Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday, 30 September 2011

Isu Dan Kisah Artis Aje Ke Yang Laku?

Assalamualaikum....
Actually ilham untuk menulis entri ni adalah kerana petang tadi aku ada berborak dengan beberapa orang kawan. Salah seorang dari member aku tu beri cadangan...katanya "Aku rasa, kalau kau nak blog kau ramai pembaca, kau tulis lah kisah artis, ambil je gosip-gosip yang ada kat majalah, akhbar ataupun internet..tak pun kau reka je sendiri citer tentang mana-mana artis yang tengah top sekarang!"
Dalam hati aku sebenarnya ketawa terbahak-bahak mendengar cadangan yang sungguh tidak membina itu. Dah la suruh aku hari-hari tulis pasal artis, disuruhnya pulak aku buat cerita rekaan...itu fitnah namanya!...dan juga, aku bukan nya wartawan hiburan!
Memang lah, tidak dapat dinafikan, artis memang merupakan "objek komersial" yang mampu menarik minat dan kisah mereka mendominasikan topik perbualan kebanyakkan orang, nak plak orang kita (melayu) yang memang suka sangat bergosip!
......dan kalau nak sangat baca tentang kisah artis, bersepah majalah hiburan kat pasaran tu, majalah hiburan artis kita (Malaywood), Hollywood, Bollywood, Indon, Korea, Hong Kong, Jepun dan segala bagai.....beli banyak-banyak dan baca la sampai reput majalah tu!
Selain itu, banyak juga blog-blog yang memang menulis khusus tentang cerita artis ni....tak kan semua orang (blogger) nak bercerita tentang artis bercinta dan kahwin-cerai! Sesekali menulis tentang dunia artis kira ok la, memberi variasi dalam cerita yang dipaparkan..kalau hari-hari, mahu yang menulis dan yang membaca sesama muntah sampai keluar angin! One more thing, ramai blogger-blogger popular serta ramai pengikut jarang sekali menulis tentang artis.....
Dalam hidup ni terlalu banyak perkara yang boleh ditulis dengan menarik serta nyata nya mampu menarik perhatian orang untuk membaca tidak hanya berlegar kepada isu sempit pasal artis semata!


Katakan saja!: minat juga nak tulis pasal artis tapi bukan selalu..memang pernah tulis pun!

Header Baru! Suntikan Untuk Lebih Segar:-)


Assalamualaikum....

Baru lepas layan Drama Hebat "Tahajjud Cinta"...anak-anak pun dah tidur so boleh lah update sikit blog ni.
Tetiba rasa rajin nak mencuba buat Header baru....
Ya lah dah hampir 6 bulan bergiat dengan aktiviti berblogging ni, rasa nya kena lah ada sikit perubahan...penulisan dan cerita selalu berubah so header pun berubah la juga.
Percubaan untuk memberikan wajah baru pada blog ni...Biar nampak segar sikit? so..ada nampak kesegaran ke? atau makin layu? huhuhuhu......
By the way, entri yang dihidangkan tu sebenarnya jauh lebih penting dari Header atau elemen-elemen lain yang cantik dan canggih manggih, namun tak salah kalau buat yang terbaik untuk ke dua-dua nya. (bergantung kepada kemahiran dan kebolehan sendiri
Tak gitu?
Ok....jumpa lagi di entri yang lain...

Katakan saja!: masih belajar dan akan terus belajar.

Semakin Cekap dan Efektif :-)

Assalamualaikum...Salam petang Jumaat untuk semua.

