Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Wednesday 7 September 2011

Jamuan Raya- Open Room! (bukan Open House Ya)


Assalamualaikum....

Entri ni just kisah ringan...Hanya untuk kenangan kami, guru-guru Bidang Sains dan Matematik SEMENTA.
Menjadi Bidang Pertama kat Sekolah ni yang buat Jamuan Raya tahun ni
Bunyinya macam ala-ala nak  riak! Hahahaha….
Tidak la sebenarnya, just nak berkongsi rasa gembira.
Gembira kerana rakan-rakan seperjuangan (dalam bidang yang sama) dapat berkerjasama dengan baik.Komunikasi antara kami juga sangat berkesan dan mesra, jadi sangat mudah merancang untuk mengadakan apa jua majlis yang kami ingin anjurkan.
Kerja dalam kumpulan ni pun sebenarnya salah satu kepuasan berkerja yang perlu di cari oleh semua orang.
Jamuan ni kami buat sikit collection duit dan masing-masing bawa makanan masing-masing.
Kami jemput semua warga sekolah (Sementa)
Jamuan bermula jam 12.00 tengahari, tapi seawal jam 11.00 pagi dah ramai tetamu yang datang.
Setelah selesai dalam jam 2.00 ptg..emmmm kiranya sangat puas hati kerana mejoriti warga Sementa dapat hadirkan diri selain dari makanan yang banyak dan pelbagai habis...
Few Pic yang sempat dirakamkan:-

Di awal pagi ni..sambil-sambil buat persiapan, kami "bedal" dulu mana-mana makanan yang dah ada..hahahaha
Team Pertama yang jadi Tetamu Kami...Team Pejabat.


Antara Juadah "pembasuh mulut" yang ada...semua nya best!

Ustaz Lutfi, Azam dan faizal  (Azam tu senyum entah apa-apa- sah2 menang pertandingan kanak-kanak riang masa kecik dulu!

Geng-geng ustaz...kecuali Zack..Semua dari Bidang Kemanusiaan...

Aku bersama kekanda ku...Puan Saadiah (CC Pejabat)

Cikgu Mie dan Kak CC (tengok dahi cikgu mie tu, bercahaya...hahaha..)


Geng-geng "Big Brothers"....

Tuan Pengetua bersama jirannya..cikgu Saupi.

Tengah buat lawak apa ni? Senyum sumbing je cikgu Sariza.

Posing la sangat...nak pulak rakan blogger ku...Cikgu Nora...bab-bab bergambar suka sangat, blogger la katakan! kau adooo?


Cikgu Sariza bersama tetamu-team Bengkel, Cikgu Aidayanti, Cikgu Hanim dan Cikgu Alin.

My Wife, sempat bawa anakanda kami, Adiputra, balik dari tadika terus ke Sekolah.

Cikgu Faridah pun bawa Putera nya, juga dari Tadika.

Cikgu Zairos, Ahli Baru Bidang Sains & Matematik.




Antara tetamu yang hadir...

GPK Pentadbiran.

Suasana meriah...

Ni Polis dari cawangan mana ni.?..entah kenapa la dia orang ni siap jemput polis lagi..ke Bodyguard GPK 1? Hahahahaha


Adi dah kekenyangan...!

2 comments: