Assalamualaikum....
Sumber Gambar : Kosmo on line. |
Enri ringkas ini sekali lagi berbentuk motivasi untuk kita semua yang bergelar Anak Melayu!
Love to write cerita-cerita motivasi dengan harapan agar aku juga akan mendapat motivasi yang serupa bila mendapat peluang-peluang tertentu yang sememangnya ditunggu dalam hidup ni.
Macam Safee Sali, dia pemain bola, maka bila mendapat peluang keemasan dalam bidang yang dia ceburi itu maka dia mempergunakan peluang yang datang dengan sebaik mungkin! Menjadi anak melayu pertama yang mungkin beraksi dalam arena bola sepak Inggeris adalah sesuatu yang membanggakan!
Orang kita (Melayu) memang terbukti hebat sejak dulu, cuma dewasa ini, orang-orang kita semakin "malas" untuk menerokai kelebihan diri yang ada. Banyaknya berpuas hati seadanya dengan apa yang datang. Kata Hang Tuah "tak kan Melayu Hilang di dunia"! membuktikan memang bangsa kita bangsa yang mampu survive dalam apa jua keadaan...InsyaAllah!
Mengapa kita suka sangat dengan situasi "cukup-cukup makan" sedangkan kelebihan diri yang ada itu seandainya digembleng dengan usaha yang gigih dan cara yang betul, anak melayu mampu "menakluk dunia"!
Fenomena anak Melayu ketinggalan di Universiti-universiti tempatan sering di momok kan dalam banyak laporan (realiti memang begitu pun) tetapi kita juga sering kali mendengar ramai anak-anak melayu yang mampu muncul sebagai antara pelajar terbaik di universiti-universiti luar negara!
Kenapa begitu?
Mungkin bila berada "di rumah sendiri" kita akan leka dengan keselesaan yang ada sehinggakan kita lupa untuk berusaha lebih berbanding orang lain sedangkan bila berada di tempat orang, kita tentu sekali merasa dan sedar bahawa kita bukan berada di tanah tumpah darah kita, dan bumi yang dipijak itu bukan milik kita, maka semua rasa itu mampu menyuntik elemen motivasi untuk pelajar-pelajar kita untuk berusaha keras menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya serta mampu memberi saingan keada pelajar-pelajar berbangsa asing yang lain! Terbukti mereka (anak melayu) mampu melakukannya!MALAYSIA BOLEH...MELAYU LAGI BOLEH!!!!!!
Bukan berniat untuk menjadi rasis tapi tentu sekali aku bangga menjadi Melayu dan sayangkan bangsa ku...harap kita serupa begitu!
Katakan saja!: Risau andai nya keselesaan yang membawa kepada kelekaan ini kelak bakal memberi implikasi buruk untuk kita semua!
hope safee sali berjaya membuktikan kehebatan demi anak2 bngse..tahniah..
ReplyDeleteMalaysia semakin hebat!!!
ReplyDeletesalam perkenalan
ReplyDeletesudah 4low kamu...4low kongsi blik yer
entry yang berilmu..mekasih atas nasihat anda.sangat berguna (^_^)
ingin berkongsi entry...sila paste link entry anda disini. pihak kongsi akan tolong pomot kan
http://kongsi-apa2-aje.blogspot.com/p/berkongsi-disini.html
mekasih (^_^)