Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Thursday 8 September 2011

Bila Diri Disayangi: Didikasi Khas Buat Dato’Ruhaidini Abd.Kadir

Sepanduk itu jelas membuktikan kasih sayang teman-teman mu, kak.
Assalamualaikum…

Entri ni khas di dedikasikan buat insan  yang sangat aku kagumi dan kasihi, Dato’Ruhaidini Abd.Kadir (Setiausaha Akhbar kepada YB Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob) yang telah meninggalkan tanahair untuk melanjutkan pelajaran ke Beijing China dalam bidang Pengajian Bahasa Manderin!

Aku sangat berbesar hati untuk mengabadikan entri tentang apresiasi ku terhadap beliau di dalam blog ni. Masa kan tidak, seorang insan yang sangat merendah diri meskipun sangat success dalam kerjaya serta berada dalam status sosial yang sangat membanggakan.
(akak, minta maaf sebab membuat didikasi ini tanpa kebenaran, sebenarnya ianya satu terjemahan terhadap rasa terima kasih saya terhadap akak yang selama ini sangat jujur dan prihatin dalam ikatan persaudaraan kita)

Sepanjang mengenali beliau, dapat ku perhatiankan semangat, dedikasi, dan iltizam beliau sebagai wanita yang berjiwa kental…mampu melunaskan tanggung jawab sebagai wanita berkerjaya, isteri yang baik, ibu yang penyanyang serta sahabat yang jujur.
Berada bersama warga Sek.Men.Teknik Tg.Ampuan Afzan Bentong sebagai salah seorang Ahli jawatankuasa PIBG telah memberi ruang untuk beliau menabur khidmat bakti yang sukar dilupakan. Sumbangan kewangan yang dicari dan diberi telah membolehkan banyak aktiviti bermanfaat kepada para pelajar dapat dilaksanakan (bebas dari kekangan kewangan)

Fiesta Jom Sihat yang dilaksanakan pada Tahun 2010 adalah merupakan event terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah Sekolah ini khasnya dan bumi Bentong amnya. Mana ada event lain yang berlaku di sini yang mampu meraih liputan media sepanjang minggu (di TV, Radio dan juga akhbar). Malah muncul di Head Line Akhbar Arus Perdana! Fiesta jom sihat adalah idea asal beliau dan beliaulah tonggak utama yang membolehkan Fiesta itu dilaksanakan dengan jaya nya. (Berjaya mengumpul dana sebanyak RM 30 Ribu untuk Tabung PIBG). Fiesta itu juga merupakan program terbesar dan terindah pernah berlaku dalam sejarah perkhidmatan ku sebagai seorang guru. ( terutamanya bila di panggil untuk press confrance dan juga ditemu ramah oleh stesen-stesen radio)
Tiada sesiapa pun yang boleh menafikan bahawa sekolah ini (Sementa) mendapat keberuntungan yang besar dengan kehadiran akak!
Kalau nak tulis tentang Fiesta Jom Sihat tu, tentunya akan menjadi satu entri yang sangat panjang kerana terlalu banyak kenangan yang ada di dalamnya.

Saya agak terkilan kerana tidak dapat bersama-sama menghantar akak (Dato’Ruhaidini) ke airport tempoh hari, namun bila menatap gambar-gambar (dari wall FB akak), ternyata ramai teman-teman seperti YM Tg. Khalidah, Roslan Shah, Fadzli Zainal. Neelofa (org-org terkenal ), juga Rasol, Gaban, Michel, Kak Ha dan lain-lain termasuk boss akak sendiri (YBM Dato’Seri Ismail Sabri) bersama-sama di Airport, membuktikan bahawa diri mu memang disayangi oleh ramai orang.

Tiada apa yang dapat saya beri atau sumbang kan selain dari memanjatkan doa ke hadrat Allah agar akak  akan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di Beijing, segala urusan dipermudahkan Allah dan mampu mentelaah pelajaran sehingga mampu memperolehi kelulusan cemerlang yang dihajati kelak.
Jaga diri mu dengan cara yang terbaik diperantauan kak.
Sampai jumpa lagi…once again, percayalah Diri Mu Memang di Senangi dan Disayangi oleh sesiapa saja yang pernah mengenali mu.
Sampai jumpa lagi.

Beberapa keping gambar yang dilampirkan (ada beratus-ratus lagi) tentang Fiesta Jom Sihat 2010  yang mampu mengembalikan nostalgia indah itu. Terima kasih kak!







Katakan Saja!: Ingin menjadi adik dan sahabat mu selamanya.

2 comments:

  1. tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa tahu. terima kasih tq

    ReplyDelete
  2. Memang tuah manusia siapa yang tahu? maka nya kita kena berusaha agar mendapat tuah yang baik dah hidup ini.:-)

    ReplyDelete