Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Tuesday 6 September 2011

Blogger-blogger Senior dan Hebat Saling Mengata!


Assalamualaikum…

Sebagai orang yang masih “kerdil” dalam alam berblogging ni rasanya satu kerugian kalau aku tak  follow atau sekurang-kurangnya baca blog-blog hebat dari blogger-blogger  senior lagi fofular yang ada pengikut yang ramai, beribu-ribu lemon….

Aktiviti blogwalking dari blog ke blog dan membaca blog2 hebat telah memberi gambaran bahawa aktiviti berbloging ni sangat “meriah” dan telah ada berpuluh ribu blog di talian! Dengan beratus ribu rekabentuk dan ragam! Meriah-meriah!
Dengan kata lain, persaingan yang maha hebat lah….
Siapa yang bijak mengatur strategi dan mampu menghidangkan “juadah” yang hebat maka blognya akan laku macam pisang goreng panas la ( traffic mencanak-canak saban minit!)
Fenomena begitu tentu nya senang diraih oleh bloger yang ramai pengikut dan yang dah establish…bagi aku dan mereka yang baru ni..emmmmm hanya mampu menyaksikan kemeriahan itu dan bertatih la perlahan-lahan! It’s ok…rezeki masing-masing.
Apa yang aku nak katakana dalam entri ni adalah tentang “percakaran manja” yang kerap berlaku dikalangan blogger-blogger senior yang hebat tu.
Ada ketika dapat kita baca ayat-ayat menyindir dan saling mengata antara mereka. Kita faham, setiap orang ada cara dan pandangan masing-masing tapi bahasa tu kadang-kadang “berbunga neraka” juga bunyi nya.
Lagi menyedihkan ada juga unsur-unsur yang menampakkan keinginan untuk memburukkan strategi yang digunakan oleh tuan punya blog masing-masing, seolah-olah macam berebut follower atau berebut untuk mendapatkan traffic yang maha sibuk…kalau boleh nak suruh traffic masing-masing jem seperti kereka dijalan raya di kelantan semasa musim perayaan! Alahai…sedih dan sendu!
Masalah nya berbaloi ke nak berebut benda-benda macam tu? (kalau betul lah andaian aku tu….)
Aku sebenarnya tak rasa layak untuk beri komen tentang isu ni, tapi kerap sangat aku terbaca entri-entri dari mereka (blogger-blogger besar) yang siap mention nama blog dan nama tuan punya blog yang ingin dikomen tu (komen tak membina ya…) so aku memberanikan diri menulis entri ni..(alaaah lagipun berapa orang sangat yang baca blog aku dalam sehari…kalau ada yang marah, ada aku kesah!!!!!?)
(Tapi tak lupa juga ada banyak usaha-usaha murni yang dilaksanakan oleh para blogger senior dalam membantu mempopularkan blog-blog baru)
Macam aku ni, tak pandai nak ambil kesempatan atau nak minta bantuan dari mereka dalam aspek untuk mempopularkan blog aku ni…selain dari rasa malu sebab aku sendiri rasa blog aku ni tak berapa nak canggih. Hahahaha…nasib baik sedar diri!
Tak apa lah tak canggih- manggih pun..sekurang-kurangnya masih dikurniakan kudrat dan idea untuk menulis sepatah dua kata cukup la….
Tak nak nasihat apa-apa kat sini… hanya tulis apa yang aku rasa je….buatlah apa saja kerana semua orang berhak untuk buat apapun di ruang privasi masing-masing…! (privasi ke???) Kalau timbul musibah, tanggung la sendiri…Macam Papa Gomo, dia tulis je apa yang dia nak tentang politik sebab dia berani! Kelassss dia..aku suka orang macam tu!
Ok lah… itu saja untuk entri ni..kita tengok je la..dan kalau rasa nak menyumbang kepada kemeriahan yang sama, kita buatlah benda yang sama!

Katakan saja!: Suka buat pemerhatian tapi tak suka meniru serta mengikut membuta tuli!

4 comments:

  1. huhu..besa bila manusia rasa pemes lupa diri pdhl x sedar dy bermula dari bawah

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka baca Papa Gomo.. Malah, dia pun terlibat dalam misi ke Somalia. Best. maklumat 1st hand daripada orang yang turut ke sana.

    Tak ramai blogger yang gatal tu cikgu Man.. Saya seorang daripada yang tak masuk senarai tu..

    :-)

    ReplyDelete