Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday 9 September 2011

Segalanya Kerana Mu !


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu untuk semua.

Entri ringkas pagi ni, nak menyentuh tentang perkara yang menjadi tonggak utama dalam kehidupan manusi hari ini, esok dan selama nya.
Pergerakan manusia di atas Bumi Allah hari ini semuanya berpaksikan nya…Wang !
Wang seolah-olah telah menjadi Segalanya ! Meminjam dialog dalam filem Anak Ku Sazali..”Bapa…..Semua yang zali lakukan adalah kerana wang..!!!”
Denyutan nadi dan dugup jantung insan menjadi lebih pantas kerana Wang!
Manusia hilang pertimbangan dan kewarasan juga kerana Wang!
Banyak musibah dan kemusnahan yang dilakukan oleh tangan manusia sendiri di bumi ini juga kerana wang!
Rasa Gundah, resah juga riang gembira banyak berlegar dalam isu-isu kehidupan yang sangat bersangkutan dengan wang!
Bergerak seiring dengan Kuasa! Wang mempengaruhi kehidupan kita semua.

Ada ke di antara kita yang tidak memerlukan wang?
Kalau kita manusia yang normal yang tentu sekali waras, memang wang sangat diperlukan…
Wang Mungkin mampu menjanjikan bahagia buat kita….
Persoalannya…?
Benar lah wang adalah segala-galanya? (money is everything ?)

Setiap orang ada jawapan sendiri….!
Cuba renungkan...

Wang boleh kita gunakan untuk membeli katil dan tilam yang empuk, (bed) namun,
Boleh kah wang membeli tidur dan lena (sleep) kita?

Wang boleh beli vitamin dan ubat-ubatan
Boleh kah wang membeli kesihatan kita ?

Wang boleh beli rumah (house) yang besar dan cantik
Boleh kah wang membeli suasana permai rumah (home)?

Wang boleh membeli barang-barang kemas dan kosmetik
Mampu kah wang membeli kecantikan dan kejelitaan?

Wang boleh membeli makanan yang sedap dan lazat
Bolehkah wang membeli selera kita?

Wang boleh membeli pekej percutian yang lengkap dan mewah
Mampukah wang digunakan untuk membuang resah gelisah yang bersarang di jiwa?

dan pelbagai lagi persoalan…..!

Memang benar wang sangat diperlukan, namun ia bukan segala-segala nya….Ia Cuma SESUATU yang kita perlukan untuk memenuhi keperluan dan desakan kehidupan kita!
(Money is not everything but it is Something!)

Katakan saja!: Selalu jadi tempat orang berhutang sampai naik tension!

2 comments:

  1. Time Blog Walking

    wang segala-galanya, tapi bukan segala-galanya perlukan wang..kan..

    cadangan: saiz tulisan blog awk ini..kecil lah...apa kata awk besarkan..guna thoma saiz 12...lagi mantop!

    Kalau sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini.........
    http://cayob.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas cadangan yang baik...already follow ur blog so insyaAllah akan disinggahi untuk membaca entri-entri baru :-)

    ReplyDelete