Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Sunday 11 September 2011

Bicara Manis Menghiris Kalbu

Assalamualaikum…salam buat semua.

Entri ni bukan nak tulis lirik lagu Dato’CT ya….
Cuma pinjam tajuk lagu tu je…. Nak menyedapkan apa yang ingin dibicarakan saja.

Alkisahnya, semalam semasa dok berborak dengan beberapa orang member, macam-macam la benda yang diborak kan…
Terborak la juga tentang alam blogging yang sedang rancak aku jalani juga buat masa ini (asal nya menyentuh pasal blogger-blogger politik)….
Salah seorang member ni..(memang hebat kalau berdebat dan berkata-kata) menyatakan pendapatnya

"mereka yang memiliki dan menulis blog ni sebenarnya orang yang sengaja nak meng expose kan diri masing-masing..Sekarang dah ada medium untuk mereka nak suruh orang beri perhatian, so sedaplah tulis apa saja dalam blog masing-masing. Perasan nak menulis sangat padahal basic kewartawanan langsung tak ada, menulis pun lintang pukang !...orang yang rajin membaca blog pulak saban hari tertunggu-tunggu, apakah "fitnah " baru yang nak di lontarkan oleh blogger-blogger ni…dan bla-bla-bla……dan bla.."

Amboi..sedap nya mulut !
Aku malas nak berdebat atau kata apa-apa…itu pendapat dia dari pemerhatian yang mungkin dia buat.
Mungkin dia sebelum ni hanya meninjau atau membaca dua-tiga blog saja..itu pun mungkin blog yang menulis tentang politik saja… sedangkan ada berpuluh malah beratus ribu lagi blog yang menulis tentang benda-benda baik yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan sejagat dalam kehidupan. Banyak blog yang memberikan sumber informasi yang sangat berguna dalam kehidupan kita…
Begitu lah manusia, suka sangat menilai dari pandangan dan persepsi yang sempit…! What to do…most people always like that !

Katakan saja !: Entah-entah dia dengki sebab dia tak ada blog malah mungkin lebih teruk lagi, tak pandai pun nak buat blog ! hahahaha…manusia-manusia !

2 comments:

  1. mungkin dia pandai cakap jek..cube kiter suroh dia tulis..ntah2 lagi lintang pukangkan...trok2...asyik nak kutok owg cilap sendri xpenah nmpak..jgn sebab segelintir blogger yg buat mcm 2 blogger cam kiter turut dipersalahkan kan...apa dia akan cakap kalau segelintir owg mcm dia yg terlalu banyak berckp menimbulkan fitnah...tentu dia juga turut terasa kerana dia jugak bercakap kan...hihihi...ni pandangan saya....

    ReplyDelete
  2. Kah... Kah... Kah... Sabo je lah... Agak mmg ada org yg ckap cm tu...

    ReplyDelete