllah……..!
Dunia akhir zaman, manusia semakin hilang pertimbangan! Hanya kerana ingin memuaskan hati sendiri maka sanggup untuk membiarkan insan lain hidup dalam sengsara dan penuh keaiban sepanjang hayat. Padahal hatinya tu puas untuk beberapa ketika saja…dan percaya lah, pelaku itu sebenarnya akan hanyut bersama keresahan yang maha hebat selagi hayatnya dikandung badan, lain la kalau dia memang dah bela jin, pelesit mahupun hantu raya! Esok lusa pasti dia mampus dan bakal jadi hantu!
Dari aspek perundangan Negara juga pun satu hal, hukuman yang dikenakan kepada orang yang menyimbah asid ni sangat ringan, apalah sangat denda ratus-ratus ringgit dan penjara dalam lebih kurang 3 tahun…emmmmm boleh enjoy dan makan percuma dalam “banglo batu”…tak de benda nak difikir dan dikesalkan sedangkan mangsa yang disimbah asid akan menderita dalam tempoh yang sangat panjang atau mungkin untuk seumur hidup.
Kalau boleh, nak je cadangkan, HUKUMAN UNTUK ORANG YANG MENYIMBAH ASID MESTI MENERIMA HUKUMAN DI MANA MUKA DAN BADAN NYA JUGA DISIMBAH ASID DAN BAKAL MENGALAMI KECEDERAAN YANG SAMA SERIUS NYA DENGAN MANGSA. Ini baru adil!!!!!!! Dan ia nya tentu sekali mampu mengekang perlakuan yang melampau, terkutuk dan dasyat itu!
Emmm…tulis banyak-banyak pun tarak guna…ni just untuk melepaskan rasa geram yang amat terhadap mereka yang JAHAT dan menggunakan asid untuk menjahanamkan kehidupan dan masa depan orang lain.!


Katakan saja!: Sama-sama lah kita jaga hati sendiri dan jauhi lah sifat dengki khianat terhadap orang lain. Sentiasa lah berfikir bahawa setiap orang ada nasib dan takdir masing-masing dalam kehidupan. Kalau orang lain berjaya dan kita gagal dalam sesuatu perkara maka kita kena redha dan berusaha lah juga agar suatu ketika kelak kita juga akan berjaya. Langit tak selama nya mendung!

No comments:

Post a Comment