Kali ini aku kena tinggal lagi.....untuk tahun ni dah beberapa kali aku jadi "bapa tinggal" gara-gara isteri kesayangan aku tu selalu sangat kena outstation (kejap mesyuarat, kejap kursus kejap buat modul dan macam-macam hal...nak wak guano...doh kijo dia! huhuhuhuhu..)
Memandangkan dah banyak kali, maka aku pun tak risau apa-apa dah untuk berdepan dengan ragam dan karenah anak-anak....2 putera dan seorang puteri yang manja tahap melampau....bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa".
Anak-anak ni, walau macamanapun kerenah mereka, kalau dengan bapa dia, lain sikit, sekali cakap pun dah boleh akur...tapi kalau dengan mak dia, selagi tak bergema suara satu rumah, selagi tu lah depa tu buat dekkkk je....:-)
Apapun, bila wife outstation, task aku kira nya bertambah la.... dari basuh berak sampai lah ke tidur kan mereka. Anak-anak plak kalau nak tidur nak kena gosok-gosok belakang baru boleh lelap!.... sorang nak kena gosok kat kaki, sorang nak kena gosok belakang....yang paling kecik tu plak tak yah gosok tapi nak kena berselawat (org kelate kata  mengatik) baru boleh beradu dengan lena.
Tengah malam plak, mula la sedar nak susu!....
Kadang-kadang rasa tak sabar nak tunggu anak-anak membesar....tapi kalau dah besar panjang, lain pulak kaedahnya....!
Semua ni adalah sebahagian dari cabaran bergelar bapa....tanpa sedar ianya memberi satu kepuasan dan keseronokan yang mutlak walaupun yang zahir nya nampak sangat meletihkan.Bila rasa tension, aku selalu bayang kan masa aku kanak-kanak dulu, mesti macam ni jugak.... mak-ayah aku mampu melayan kenapa aku tak boleh....
Bagi yang berstatus seperti aku tentu mengalami perkara yang sama.....pada yang masih bujang...mesti boleh bayangkan dan ini adalah sebahagian dari gambaraan Cobaaaan yang bakal di tempuh...hehehehe....
Tak ada lah teruk sangat, ada orang yang ada anak sampai berbelas orang ok jeeee.....:-)

Katakan saja!: masih belajar untuk menjadi papa yang hebat untuk anak-anak.

Thursday, 29 September 2011

Renugan Pagi: Bertemu Cinta!

Assalamualaikum...

Sementara nak tunggu masuk ke kelas after rehat, sempat la juga aku update blog ni ngan entri sepatah dua kata.
Suasana pagi yang best..tenang je rasa..tidak ada yang kalut dan berkecamuk di minda.
Membalas ucapan-ucapan happy Birthday kat FB juga sungguh mengujakan.... Once again, thanks pada semua yang membuat ucapan:-)

Selain itu seronok menyaksikan  rakan-rakan seperjuangan masing-masing dok galak  "sisih" barang masing-masing untuk program 5S! 
Memang adat dan lumrah....Biasanya kehidupan yang ditempuh di pagi hari akan memberi gambaran terhadap situasi keseluruhan perjalanan hidup yang bakal ditempuh sepanjang hari itu.
Sebab itu "selamat pagi" itu penting!
Membina mood yang baik sebaik membuka mata di pagi hari itu memberi kesinambungan kepada keceriaan dan bahagia untuk kita.
Sebab itu lah, kalau pagi-pagi ni, elakkan dari bertemu dengan "wajah-wajah duka" atau "mulut-mulut longkang" yang mampu mencalar mood serta memberi retak di hati kita!
Hidup kan untuk mencari bahagia......
Pastikan kita bahagia dulu, kemudian tempias dan berkongsilah kebahagiaan itu dengan sesiapa saja yang layak di hati kita dan mereka sudi untuk berkongsi...
Buat semua...."bertemu cinta" di pagi hari sangat penting untuk kelangsungan hidup yang tenang buat kita sepanjang tempoh 24 jam yang bakal ditempuh...betul tak? Selain itu bijak-bijak kan diri kita dalam mentafsirkan cinta itu apa?!!!

Katakan saja!: selalu belajar strategi berkesan memujuk dan menjinakkan hati sendiri :-)

Meriah! Terima Kasih.

Assalamualaikum....Salam Buat Semua.

