Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Thursday, 8 September 2011

Risau kalau ianya hanya Alasan!

Assalamualaikum....
Entri ringkas ni aku tulis sebelum nakk keluar mengeteh jap lagi
(Memang aku ni kaki mengeteh...kalau tak ke kedai mamak rasa nak demam je....hahahaha)
Ok....straight to the point
Apa yang merisau kan?
dan apa pula alasan nya?

Al kisahnya putera sulong aku ni...(5 Tahun)
Dalam dua tiga hari ni, macam dua hari lepas, bila aku kejutkan dia untuk ke sekolah (Tadika), dia dengan muka "cuak" dan selamba cakap "papa, Abang Adi rasa nak demam la...pening kepala"....kesian lak aku tengok, then dengan selamba je la aku cakap "ok, hari ni papa bagi cuti hari ni" (aku pulak yang bagi cuti! alahai..sepatutnya sekolah dia....emmmm gitu lah!)
Semalam ok, pergi sekolah.
Hari ni pulak, jam 6.00 pagi tadi dia yang kejutkan aku, sambil menekan perut dia cakap "papa-papa, bangun la, abg Adi sakit perut"...adoiii dalam mata masih tak boleh buka lagi, aku sapu la minyak angin kat perut dia..."abg adi makan apa semalam.?..pertanyaan aku dalam nada lemah kerana masih mengantuk yang amat....
"Entah makan apa, tapi Abang Adi tak nak pergi sekolah la papa hari ni, perut Abg Adi sakit sangat ni....emmmm...ok! itu je la jawapan aku...budak 5 tahun mesti tak tipu punya...:-)
Aku balik dari sekolah tadi, nampak riang-ria dia bergurau senda ngan adik-adik dia.
Pesanan pertama aku bila masuk rumah.."memandangkan Abg Adi dah sihat, esok wajib pergi sekolah! tak ada demam dan tak ada sakit perut ok!
'Ok papa"....yakin je jawapan nya....emmmm ok..akan ku tunggu esok menjelang tiba! Kalau sakit lagi, itu pasti alasan sebab malas pergi ke sekolah!

Katakan Saja!: Tak akan benar dan biarkan anak-anak belajar berbohong!

No comments:

Post a Comment