SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Monday, 12 September 2011

Betul ke hanya air kosong?

Assalamualaikum....
Saved
Sejak akhir-akhir ni aku rasa mereka yang membaca blog aku lebih berminat dengan entri yang ringkas-ringkas saja...
So lagi senang la kerja....tak perlu nak bertungkus lumus memerah otak untuk mencari perkataan-perkataan yang maha canggih dalam mengarang entri yang nak disiarkan... (blogger popular seMelaya pun aku tengok ringkas saja entri nya..but sangat kreatif..aku belum sampai tahap tu...)
Ni nak citer tentang artis sebenarnya...bukan tentang air kosong atau air suam (apa kelas nak citer pasal air...hehehehe..)
Gambar Ehsan :Google
Terbaca tentang artikel pengakuan penyanyi tersohor seantero alam..J-Lo (Jeniffer Lopez) tentang kecantikan semulajadi yang dimilikinya... Last Year dia telah di nobatkan sebagai Wanita tercantik Di Dunia!
Katanya, beliau tidak mengamalkan sebarang pemakaian kosmetik apatah lagi melakukan pembedahan plastik atau seangkatan dengan nya....beliau cuma mengamalkan petua meminum air kosong atau air suam pada kadar yang banyak...! Katanya lagi, dia tak berminat pun untuk jadi Duta produk Kosmetik memandangkan dia tak berminat pun nak berbelanja besar untuk membeli dan menggunakan kosmetik-kosmetik yang ada dipasaran!
Memakai alat solek hanya untuk sesi photo shoot, shooting filem dan juga bila buat persembahan... Bila berada di rumah, beliau lebih suka tampil semulajadi tanpa sebarang solekan....itu katanya...boleh caya ke? Artis-artis Malaysia kalau pakai petua J-Lo ni, jimat la..dan akan jadi lebih cantik dan seksi seperti dia!

katakan saja!: Malas nak minum air kosong banyak-banyak terutamanya bila nak berjalan jauh (drive) sebab takut asyik nak terkencing je.....!

2 comments:

  1. Bleh jadi... Sbb sy pnh bezakan kwn2 sy dalam komander yang suka makeup n yang jarang-jarang makeup, walaupun dah berpanas n peluh... yg x makeup tu lbh brseri lah... minum air??? tu pn leh caya kot...

    ReplyDelete
  2. Din...betul la tu, cuma artis dan kosmetik sukar dipisahkan :-)

    ReplyDelete