"Warna air yang keruh begini lah yang digunakan oleh ore kelate di musim-musim raya" |
Assalamualaikum...Ni kira entri ke3 ku untuk hari ni..(tetiba je bersemangat nak update blog ni setelah seminggu lebih meninggalkannya...rindu :-)
Entri ni, aku nak merungut sikit, pun begitu bukan lah nak “condemn”.
Sepanjang balik cuti beraya di kampung beberapa hari kiranya sangat mengujakan, dan segalanya memuas
kan. Walaupun menempuh “jem" dan perjalanan balik kampung yang panjang dan meletihkan, lebih kurang 10 Jam (kalau biasa paling lama pun 6 jam dari Bentong ke Kb) tak kisah, yang penting balik raya. Berjumpa dan berkumpul bersama keluarga tercinta adalah suatu kemestian!
Rakyat kelate kalau raya mesti balik, jalan-jalan di kelantan penuh sesak… kesesakan jalan raya seteruk mana pun tidak mungkin mampu menjadi alasan untuk rakyat kelate untuk tidak balik Kg di musim perayaan (cuti hujung minggu pun balik kg apatah lagi raya..)
Dalam banyak-banyak isu, kalau di kelantan ni, isu air lah yang paling menyedihkan! Memang dah biasa baca dalam surat khabar pun, tapi isu ini seoleh-olah sangat kebal dan tidak mampu diselesaikan pun. (entah ada usaha ataupun tidak aku tak pasti).
Aku kalau nak balik Kg seminggu, aku akan pastikan pakaian aku cukup untuk seminggu tanpa perlu di basuh. Bukan apa, kalau baju putih, bila dibasuh, selepas kering baju tu bertukar menjadi warna cream atau coklat muda..hahahaha…nak plak dua warna tu bukan warna “pepret” aku..kalau warna kelabu taik hanjing ok la jugak! Tapi kalau baju anak-anak, kena basuh jugak…..
Kerajaan Negeri seharusnya mencuba dengan agresif untuk menyelesaikan isu air yang sering keruh ni…jangan asyik dok nak berpotilik saja! (maaf la, aku bukan nya nak menyentuh soal politik tapi kaitan dan realitinya begitu!)
Air kan keperluan asas, ia nya menjadi punca kepada tahap kesihatan rakyat. Kalau tak sihat, nak buat amal ibadat pun tak berapa daya apatah lagi untuk bergerak aktif menyebarkan syiar Islam yang di war-warkan oleh kerajaan Negeri!
Tak tau la kat daerah lain, aku dok rumah mertua kat KB pun air boleh berwarna coklat…jangan kata nak minum, nak buat basuh muka pun rasa tak tergamak. Nasib baik di rumah mertua aku guna penapis khas, itu pun nak kena selenggara saban hari!
Entah la, tak pandai plak nak susun ayat tentang isu ni..kalau ikutkan rasa geram, rasa nak sumpah seranah saja…!
Bukan apa, cakap pandai tapi kerja tak jalan!
Pun begitu ramai rakyat kelantan yang sangat sabar dan terima je seadanya…mungkin kerana terlalu sayang dengan pemerintahan kerajaan kelantan masa kini ! Aku pun tak kata aku benci, tapi aku sangat berharap mereka buat sesuatu yang agresif agar isu ini boleh selesai. Rakyat tentu akan lebih menyanyangi mereka !
Kalau Tanya Mat Sabu mesti lah dia ada alasan yang tersendiri tentang isu ni. Kalau tak meletakkan kesalahan kepada Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Pusat, mungkin dia akan kata, « sabar lah..kat syurga kelak, air nya jernih dan mengalir tenang »
Emmmmm…..kesian kita…. Terima je la…Redho !
Kesian!!! layak tak isu ni panggil wartawan segmen aduan rakyat...last-last ramai-ramai nyanyi lagu Menaruh Harapan ....huhuhuhu..sendu! |
No comments:
Post a Comment