Just a short entry.. Nak ucapkan terima kasih buat semua teman-teman di FB yang memeriahkan "Sambutan Ulang Tahun Ku yang ke? dengan ucapan-ucapan yang nyatanya mengembirakan.
Kalau zaman dulu, susah betul nak wish Happy Birthday, but now dengan mudah beratus-ratus malah beribu ucapan masuk ke Wall FB. Seawal minit pertama 30 Sept...ucapan-ucapan sudah berkunjung tiba....
Nampak cam simple, tapi bagi aku it means alots!
Antara ucapan-ucapan terawal...Terima kasih buat semua!
Once again...terima kasih buat semua (family, kenalan, teman, kawan, sahabat dan paling ramai my ex-students) yang memberikan ucapan. Ucapan itu adalah terjemahan kepada ingatan dan ikatan persaudaraan......Sangat ku hargai :-) Really!


Katakan Saja!: tetap rasa "masih muda belia" hahahahaha....

Semoga Sempat

Assalamualaikum....
Entri ni sepatutnya dibuat semalam, tapi apa kan daya..masa tak mengizinkan.

Ini sebenarnya kisah seorang pelajar aku. Dia ni selalu sangat tak datang sekolah, pelajar harian (tidak tinggal di asrama) memang selalu bermasalah dalam bab-bab kedatangan ke sekolah ni.
For Mathematic Class pelajar ni dok dalam kumpulan D maksudnya kumpulan yang paling tercorot dan aku di amanahkan untuk mengajar group yang paling belakang ni. (berdasarkan result Peperiksaan Pertengahan Tahun). Kalau asyik tak datang kelas macamana nak menguasai setiap matapelajaran apatah lagi nak dapat result yang baik dalam exam.
Sejak aku mengajar group D ni, pelajar ni memang jarang sangat datang ke sekolah. Dia hanya rajin datang during exam je...huhuhu...sedih!
Lepas je trial SPM exam tempoh hari, pelajar ni ada la masuk kelas (datang sekolah), nampak rajin plak...so masa bincang soalan aku kata pada dia.."emmmm rajin plak awak datang sekolah sejak lepas exam ni..harap jangan lagi ponteng lepas ni cz SPM pun dah tinggal tak lama je lagi...kalau awak rasa nak ponteng lagi, kalau boleh masa exam pun awak ponteng la jugak..(menyindir)"...dia tak cakap apa pun hanya diam saja (tapi tetap senyummmmm)
Aku sambung lagi kata "awak tak datang sekolah pun boleh dapat 20 markah, kalau awak datang dari dulu lagi pasti awak boleh lulus..." SPM nanti, time paper mate, awak nak datang ke? tanya ku lagi...dia cuma senyum dan mengangguk kepala! Member baik dia yang di sebelah menyampuk, "cikgu, dia dah insaf, tak ponteng lagi, dia cakap kat saya dia dah nak berubah"..pelajar yang dimaksudkan tu hanya senyum sumbing je....(dalam hati aku pun berharap..betul dia akan berubah!)

Gambar hiasa je ni (google)- Bukan kejadian semalam ya!
Semalam (28 Sept 2011/Rabu), lepas je sekolah, jam 2.30 pm kecoh cikgu-cikgu bercerita tentang ada kemalangan berlaku beberapa KM dari sekolah, jalan kat depan sekolah pun jem teruk dan kata nya pelajar sekolah ni"!
Salah seorang rakan aku tanya "Mae, demo ngajar Kelas KFL? budak yang kemalangan tu budak kita, kelas/ kursus 5 KFL..nama dia .......... 
Tak tau nak cakap apa, (termenung sekejap) dia memang pelajar aku! Pelajar yang selalu ponteng dan sejak akhir-akhir ni berhajat nak berubah!
Khabarnya dia bawa motor laju dan berlanggar dengan kereta. Teruk dan sekarang dikhabarkan berada dalam keadaan yang kritikal kat HKL.
Menurut member aku yang ada ditempat kejadian, pelajar ni mengalami kecederaan yang sangat serius..Tulang terkeluar dari peha dan tempurung lutut tercabut selain dari kecederaan di bahagian muka dan kepala...
Malang tak berbau...aku doa kan agar dia dipanjangkan umur dan akan sembuh kelak..pun begitu tidak pasti samaada masih boleh bergerak secara normal atau sebaliknya...
Memang semua cikgu yang mengajar beliau perasan akan perubahan tingkah laku ke arah yang positif ditunjukkan oleh pelajar ini sejak kebelakangan ini...namun takdir penentu segala nya.
Semoga perubahan yang beliau ingin dan hajatkan akan sempat berlaku walaupun untuk situasi yang lain.(Di sudut hati rasa terkilan tak sempat membantu dia untuk berubah memajukan diri dalam pelajaran terutamanya subject Math)

