Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Saturday 24 September 2011

Pinjam dan Siar semula Penulisan Siti Jarum MM. Aku setuju 110%!


Assalamualaikum....
Seperti biasa, hari minggu ni aku habiskan masa kat rumah dengan membaca akhbar-akhbar hari Ahad yang tentunya memaparkan ratusan cerita..macam-macam ada. Antara artikel yang aku paling berkenan hari ni ialah atrikel tulisan Siti Jarum kat Mingguan Malaysia. So kat sini ku dah cut and paste untuk berkongsi dengan semua...(walaupun boleh baca dalam Mingguan Malaysia)..
Apa yang ditulis tu aku bersetuju 110%! Harap jangan lah Pihak Muzium Negara buat benda yang akan "mencemarkan imej dan menyerlahkan kebohohan yang tak sepatutnya....
Bacalah dan fikir-fikirkan lah! 


Idea pokai siapa pula ini?

Dua minggu lepas Siti menghabiskan masa hampir setengah hari di Muzium Negara. Mesti orang gelak bila Siti kata menghabiskan masa di Muzium Negara. Sebab banyak orang menghabiskan masa di pusat membeli belah, akhirnya tak beli pun dan terus belah.
Di Muzium Negara, Siti tertarik dengan pameran khazanah dari kapal-kapal yang karam ratusan tahun lalu di perairan kita. Siti kagum sangat dengan usaha Muzium Negara membawa pameran yang begini. Tahniah kerana pameran ini memberi banyak maklumat tentang negara kita pada zaman dulu.
Dulu Siti sangat kecewa dengan Muzium Negara yang merendahkan martabatnya apabila menganjur pameran hantu. Memanglah orang Melayu berbaris panjang, waima dikenakan tiket. Biasalah orang Melayu, kerana hantu mereka sanggup buat apa saja. Kerana hantu juga orang Melayu kayakan David Teo. Siti tak tahu apa yang ada dalam pemikiran peneraju Muzium Negara ketika itu. Tapi bagi Siti idea “menghantukan” Muzium Negara sangat hampas. Memang hampas.
Selepas Siti berbangga Muzium Negara membawa pameran khazanah kapal karam, Siti terkejut pula apabila terbaca Muzium Negara juga akan buat pameran sut, gaun dan kasut pengantin Memey yang bertatah permata. Siapa Memey? Oh...terlupa nak bagitau, Memey ini baru nikah dengan Norman Hakim dah kahwin semalam di Felda Tenggaroh 1, Kota Tinggi. Siapa dia? Entah.
Siti tak nak sentuh pasal dia kahwin. Itu dah banyak orang cakap dan tulis yang sebenarnya tak ada benda pun. Siti nak cakap pasal Muzium Negara yang khabarnya akan mempamerkan pakaian pengantin Memey. Adakah ini satu lawak hari raya Muzium Negara? Beberapa kali Siti hantuk-hantuk kepala ke dinding untuk memastikan Siti tidak bermimpi. Ternyata Siti tak mimpi dan Siti memang baca mengenai Muzium Negara nak buat pameran itu.
Siti harap martabat Muzium Negara jangan diturunkan ke taraf kabaret. Siapa Memey yang pakaian pengantin dia nak dipamerkan di Muzium Negara? Hei, tolonglah jangan buat lawak.
Kalau nak kata Muzium Negara mahu memberi penghayatan kepada orang seni, mana dia satu sudut untuk Seniman Negara yang kerajaan iktiraf? Seniman Negara Wan Su yang baru meninggal dunia, seorang pengukir tersohor, kenapa Muzium Negara tak wujudkan satu sudut ukiran Wan Su?
Bagi Siti, kalau benarlah Muzium Negara akan buat pameran baju pengantin itu, memang ini idea yang sangat pokai. Memang tak boleh dipakai langsung. Macammana pun Siti harap semua ini tidak benar. Kalau pameran ini diadakan juga dan sambutan daripada kalangan orang Melayu mestilah sangat luar biasa. Tapi apa maknanya? Kalau orang berduyun- duyun datang, sah itu bukan muzium. Itu funfair.

SITI JARUM: Rumah Datuk Maharajalela terbiar, siapa yang tak buat kerja?

3 comments:

  1. sangat setuju dgn artikel di atas.. apa kaitannya nama MUZIUM dgn PAKAIAN MEMEY tu kan?? ada sentimental value ka??

    ReplyDelete
  2. setuju 100% dengan artikel ni.nak letak sgt buat satu tempat lain la tuk org2 letak brg2 berharga yg nak di pamerkan.mcm baju termahal dr memey tu.tak perlu kot nak letak kat muzium.over jea.hehe

    ReplyDelete
  3. P!q4h and Nik: memang betul tu....tak ada kaitan langsung antara pakaian kahwin memey dengan sejarah yang signifikan utk dipamerkan kat Muzium! Buat malu je....:-(

    ReplyDelete