Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday, 13 September 2011

“True Colours” Memang tak wajar di tunjukkan.


Assalamualaikum….
Sementara ada waktu lapang ni, sempatlah disiapkan entri ringkas ni untuk tatapan semua…kalau yang kurang bersetuju, mintak maaf la ya…

Bercerita tentang perangai dan tingkah laku orang dan diri sendiri…sesiapa pun tak boleh menafikan setiap orang ada "sisi cerah" dan ‘sisi gelap masing". Bukan kah manusia itu lahir dengan kelebihan dan kekurangan !?
Menyembunyikan sisi gelap yang ada pada diri masing-masing pada aku bukan lah suatu hipokrasi…..
Mengambil contoh aktiviti berFB dan berblogging…adakah wajar untuk kita menyerlahkan sisi gelap yang ada dalam sanubari ?
Macam aku, bila marah, kerap juga bahasa "berbunga neraka" bertandang di pinggir bibir, menghemburkan kata-kata "ganas "tahap gaban !
Tapi, dalam berFB dan berblogging, bahasa-bahasa yang boleh menggambarkan "peel " yang tak baik aku simpan lah elok-elok dalam "almari besi" kat rumah.. ! Tak perlu lah kita nak menjadi "begitu jujur" sampaikan sisi gelap kita  pun nak diterangkan pada umum.
Tengok la bahas FB budak-budak sekarang, bahasa-bahasa mencarut dan memaki hamun digunakan dengan meriah sekali….
Ramai yang berusaha untuk melukai hati orang lain dengan bahasa yang ‘sebegitu indah"…gurauan yang kadang-kadang sangat melampau seolah-olah bahasa jiwa bangsa hanya menjadi slogan semata !
Teknologi IT sebenarnya memberi maafaat yang sangat banyak untuk semua orang, Cuma kadang-kadang ia nya disalah guna dan ditangani dengan cara yang tidak betul, itu lah yang menyebabkan ramai pihak menyelar dan menunding jari bahawa penggunaan teknologi IT adalah antara faktor terbesar yang meruntuhkan moral anak-anak muda.
Memandangkan penggunaan kita mengaplikasikan FB, Twitter, blog dan lain-lain perkhidmatan percuma yang ada di laman web dapat "disaksikan"  oleh ramai orang, kenapa tidak kita mengambil peluang itu untuk menyatakan perkara yang indah-indah dan baik-baik saja. Guna kan lah kata-kata yang berhemah biar mereka yang tidak pernah melihat dan mengenali kita beranggapan dan bersangka baik pada kita. Bukan kah itu satu kelebihan ?
Bukan lah niat nak berdakwah, tapi menyatakan sesuatu yang baik itu kan dituntut…..
Kalau di alam nyata, bila aku bercakap tentang perkara-perkara yang berunsur kerohanian, member-member selalu perli "hai…sejak bila pulak jadi ustaz ni"….  So di alam maya ni, sesekali boleh la ambil kesempatan untuk menyatakan benda yang kadang-kadang sukar untuk disuarakan di alam nyata. Tiada apa, selain dari mengingatan kan diri sendiri juga !

Katakan saja !: Ada ketika, hangin satu badan ada ketika, tenang  ! Rahsia aku tetap milik aku"

4 comments:

  1. waaa panjangnya entri....kasi pendek sikit le....150 patah perkatankah...hehehe apa2 pun...bro ko mimang seksi lah... :)

    ReplyDelete
  2. Nora; kalau buat blur tu memang macam seksi, kalau tak..seksa..hahaha...

    ReplyDelete
  3. C'Ayob: Terima kasih banyak atas sokongan (sudi baca my entri) tu la pasal, ingat nak buat ringkas-ringkas je..tapi bila nak mula menaip mula la berjela-jela, kadang-kadang entah apa-apa..hahaha...ye ke seksi? kuang kuang kuang!

    ReplyDelete