Assalamualaikum...Salam hujung minggu buat semua pengunjung blog ku :-)
Terbaca satu informasi ringkas kat Utusan Malaysia hari ni dan rasa nya bagus juga untuk di share kan dengan pembaca semua. tentang kemurungan! kemurungan pun kira nya suatu penyakit yang bahaya dan perlu di elakkan.
Penyakit ini tidak perlu banyak bergantung pada ubat-ubatan, ubatnya cuma ada pada diri kita sendiri;
Informasinya berbunyi begini:
Gambar hiasan : Thanks Google. |
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), masalah Kemurungan ialah penyakit yang menyebabkan masalah ketidakupayaan paling teruk dan selalu nya berakhir dengan bunuh diri.
menjelang Tahun 2020, kemurungan akan menjadi penyakit kronik No 2 paling tinggi selepas penyakit jantung.
Berdasarkan rekod daftar statistik bunuh diri, Malaysia mencatatkan 731 kes membunuh diri dalam tempoh 3 tahun antara 2007 hingga 2010 dengan 545 daripadanya adalah lelaki.
Daripada angka tersebut juga, 321 kes melibatkan individu yang berkahwin, 298 bujang, 34 balu dan 29 mereka yang bercerai.
Informasi yang mampu membenihkan "rasa taku" juga! Begitu lah kehidupan, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuh yang kadang kala kehebatannya mampu menewaskan kewarasan manusia.
Untuk itu, kita berdoa lah agar segala ujian dan dugaan yang mendatang itu masih berada pada tahap kemampuan kita untuk menghadapinya. Selain itu, ingatkan diri kita bahawa bukan kita seorang saja yang berdepan dengan dugaan dan ujian hidup yang hebat. kalau kita rasa kita cukup derita mengusung duka yang bertandang, orang lain lebih lagi dihambat dan didakap cabaran yang jauh menyiksakan!
Selain itu, anggap lah suka, duka, riang ria, hilai tawa serta kecewa yang mendatang itu warna-warna yang memberi variasi untuk hidup kita.
Bila berdepan dengan dugaan dan ujian hebat, bawa bertenang, senyum dan cari lah "coping strategy" yang rasanya paling berkesan untuk menanganinya....
Aku ingat lagi kata-kata sahabat aku masa kat Universiti dulu, kata nya " jangan terlalu berduka dan sedih dengan kekecewaan yang mendatang, dan masa akan berlalu terlalu perlahan untuk mereka yang berduka lara".
saya sendiri pun pernah alamai kemurungan ni... apa yang saya dapat hanyalah keburukan.. starting tht day i try to be more confident.. sebab saya fikir, masalah kat dunia ni tak akan pernah selesai... betul tak?? tapi kesian kepada mereka yang masih lag bermurung ni... bebaskanlah diri anda dr kemurungan...
ReplyDeleteFathin: tahniah kerana mampu menangani masalah yang menerjah dalam hidup. Betul tu, selagi hidup kita tidak akan lepas dari berdepan dengan masalah, ingat, masalah untuk dihadapi bukan untuk dihindari...Pastikan kewarasan kita menjadi kekuatan untuk mengatasi apa juga dugaan dan cabaran :-)
ReplyDelete