Assalamualaikum....Salam Buat Semua...
Dah lewat dah ni sebenarnya, baru balik dari bersukan la kononnya...sempat lah curi masa tulis entri ringkas ni...(update blog rasa nya dah jadi kewajipan plak...Is it I'm Falling in love dengan aktiviti berblogging ni? tak kisah lah sementara tengah bersemangat ni...
Dari pagi tadi lagi member-member dok mengajak main futsal malam ni...rasa cuak jugak sebab dah berbulan-bulan dah tak bersukan, even bersukan yang ringan-ringan pun dah lama aku tinggal, risau plak kalau main terus, silap hari bulan boleh muntah hijau kalau tak pengsan pun! Kawan-kawan punya pasal, so kira jadi lah!
So..pukul 9.00 seperti yang di janji...! Sampai di gelanggang!
Aku...seperti yang dijangka...Tema nya main 10 minit dah rasa nak pitam, mata berpinar, nak muntah...(emmmmm betul la, bila usia semakin meningkat t**! Kena sedar diri sikit, tak boleh nak ligan macam umur 20 an!
|
Muka keletihan! kalau dulu-dulu setakat main Futsal 1 jam pun selamba je layan..sekarang ni 10 minit pun dah termengah-mengah semput! Ni lah akibat tak exercise! Asyik-asyik dok mengeteh kat kedai mamak! bila tengok cermin rasa diri ni masih muda, rupa nya.......huhuhuhu...:-( |
|
Bola seburuk ini yang dibekalkan...Dah la bayaran mahal! memang begini lah sikap "orang kita" berniaga nak kaya cepat...last-last bukan kaya yang cepat, tapi cepat lingkup! Bayaran kat gelanggang ni dua kali ganda lebih mahal berbanding kat tempat lain, apa daya, ni je yang ada kat bandar Bentong ni! Lepas komplen beria, baru lah dapat bola lain..tu pun tak seberapa dan tak sepatutnya! |
|
Bola dah lah buruk.... Cahaya kat gelanggang pun macam sesuai untuk "main" benda lain...Sakit mata! Patut la tak ramai dah sekarang orang datang bermain Futsal kat sini..servis Out! Cuba kalau bangsa lain yang manage! terutamanya orang cina! Bukan nak puji dan puja mereka, tapi kalau bab-bab berniaga dan menjaga kepuasan pelanggan, mereka memang tip-top! orang kita meniaga..alahai...bak kata member aku "hot-hot chicken shit"! |
|
Dari 3 gelanggang yang ada kat dewan ni, cuma satu gelanggang je ada orang bermain (gelanggang kami la tu..) 2 lagi bergelap tanpa tempahan! Kalau kat tempat lain, gelanggang futsal meriah dengan tempahan, siap kena tunggu turn lagi! Dulu, masa mula-mula buka, wpun bayaran mahal berbanding tempat lain, ramai juga team-team futsal datang bermain atau berlatih..tapi sekarang...sepi dan sendu!Tentu ada la tu sebabnya.....Orang kita ni, kalau hantar berkursus untuk jadi peniaga yang baik pun belum tentu ok...sikap tu memang susah sangat nak ubah walaupun untuk "periuk nasi" sendiri...apa nak kata....? Memang Melayu Mudah lupa! asyik dalam dilema! |
Katakan saja!: Selalu sakit hati bila membeli perkhidmatan dari "orang-orang kita" ada saja yang tak kena. Niat hati memang nak menyokong bangsa sendiri, tapi hati asyik sakit je......habissss....macam mana?
Men kat ne nie cg???
ReplyDeleteDin: Kat Gelanggang Arena Futsal bentong.
ReplyDelete