Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday, 6 September 2011

Malas- Sifat atau Alasan ?


Assalamualaikum…

Terpanggil aku untuk menulis entri "sebegini" apabila melihat sikap para pelajar zaman sekarang ni. Seperti entri semalam, aku ada menulis pasal Peperiksaan percubaaan SPM yang baru bermula (hari ini) tapi sikap mereka yang tidak menampakkan « demam peperiksaan ». Muka releks dan riang ria saja… Kalau masa zaman aku sekolah dulu, sepanjang musim peperiksaan, short note tak lepas dari tangan.
Sekali air bah sekali pasir berubah, zaman dulu tak akan sama dengan zaman kini ! itu pepatah klise yang sering kita dengar. Tapi dalam soal mencari dan menimba ilmu pengetahuan, dulu dan kini seharusnya sama. Sepatutnya zaman kini yang serba mencabar dan penuh persaingan ini lah  palajar akan lebih prihatin dan agresif dalam bab-bab belajar agar mampu bersaing dan tidak ketinggalan, ini tidak, "mising in action all the time". Sedih!

Ramai cikgu berpendapat, pelajar zaman ni (terutama nya budak-budak melayu) semakin malas ! emmmm memang ya pun, tingkah laku mereka sangat jelas memperlihatkan kemalasan mereka terutamanya dalam bab-bab belajar ni.
Persoalannya, ada ke orang atau manusia normal yang tidak ada sifat malas dalam diri mereka di dunia ni ? Jawapan nya Tidak ada !

Tidak ada manusia normal yang tiada sifat malas dalam diri mereka. Sifat malas itu lahir bersama-sama dengan kelahiran manusia itu sendiri. Yang membeza kan kita ini hanya lah bagaimana kita menangani malas itu !
Bukan orang melayu saja malas, orang cina, India dan lain-lain bangsa pun malas juga Cuma bangsa kita lah yang paling rajin melayan dan membuai rasa malas itu waima untuk kebaikan diri sendiri. Sedangkan bangsa lain bertungkus lumus berusaha menangani rasa malas itu dengan bijak sehinggakan rasa malas itu dijadikan tempoh bertenang dan waktu untuk releks sebelum menguburkannya apabila mula berusaha untuk  menggapai apa yang mereka mahu dan hajatkan  dalam kehidupan mereka.

Perkataan malas sering meniti dibibir orang kita terutamanya pelajar. Malas dijadikan alasan mutlak yang akhirnya mambawa kepada kerugian yang nyata.

Para pelajar seharusnya sedar bahawa malas itu suatu sifat yang ada dalam diri yang perlu ditangani dengan bijak. Jika tidak ditangani, malas itu akan menular dan merencatkan segala bentuk aktiviti bermaanfaat yang seharusnya dilakukan. Malas itu lah yang menjadikan pelajar masa kini berfikiran singkat sehingga kan tidak mampu lagi memikir dan membezakan  apa yang mereka MAHU buat berbanding dengan apa yang PATUT mereka buat!

Semua orang ada masa 24 jam dalam sehari, namun ada yang tidak cukup masa dan ada yang berlebih masa sehinggakan tidak berbuat apa-apa! Kenapa begitu? 
Hidup ni tidak lah sepanjang masa dilimpahi dengan keseronokan dan bahagia, kadang-kadang rawan hati bertandang juga….jangan hanya kerana terbiasa melayan rasa malas dan keseronokan, rawan yang datang mematikan segala langkah kerana masa juga  diperlukan untuk merawat rawan tersebut. Jangan sampai rawan yang hadir itu  mampu memberi rasa yang hidup tidak lagi bererti kerana segala yang berlaku tiada aku mengerti!
Malas bukan hanya berkisar kepada remaja (para pelajar) sahaja tapi hadir dalam hidup semua orang tanpa mengira usia dan bangsa. Maka tangani lah ia agar kehidupan ni akan lebih bermaksa. Suratan atau kebetulan yang hadir diperjalanan kehidupan dapat ditempuh dengan seribu satu ketenangan.

Katakan saja!: Malas nak melayan kerenah manusia yang entah apa-apa!

No comments:

Post a Comment