Katakan saja!: geram tengok budak-budak sekolah yang naik motor laju yang amat! tidak bijak memilih keseronokan! Memang tak sayang nyawa!

Assalamualaikum......Salam buat semua..Salam rindu sebab dah 3-4 hari tak sempat nak "tebarkan" cerita kat blog ni...Bukan dah hilang semangat untuk berblogging tapi dewasa ini masa sungguh mencemburi ku...ceeeewah!

Samaada aku benar-benar busy atau mungkin aku yang tak pandai membahagikan masa? By the way, blog aku ni for sure tempat untuk aku catatkan apa jua perkara dan cerita untuk dikongsi dengan mereka yang sudi. As i said before, this blog also a place for me to release my tension, tapi komitmen terhadap beberapa perkara menyebabkan aku betul-betul tak sempat..jangan kata nak berkunjung ke blog-blog sahabat blogger yang lain, nak buka blog sendiri pun...emmmmm....sedih!
So petang ni, aku nekad untuk update jugak blog ni..ya la, bercerita tentang kesibukan seharian, bila agak sibuk, masa menjadi seperti sangat "suntuk". Bila selalu 'terkejar-kejar" maka badan pun mula lah penat semacam, bila dah penat fizikal, otak pun mula lah nak turut sama penat...Bila otak dah penat, mana mungkin ada lagi idea-idea yang canggih manggih untuk di reka, bila idea canggih pun dah tak berapa nak ada so? mana mungkin untuk wujud penulisan yang panjang lebar, apatah lagi menarik! emmmmmmm begitu lah kesinambungannya :-(
Macam hari ni, dari pagi lagi masuk kelas, lepas sekolah pulak ada meeting (post-mortem) tentang keputusan peperiksaan, kena buat presentation, berlarutan sampai hampir jam 5.00 ptg. "gedebak-gedebuk" sampai rumah jam 6.00 ptg. Begitu lah kerja....orang lain teruk lagi, turun pagi sampai-sampai rumah dah malam...terutamanya yang bekerja di bandar-bandar besar macam KL...Depa tak apa lah, "alah bisa tegal biasa"!
Apapun setiap orang ada kerja dan komitmen masing-masing. Malah ada yang kena bekerja berbelas jam kadang-kadang tak dapat tidur pun tapi tak ada pun merungut..Betul tak? Aku pun bukan niat nak berlebih-lebih, cuma ingin berkongsi cerita saja...
Pada yang membaca entri ni, selamat maju jaya dalam kerja masing-masing... Penat itu bergantung kepada kapasiti fizikal dan minda masing-masing. Selagi kita bukan robot, selagi itu rasa penat akan datang hinggap dalam kehidupan seharian kita! Tak gitu?

Katakan Saja!: Kadang-kadang tak buat apa pun penat!

Monday, 26 September 2011

KENAPA?

