Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Sunday 11 September 2011

Mudah-mudahan kita Dijauhkan.....

Assalamualaikum.... Salam Buat Semua Pembaca Ku...

Terpanggil untuk tulis dan ulas sikit Head Line Kat Kosmo Hari ni "Disihir guna gambar dalam Facebook".

Macam-macam la perangai pelik manusia zaman ni!
Dasyat tak terkata.....makin hari makin menjadi-jadi....
Orang lain berlumba-lumba menggunakan teknologi untuk kesejahteraan hidup...tapi orang kita guna kan nya untuk membawa mudarat dalam kehidupan orang lain...dan mungkin dalam kehidupan mereka sendiri juga.... Tidak kah itu bodoh nama nya!
Kat entri ni, tak nak lah bercerita bagaimana ira (22 tahun) di sihir..kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca kat kosmo sama ada di talian (kosmo online) atau beli je lah kat kedai...hehehehe...rakan blogger aku ada tulis kisah ira tu..nak baca click je kat sini-----CIKGU NORA. 
Facebook memang sangat popular...banyak maanfaat yang telah sama-sama kita dapat dari penggunaan facebook...paling utama mengeratkan silaturahim...teman, kawan dan sahabat-sahabat lama yang dah berpuluh tahun hilang pun kita dapat jumpa dalam FB. Banyak maklumat dan pengetahuan dapat dikongsi melalui laman ini....
Tapi bila ada yang menggunakan laman ini untuk buat benda "bodoh"...emmmmm tak tau nak cakap apa la... Banyak juga lah kisah pelik yang kita dengar saban hari tentang FB ni..ada yang berkenalan, bercinta dari laman FB ni dan di tipu menyebabkan kerugian beribu-ribu ringgit....alahai...kita kan ada otak, so guna lah....!!!!
Apapun, tak nak lah cakap takbur, nanti di uji Allah baru tahu...Apapun kita sama-sama beringat la, jangan guna kan teknologi yang ada ni untuk benda-benda yang tak sepatutnya...Banyak kan berdoa agar kita di jauhkan dari musibah yang pelik-pelik dari keghairahan kita mengaplikasikan teknologi yang samakin canggih-manggih dewasa ini.
Wasalamm..
Katakan saja!: Kesian Ira, kenapa lah ada "betina" lain yang cemburu dengan hubungan dia bersama kekasihnya...terfikir, kenapa si betina bomoh tu tak cuba sihirkan jantan-jantan kacak terutamanya pelakon Hollywood macam Brad Pitt tak pun Johnny Deep agar tergila-gilakan dia...kan banyak gambar di internet..sihir aje lah mereka tu..dapat jadi laki kau...berbaloi! hahahahaha...

2 comments:

  1. mak aii.. macam2 dunia skrang ni kan? bala.. bala

    ReplyDelete
  2. Zul; tu la pasal.!...i also said the same thing on ur comment space..anyhow, thanks 4 ur support..!

    ReplyDelete