Assalamualaikum dan salam buat semua.
Dengan kekangan masa yang dihadapi dalam minggu ni, aku "mencuri-curi masa " untuk update blog dengan entri yang baru… (ini entri ke dua untuk hari ni)
Kalau dilayan kerja-kerja yang perlu dibereskan, alamat berhabuk la blog ku ni tanpa "disentuh dan dibelai" oleh tuan empunya..
Aku mendapat ilham untuk tulis kisah ni semasa berkunjung ke kenduri kahwin bekas pelajar aku beberapa hari lepas (Pelajar aku tahun 2005/2006).
Semasa di kenduri tu, ramai juga lah bekas-bekas pelajar aku yang lain datang. Dah dewasa pun mereka, sampaikan ada yang aku dah lupa dan tak dapat untuk cam.
"cikgu dah lupa saya ke ?" itu antara soalan yang selalu diberikan oleh bekas pelajar bila berjumpa dengan guru-guru mereka. Macam aku juga, kadang-kadang rasa tak tau nak jawab apa..kalau kata tak ingat atau tak cam, risau berkecil hati pula mereka…
Rasanya itu lumrah, setiap guru akan ada berpuluh-puluh malah beratus murid untuk satu-satu batch, jadi tentunya sesuatu yang mustahil untuk mengingat dan mengecam setiap dari mereka, nak pulak kalau ianya dah berlalu beberapa tahun yang lalu. Tapi kalau pelajar tak ingat dan tak cam cikgu-cikgu nya itu rasanya "tak berapa nak kena "lah !…. Lain lah kalau ada peristiwa yang memungkinkan perkara itu berlaku.
Pun begitu, sebagai guru, segala kenangan bersama pelajar sebenarnya sesuatu yang indah…kenangan itulah yang sebenarnya mencorakkan kerjaya dan kehidupan seseorang insan yang bergelar guru. Tak ada guru maka tak ada murid dan begitulah sebaliknya..satu hubungan yang saling melengkapi !
Sama ada aktiviti di dalam mahupun di luar bilik darjah, segala nya akan terpahat dalam memori dan sesekali mengingatinya, membuatkan senyum terukir sendiri di bibir.
Macam aku sendiri, kalau dalam bilik darjah semasa mengajar, kadang-kadang tu macam "rimau hilang anak" garang nya ! sampaikan ada beberapa bekas pelajar cakap "dulu masa sekolah, cikgu la yang paling garang dan paling chengir sekali !" hahahaha…dengan wajah "hensem + cute" ni..ye ke aku garang !? hahahahaha…….(nak harap orang lain puji, tak ada nyeeee…)…mungkin betul jugak, bila mengajar, expectation aku selalu tinggi dan kalau boleh apa jua yang aku sampaikan wajib diserap dan difahami oleh setiap pelajar aku… Nak pulak mengajar matematik…. ! emmmmmm…tak tau nak cakap laaaa…..
Kadang-kadang rasa nak tergelak je bila ada yang cakap aku ni garang sangat!
Tapi tak dapat dinafi, kalau dalam bilik darjah, aku memang serius,kalau nak belajar, belajar betul-betul begitu juga kalau nak main, jangan main-main..mesti main betul-betul juga…!
Setiap cikgu ada cara mereka sendiri…begitu juga aku..
Kalau di luar bilik darjah especially untuk aktiviti-aktiviti luar (kokurikulum) I always try to be a very sporting teacher for them…bila kita bersama mereka, kita tentu sekali mahu mereka merasa selesa…sebenarnya takut tidak perlu wujud dalam diri pelajar tapi hormat lebih perlu!
Sekatat ini, aku gembira dengan kerjaya ini…aku gembira ada beratus-ratus malah beribu bekas pelajar…walaupun tidak mampu mengingati dan mengenali mereka secara dekat, sekurang-kurangnya bila mereka menyapa, aku tahu bahawa aku pernah menjadi cikgu kepada mereka.
Berdepan dengan pelbagai karenah dan tingkah laku pelajar remaja sebenarnya bukan kerja yang “enteng”! Membimbing, mendidik dan mengajar selain dari mencuba sedaya upaya menunjukkan contoh yang baik untuk mereka yang sebegitu ramai menjadikan kerjaya ini penuh warna-warni serta sarat dengan cabaran!
Buat mereka yang pernah menjadi anak didik aku…”sesungguhnya segala kemarahan, raut wajah dan tutur kata yang kasar dan kurang menyenangkan semasa cikgu mengajar dulu adalah terjemahan kepada bertapa berat nya harapan yang digalas serta bertapa tingginya impian untuk digapai….!”
Salah satu aktiviti luar yang aku ikuti bersama dengan para pelajar di bawah bimbingan dan seliaan ku. Para Pengawas sesi ini 2011. |
Aktiviti di Pulau Pangkor bersama para pelajar Batch Tahun Lepas (2010). |
Katakan saja!: Semua orang pernah bergelar pelajar…begitu juga aku. Berada di alam persekolahan adalah antara persinggahan yang paling indah!
No comments:
Post a Comment