Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday, 13 September 2011

Sengaja Nak Tunjuk Wajah Buruk!

Assalamualaikum....Salam Buat Semua Yang sudi meneroka blog ni...
(Semoga menemui apa yang di cari...hehehehe...)

Tajuk entri ni macam tak sedap je bunyinya.... memang patut pun kerana apa yang nak ditulis ni pun memang tak sedap juga..sebab tak sedap mata melihat dan tak sedap hati merasa...
Jangan terkejut kalau ada orang yang sentiasa berusaha untuk "berwajah" begini dalam kehidupan seharian mereka. Memang ada pun!!!!! Malang dan kesian!
Dalam kehidupan seharian, kita memang tidak dapat mengelak dari berjumpa dengan manusia-manusia yang ada kat sekeliling kita...lain lah kalau kita dok bertapa kat dalam gua mana-mana...(Gua Musang pun sesuai untuk tempat bertapa...).Tak kira lah samada semasa kita berkerja, bersiar, membeli belah atau buat apa jua perkara...Sesungguhnya paling tidak menyenangkan bila bersua dan lebih teruk lagi berurusan dengan manusia yang mudah marah..... sikit-sikit marah!
Secara fisiologi tubuh manusia, bila emosi kemarahan itu wujud dalam diri, secara automatik ianya akan diserlahkan pada raut wajah...dan wajah akan bertukar menjadi.......? (emmmm tak tau perkataan yang sesuai untuk ditulis!)....
Segala bentuk sinar yang membolehkan wajah kelihatan ceria akan hilang serta merta!
Memang sejak dulu lagi kita dengar dialog  'jangan marah-marah...nanti lekas tua.."...haaaa betul la tu...antara measurement tua diukur bila banyak kedut diwajah! bila marah maka berkerut dan berkedut la muka tu....
Orang yang suka marah dan selalu marah-marah ni agaknya kenapa ya? mungkin dia ingat perasaan dan rasa marah tu hanya dia sorang je yang ada..kalau begitu, aman lah dunia ni....! Semua orang ada perasaan dan rasa tu, tapi orang yang bijak dan berhemah selalunya memilih untuk tidak marah kerana mereka sedar dan tahu implikasinya bila kerap sangat marah! Silap hari bulan boleh terlentang jatuh dek sakit jantung atau tekanan!Kita dalam mengimpikan bahagia, kita seharusnya berusaha menjadikan ruang lingkup kehidupan kita itu sendiri tenang...kalau marah macam mana nak tenang! Bertindak bijak lah..kalau segala bentuk perkara yang mendatangi kita itu memungkinkan kita untuk marah, maka berhemahlah sepatutnya...tonjolkan sifat positif yang ada dalam diri agar kemarahan itu dapat dikawal dan ditangani dengan bijak... semua orang pun pernah marah tapi sebolehnya biarlah berpada... 
Sabar itu kan sebahagian daripada Iman!
Kalau kita bijak mengawal kemarahan waima diuji dengan segala bentuk kerenah dipersekitaran kita, nescaya kehidupan kita akan menjadi sangat tenang sekaligus membahagiakan...Bila bahagia, segala nya akan terserlah di wajah kita...
Tulis dan cakap memang mudah..tapi apa salahnya kalau kita berusaha dan mencuba..!Ada sesetengah orang beranggapan "garang" dan "marah-marah" itu satu kelebihan dan lebih menyedihkan boleh berbangga dengan sifat yang ada itu...Satu penaakulan dan pertimbangan yang maha besar silapnya...! Tapi kalau mereka tetap nak beranggapan begitu, nak buat macam mana...biarkan saja..dan tengok lah wajah-wajah mereka!
Kalau kerap sangat marah dan naik hantu, muka pun lama-lama dah jadi macam muka hantu!

Katakan saja!: Kalau ada orang marah-marah tak tentu pasal, malas nak melayan, just walk off! Ada aku kesahhhhh!

No comments:

Post a Comment