Assalamualaikum....
Bunyi tajuk entri ni macam nak meluahkan rasa tak puas hati! By the way, tidak sama sekali, cuma sekadar ingin mengupas secara ringkas persoalan-persoalan hidup yang pernah singgah kepada kita.
Aku kira, semua di antara kita ni sering didatangi dengan persoalan-persoalan yang kadang-kala berbau tidak puas hati akan nasib dan takdir yang datang.
Aku sendiri pun pernah didatangi bicara sayu dari kenalan dan rakan taulan tentang malang yang menimpa. Kesempitan, kesedihan, kekecewaan dan perasaan-perasaan yang sewaktu dengan nya.

Kenapa aku tidak berjaya seperti mereka?
Kenapa aku yang harus menempuh dugaan ini?
Kenapa aku tidak disukai? kenapa aku di sisih?
Kenapa keluarga aku tidak seperti keluarga orang lain?
Kenapa aku tidak dipilih?
Kenapa aku tidak secantik mereka?
Kenapa aku tidak sepandai mereka?
Kenapa aku selalu gagal dalam apa jua perkara yang aku buat?
Kenapa aku tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
kenapa?
Kenapa???????? !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Persoalan-persoalan berbau beribu sesalan!
Mungkin begitu berat mengusung duka dari kelangsungan kehidupan yang ditempuh!
Akan adakah jawapan untuk segala persoalan itu?
Lihat lah jari jemari yang ada pada tangan yang sama! Adakah kelima-lima jari itu sama panjang nya? Jawapannya tidak sama sekali. Walaupun berada pada pergelangan tangan yang sama, saiz nya nyata berbeza! Adakah itu juga tidak adil untuk jari jemari itu?
Jawapan nya ada dalam diri kita sendiri. Pasti nya, setiap manusia ada bahagian masing-masing! Keterujaan terhadap kejayaan dan kelebihan orang lain bukan lah satu alasan untuk hati dipaut rasa kesal dengan apa yang mendatangi diri kita sendiri walaupun suratan atau kebetulan!


Katakan Saja!: .....tak kan semua orang nak lahir sebagai anak Sultan Brunei yang kaya- raya tu...sapa pulak yang nak tanam padi atau sayur untuk di jadikan santapan? tak gitu?

Wah! Datuk K Berwajah Baru.

Assalamualaikum...
Can't find anyother words.......WoW!

Sebenarnya tak ada apa nak tulis, just nak share gambar terbaru suami penyanyi tersohor kita  (Malaysian Sweetheart) Dato' Siti Nurhaliza....siapa lagi..Datuk K lah!
Bukan apa, tak pernah pulak tengok Datuk K berjambang macho begini!
Gambar ni ku cilok dari Blog, brother Blogger Tersohor cam Dato'CT juga (untuk arena blogging la) siapa lagi kalau bukan Ben Ashaari! untuk tengok banyak lagi gambar-gambar terbaru Dato"CT di Majlis Perlancaran Album Inggeris nya! boleh la ke blog Abang Ben kita tu or just Click HERE!

Ok...That's it! Cau.... Ben..Sorry and Thanks!

Dorong lah diri sendiri (Bicara Hati)

Assalamualaikum....
Just entri yang ringkas saja...mungkin pesanan ni untuk diri sendiri dan mungkin relevan juga dengan kita semua.

