Ke empat-empat Akhbar Hari Ahad yang menjadi peneman setia aku di hujung minggu! |
Assalamualaikum..
Salam Hujung Minggu Buat semua..
Actually hari ini merupakan hari yang sangat sibuk untuk aku, almaklum la wife tak ada sebab "outstation", selain jaga anak-anak, kena pergi pasar, kena hadiri rumah terbuka yang masih bersisa, kena "marking paper exam" dan macam-macam benda yang kena buat. Pun begitu nak ambil kesempatan juga lah untuk update blog ni...bukan kah blog ni boleh di kategorikan sebagai "elekronic diary" hahahaha...
Sesibuk mana pun aku, hari minggu adalah hari wajib bagi aku untuk membaca akhbar-akhbar Hari Minggu (Ahad) macam Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Metro Ahad dan Juga Kosmo! Boleh katakan setiap hari Ahad aku mesti beli ke empat-empat akhbar ni untuk jadi peneman.
Nowadays, meng update blog serta berblogwalking pun dah jadi rutin. Hari-hari minggu ni boleh la spend masa sikit untuk itu....Setiap blog yang dijenguk menawarkan cerita yang pelbagai, macam-macam ada...ada yang ceritanya ditulis dengan berhemah dan ada juga yang main hentam kromo! belasah je......dan yang menyedihkan bahasa yang digunakan "azab"dan "ganas"! Tak kisah lah mereka punya hal...dah semua orang ada blog so masing-masing pun nak ada blog! Silap hari bulan boleh lah popular kononnya...ish-ish-ish!
Kenapa akhbar hari minggu biasanya laris macam pisang goreng panas? kalau terlewat sikit kadang-kadang dah kehabisan, puas round satu bandar untuk mendapatkan nya! Banyak cerita menarik ke hari minggu ? Rasanya berita dan cerita-cerita menarik bukan hanya berlaku pada hari minggu, tapi mungkin hari minggu orang ada banyak masa untuk berada bersama akhbar, mendekatkan diri dengan kisah-kisah masyarakat. Pelbagai berita dari isu dari kisah politik, hal-hal semasa hingga lah ke isu-isu hiburan yang tentunya menawarkan kisah-kisah artis yang panas lagi sensasi!
Akhbar Mingguan pulak ada sisipan, dan banyaknya khas untuk meyelongkar dunia artis dan hiburan..emmmm itulah yang masyarakat suka termasuk aku juga..!hehehehe...
Sememangnya artis telah menjadi"objek" perbualan yang yang paling menarik dewasa ni..masalah tidak...blog Oh! Artis, telah muncul sebagai "Top Ten" dalam senarai blog paling laris dan top untuk bulan September! (Maklumat dari blog Denaihati)
Begitulah penangan kisah hiburan dan artis....Aku sendiri pun tidak menafikan dunia hiburan dan artis mempunyai tarikan yang sangat kuat. Semua orang berminat untuk membicarakan perihal mereka...Tapi untuk "lebih-lebih" menulis tentang kisah artis rasanya tak nak la aku...aku bukannya Wartawan Hiburan....Lagipun berlambak majalah hiburan kat kedai tu, siap dengan gambar yang cangih-manggih tentang artis..Ruang-ruangan hiburan di setiap akhbar harian pun sama....but, sesekali mengulas tentang dunia mereka, ok lah jugak!What im trying to say, kalau hujung minggu ni tanpa membaca akhbar, aku rasa hidup aku serba tak kena dan ketinggalan..Lagipun banyak kisah dan rencana yang terdapat dalam akhbar hari minggu menjadikan aku seorang yang lebih peka kepada isu-isu yang berlaku dalam dan luar negara! bukan hanya berkisar kepada kisah suka- duka artis yang tak pernah surut dengan sensasi saban hari!
Katakan saja!: Tersentuh hati membaca ruangan Katarsis Kualong dalam Mingguan Malaysia "Dia sedang bercakap tentang sabar" untuk penyanyi Safura.
No comments:
Post a Comment