Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday 16 September 2011

Jiwa Besar Anak Muda

Sumber: Utusan Online.
Assalamualaikum....
Walaupun mengambil gambar dan berita tentang penyanyi Yuna, (dari: utusan online) tapi entri ni bukanlah nak bercerita tentang kerjaya beliau jauh sekali kisah hidupnya.
Sekadar ingin mengambil contoh dan menyuarakan kekaguman terhadap semangat dan jiwa besar yang dimiliki oleh beliau yang sepatutnya menjadi contoh positif kepada semua orang untuk memajukan diri walau dalam apa jua perkara dan kerjaya yang diceburi.
To be honest, aku bukan peminat Yuna, lagu dia yang aku tahu dan biasa dengar pun hanya 2 lagu je iaitu "cinta sempurna" dan sebuah lagi "dan sebenarnya" (betul kan tajuk tu..tak berapa ingat..hehehehe) itu pun kerana kedua-dua lagu tu masuk Anugerah Juara Lagu di TV3.
Menariknya tentang dia di mata aku bukan wajah, personaliti mahupun lagu-lagu nya tapi bagaimana dia mampu muncul sebagai bintang besar dengan usaha bijak mencari peluang dan merencanakan agenda bagaimana untuk memajukan diri. Dengan usia yang masih muda beliau mampu menggubah lagu dan menyanyikan sendiri lagu-lagu tersebut. Berusaha keras memperkenalkan diri kepada khalayak dari satu tangga terbawah hingga ke mercu yang dijulang. Kini berusaha pula melebarkan sayap kerjaya nya ke peringkat antarabangsa walau bukan sedikit halangan dan dugaan yang perlu di rempuh...memang besar benar jiwa anak muda ini. Tahniah Yuna!
Selama ini pentas berpretij dan gah Dewan Filhamonik Petronas (DFP) hanya membuka pintu untuk warga seni yang senior dan cemerlang.. seperti Tan Sri SM Salim, Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' Khatijah Ibrahim (sekadar menyebut beberapa nama) dan sekarang, Yuna muncul sebagai atris angkatan baru berpeluang membuat persembahan di situ dengan tiket "sold Out"! Seharusnya menjadi contoh kepada artis/penyanyi muda yang lain.
Ramai orang (terutamanya anak-anak mu masakini) yang ada bakat dan kebolehan, tapi tidak ramai dari mereka yang bijak untuk mencari, mencuri dan mencipta peluang untuk menyerlahkan bakat itu. Ramai yang hanya menunggu peluang dan mengharapkan nasib serta takdir menyebelahi mereka. Jika tidak berlaku seumpamanya, segala bakat dan kebolehan yang ada itu berkubur begitu dan menjadi sia-sia!
Lebih malang lagi, ada yang berbakat serta berkebolehan dan mendapat peluang, tetapi tidak menggunakan peluang yang ada itu dengan sebaik mungkin pada kadar yang maksimum. Banyak nya mudah berpuas hati dengan apa yang ada dan berhenti berusaha kononnya sudah puas dengan kejayaan yang tidak seberapa itu.
Apa yang dinyatakan ini bukan hanya berkisar kepada penyanyi atau pun pelakon semata tetapi merangkumi kerjaya-kerjaya lain juga.
Setiap dari kita berhak bermimpi indah untuk mencapai apa yang di hajati. Namun, biarlah mimpi itu dikejar agar merubah menjadi realiti berbekalkan keazaman dan kegigihan yang teguh. Selain itu, jangan terlalu mudah berpuas hati sehinggakan segala usaha terbantut ditengah jalan dan kehidupan lebih gemilang yang sebenarnya boleh digapai tinggal mimpi tanpa singgah walau sebentar di alam realiti.
Berpesan lah kita pada diri sendiri untuk menjadi insan yang berjiwa besar.... Berjiwa besar bukan untuk menjadi bintang tapi cukup untuk menlestarikan sebuah kehidupan gemilang biarpun dalam ruang lingkup yang tidak terlalu besar, sekurang-kurangnya untuk keluarga dan mereka yang terdekat.
Sumber Gambar: Utusan Online.

Anak-anak kecil juga seharusnya diberi peluang berada dalam proses sosialisasi yang memungkin mereka untuk menjadi pemimpin pelapis di masa depan. Mereka seharusnya di asuh agar mampu berdepan dengan segala cabaran kehidupan dan sekaligus membesar sebagai individu "berjiwa besar" seterusnya mampu merencanakan kehidupan mereka dengan cemerlang dan gemilang!


Katakan saja!: selalu menunggu peluang "jatuh ke riba" sampai kan asyik tertinggal dan    ditinggal.

2 comments:

  1. Jiwa besar seorang anak muda....

    atau jiwa besar pemuda pemudi pembela negara...

    kini adalah...jiwa kerdil anak melayu....

    ReplyDelete
  2. Setiap orang harus mencari kekuatan diri untuk menjadi individu yang berjiwa besar :-)

    ReplyDelete