Membicarakan tentang motivasi dan semangat yang ada dalam diri. ...Pada satu-satu ketika, kadang-kadang motivasi diri kita berada pada tahap yang sangat minimum untuk melakukan apa jua perkara. Mungkin ada faktor-faktor dalam diri atau mungkin juga faktor di persekitaran kita yang mempengaruhi.
Ada sesetengah orang, (mungkin ramai juga) tidak tahu mengapa mereka tidak bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara? ramai yang memberi alasan "tak ada mood!" itu yang biasa kita dengar.
Sebahagian besar dari orang yang tak ada mood tu adalah orang yang merasa diri mereka tidak gembira! Mengapa tidak gembira? Tentu sekali mereka ada sebab dan alasan yang tersendiri.
Banyak perkara dalam hidup ni, jangan lah kita terlalu mengharapkan faktor luaran (persekitaran) untuk mendorong kita dalam melakukan sesuatu perkara...dorong lah diri sendiri, berbicara lah dari hati dengan diri sendiri berdasarkan intrapersonal communication skill yang sedia ada dalam diri sendiri. Gembirakan hati sendiri, bukan kah mencari dan mendapatkan kegembiraan itu juga sebahagian dari perjuangan dalam kehidupan. Kita tak akan mampu mengembirakan sesiapa jua dalam dunia ni kalau kita sendiri tidak gembira. Dan tidak ada sesiapa pun dalam dunia ini yang mampu mendorong kita untuk melakukan sesuatu perkara kalau kita sendiri memilih untuk tidak terdorong ke arah itu!
Walaupun hidup tidak selalunya indah namun "langit juga tidak mendung berpanjangan"....ada ketika segalanya berubah.
Segala yang dibicarakan ini adalah lumrah yang ditempuh oleh semua orang. Ada suka ada duka, ada benci ada sayang! 
Seberapa banyak pun resah akibat kebencian (benci pada keadaan-keadaan tertentu yang ditempuh pada satu-satu ketika) yang disimpan dalam perasaan kelak perlu dilepaskan dari kurungan agar hidup kita akan terdorong untuk lebih bersemangat mengharungi cabaran hidup yang mendatang. Meskipun keadaan yang memaksa untuk kita menyulam perasaan itu, carilah penawar ! Mari lah sama-sama kita cari....bila sama-sama kita temui, gembira dan bahagia akan kita kecapi bersama!
Mendapat dan mengecapi bahagia juga adalah antara kejayaan terbesar yang harus kita raih dalam kehidupan ini. Petunjuk sesuatu kejayaan itu juga terlalu subjektif. Memadai kalau kita rasa kita berjaya dan kita bahagia dengan apa yang kita raih itu...dan bersyukur lah!



Katakan saja!: ada ketika tak tahu nak buat apa walaupun ketika itu terlalu banyak benda yang perlu dibuat!

Sunday, 25 September 2011

Budaya 5S

Assalamualaikum…..
Salam Buat semua yang berkunjung ke sini..Thanks alot! selalu-selalu lah menjenguk. Mudah-mudahan ada manfaat yang tersurat mahupun yang tersirat di sini :-)

Untuk entri ni rasa nak berbicara sikit tentang budaya 5S. Tentu ada yang tertanya, apa kejadahh nya 5S tu ? emmmm memang banyak dah jabatan-jabatan kerajaan dan juga swasta yang telah membudaya kan 5S ni ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif di tempat masing-masing ! Program "copycat" dari Negara Matahari Terbit… kita kan dulu ada "Dasar Pandang Ke Timur"…emmmmm tak apa lah "copycat" pun, yang penting benda baik, so cuba-cuba lah amalkan….
Sebagai makluman 5S tu :-

Kat tempat kerja aku sekarang ni, dalam proses nak melaksanakan program 5S ni la kira nya nak dijadikan budaya…(masuk bertanding lagi, untuk jadi perintis program 5S untuk sekolah-sekolah Vokasional) Kira nya isu 5S ni adalah topik perbualan paling hangat ketika ni..macam-macam persepsi! ada yang sokong dan ada yang "kureng", bukan malas tapi terlalu banyak komitmen yang berkaitan dengan P&P yang seharusnya dibereskan terlebih dahulu.
Nowadays, Banyak sangat benda (kerja-kerja) yang perlu dibuat bagi memastikan program ni mampu dibudayakan di tempat kerja… Ya lah, dalam hidup ni mana ada kerja senang.. ! Tak gitu?
Banyak dah lawatan yang telah di aturkan oleh pihak sekolah untuk melihat tempat-tempat (jabatan) yang telah mendapat sijil 5S bagi dijadikan contoh…
Setakat ni kami dah mula lah "slow-slow kayuh"….sisih dulu mana yang dah tak nak pakai, sesambil sapu agar nampak kemas…hehehehe…peringkat awal la katakan, tak boleh nak beria sangat nanti cepat "habis gas"… ! hahahaha ! Memang melaksanakan kerja-kerja 5S ni sangat baik untuk persekitaran kerja, Cuma sebagai pendidik, mengajar dan memastikan pelajar memperolehi apa yang di ajar adalah perkara utama yang mesti di titikberatkan.
Sebagai warga kerja, apa yang di arahkan oleh ketua jabatan dan pihak kementerian perlu di ambil tindakan. Kami kan kerja "gomen"..Saya yang menurut perintah..so ikut je lah ! Kan?

