Assalamualaikum…
Terima kasih atas kesudian membaca penulisan yang tak seberapa ini....
Gambar Hiasan. (Thanks google pic) |
Emmm….tetiba plak rasa rajin hari ni…Entri ke empat untuk hari ni…nak kata "hari rajin sedunia" tak juga...ahaks!
Sebelum masuk tidur, rasa ada idea plak nak menulis so jangan bazirkan, kot-kot esok kekontangan idea, maka sepi seharian la pulak blog ku ini...
Baru saja balik dari bercuti hari raya, esok (Selasa, 6 Sept 2011), Peperiksaan Percubaan SPM akan bermula. Entah bagaimana lah persiapan anak-anak didik aku untuk menghadapinya…. Dengan “rindu semakin jauh” terhadap buku-buku di musim perayaan tentunya bakal merencatkan corak jawapan yang akan diberikan oleh mereka semasa menjawab soalan.
Sebagai guru, aku tentu nya berharap, pengetahuan sedia-ada mampu dimanipulasikan dengan sebaik mungkin oleh mereka. Jangan lah ada di antara mereka yang “sampai hati” menghantar semula kertas soalan yang “bersih” tanpa sabarang jawapan!
Kalau bukan musim raya pun ada di antara pelajar yang sampai hati berbuat demikian, apatah lagi baru balik dari beraya ni..
Sepanjang beraya, buku-buku ditinggalkan kesepian di asrama, tak pun di dalam bilik darjah. Hari ni baru terkial-kial mencari buku-buku untuk dibuat last minute revision, kesiannnnn…… apa daya, itu pilihan mereka. Bukan nya tiada nasihat dicurahkan, malah kalau mulut ni boleh berbuih akibat dari memberi nasihat, rasa nya ramai dah cikgu-cikgu yang jatuh pengsan akibat banyak sangat keluar buih dari mulut akibat terlalu banyak memberi nasihat dan motivasi kepada anak-anak didik masing-masing.
Namun, begitu lah cikgu!
Pun begitu, ada juga segelintir pelajar yang ada kesedaran yang baik untuk membuat persediaan. Mereka tahu bertapa pentingnya peperiksaan percubaan ni…
Nothing much can say, selain dari berharap dan berdoa agar mereka semua berusaha sebaik mungkin untuk diri masing-masing.
Dengan umur 17 Tahun, mereka sebenarnya sudah matang untuk membuat keputusan dengan bijak, Cuma mungkin faktor-faktor persekitaran lain yang tidak memungkin kan mereka untuk berbuat demikian atau mungkin mereka belum ada “kepakaran” yang optimum untuk menangani rasa malas yang bersarang kukuh dalam diri mereka!
To all my student (form 5 students)..all the best…Walaupun ini bukan Peperiksaan SPM yang sebenar, untuk kesekian kalinya, berilah peluang kepada diri sendiri untuk merasai erti “kepuasan” dari hasil indah yang diraih! Jangan nanti, bila keputusan keluar, result anda hanya “sekadar dipinggiran” dengan angan-angan kosong untuk memperbaikinya di Peperiksaan Sebenar tanpa sebarang usaha…pada masa itu, mungkin semangat dan jati diri sudah terbang dan “berlari ke langit”!
No comments:
Post a Comment