Katakan saja!: semalam buat 5S kat rumah sampai sakit pinggang!

lama-lama Hantu Pun Takut Kat Manusia!

Assalamualaikum....
Selamat Petang... Tajuk entri ni macam kelakar je....Fenomena manusia bertanduk yang jadi Head Line kat Kosmo hari ni.
Kalau nak baca petikan penuh, tentunya kat Akhbar kosmo ataupun kosmo on line. Ku cuma ambil gambar-gambar yang terpampang dan masukkan ke blog ni....Bagi aku ini juga salah satu fenomena yang mengambarkan betapa dunia ni dah semakin "Senja".... Dunia Akhir Zaman!
Bertanduk tu satu hal lah kalau ianya tumbuh sendiri akibat dari penyakit, tapi ada juga yang sengaja nak letak tanjuk dengan menggunakan kaedah implan!
Di saat orang berlumbur-lumbur untuk kelihatan cantik, namun ramai juga yang nak kelihatan seperti hantu ataupun iblis, walaupun mereka sendiri pun tak pernah tenguk muka hantu tu macamana! Mereka memang tahu hantu setan tu buruk rupa nya (dari pembacaan ataupun sumber2 sekunder) tapi mereka yang nak buat muka macam hantu setan tu sebab nak orang nampak mereka kelihatan ganas dan ganjil...dengan kata lain, bila muka mereka buruk begitu ianya mampu menarik perhatian ramai orang. pelik-pelik! tapi benar..!
Harap jangan lah ada anak bangsa kita yang sudi untuk mengukir wajah untuk menjadi wajah Hantu dengan Tanduk segala bagai..Pun begitu, dari segi perangai memang dah ramai anak bangsa kita yang berperangai seperti Hantu Setan! Emmmmmmmnasib la....! kalau perangai dan rupa pun dah tak ada beza dengan hantu setan, sikit masa lagi hantu pulak lari bertempiaran bila jumpa manusia.....takoooot!....


Sumber Gambar : KOSMO


Katakan saja!: makin hari perangai manusia makin pelik!

Saturday, 24 September 2011

Pinjam dan Siar semula Penulisan Siti Jarum MM. Aku setuju 110%!


Assalamualaikum....
Seperti biasa, hari minggu ni aku habiskan masa kat rumah dengan membaca akhbar-akhbar hari Ahad yang tentunya memaparkan ratusan cerita..macam-macam ada. Antara artikel yang aku paling berkenan hari ni ialah atrikel tulisan Siti Jarum kat Mingguan Malaysia. So kat sini ku dah cut and paste untuk berkongsi dengan semua...(walaupun boleh baca dalam Mingguan Malaysia)..
Apa yang ditulis tu aku bersetuju 110%! Harap jangan lah Pihak Muzium Negara buat benda yang akan "mencemarkan imej dan menyerlahkan kebohohan yang tak sepatutnya....
Bacalah dan fikir-fikirkan lah! 


Idea pokai siapa pula ini?

Dua minggu lepas Siti menghabiskan masa hampir setengah hari di Muzium Negara. Mesti orang gelak bila Siti kata menghabiskan masa di Muzium Negara. Sebab banyak orang menghabiskan masa di pusat membeli belah, akhirnya tak beli pun dan terus belah.
Di Muzium Negara, Siti tertarik dengan pameran khazanah dari kapal-kapal yang karam ratusan tahun lalu di perairan kita. Siti kagum sangat dengan usaha Muzium Negara membawa pameran yang begini. Tahniah kerana pameran ini memberi banyak maklumat tentang negara kita pada zaman dulu.
Dulu Siti sangat kecewa dengan Muzium Negara yang merendahkan martabatnya apabila menganjur pameran hantu. Memanglah orang Melayu berbaris panjang, waima dikenakan tiket. Biasalah orang Melayu, kerana hantu mereka sanggup buat apa saja. Kerana hantu juga orang Melayu kayakan David Teo. Siti tak tahu apa yang ada dalam pemikiran peneraju Muzium Negara ketika itu. Tapi bagi Siti idea “menghantukan” Muzium Negara sangat hampas. Memang hampas.
Selepas Siti berbangga Muzium Negara membawa pameran khazanah kapal karam, Siti terkejut pula apabila terbaca Muzium Negara juga akan buat pameran sut, gaun dan kasut pengantin Memey yang bertatah permata. Siapa Memey? Oh...terlupa nak bagitau, Memey ini baru nikah dengan Norman Hakim dah kahwin semalam di Felda Tenggaroh 1, Kota Tinggi. Siapa dia? Entah.
Siti tak nak sentuh pasal dia kahwin. Itu dah banyak orang cakap dan tulis yang sebenarnya tak ada benda pun. Siti nak cakap pasal Muzium Negara yang khabarnya akan mempamerkan pakaian pengantin Memey. Adakah ini satu lawak hari raya Muzium Negara? Beberapa kali Siti hantuk-hantuk kepala ke dinding untuk memastikan Siti tidak bermimpi. Ternyata Siti tak mimpi dan Siti memang baca mengenai Muzium Negara nak buat pameran itu.
Siti harap martabat Muzium Negara jangan diturunkan ke taraf kabaret. Siapa Memey yang pakaian pengantin dia nak dipamerkan di Muzium Negara? Hei, tolonglah jangan buat lawak.
Kalau nak kata Muzium Negara mahu memberi penghayatan kepada orang seni, mana dia satu sudut untuk Seniman Negara yang kerajaan iktiraf? Seniman Negara Wan Su yang baru meninggal dunia, seorang pengukir tersohor, kenapa Muzium Negara tak wujudkan satu sudut ukiran Wan Su?
Bagi Siti, kalau benarlah Muzium Negara akan buat pameran baju pengantin itu, memang ini idea yang sangat pokai. Memang tak boleh dipakai langsung. Macammana pun Siti harap semua ini tidak benar. Kalau pameran ini diadakan juga dan sambutan daripada kalangan orang Melayu mestilah sangat luar biasa. Tapi apa maknanya? Kalau orang berduyun- duyun datang, sah itu bukan muzium. Itu funfair.

SITI JARUM: Rumah Datuk Maharajalela terbiar, siapa yang tak buat kerja?

Benarkan dan Biarkan lah mereka bercinta!

Assalamualaikum...
Sesambil dok membelek kerja-kerja "tertunggakj" yang masih berlambak atas meja ni, rasanya nak rehatkan minda sikit dengan meng update blog dengan entri ringkas ni..cerita ringan.... (biar ringan sikit kepala otak ni) :-) Ni pun baru balik dari KL menghadiri "open house" yang masih bersisa.

Ok..for this entry,once again....
Berbicara tentang artis dan cinta mereka... (sesuai lah entri ni dengan malam minggu..hehehehe)
Kisah cinta artis selalunya menjadi bahan berita yang paling mengemparkan dalam Industri Hiburan! Artis dan cinta serta kisah mereka bercinta sesama mereka begitu sinonim dengan perjalanan hidup mereka  sebagai warga seni dan insan popular (malas nak guna perkataan bintang, sebab ada di antaranya yang tak bergemerlapan pun, hanya suam-suam kuku...tapi tetap lah popular cz ada orang kenal)
Peminat lah yang menjadi kelompok paling kecoh bila ada mana-mana artis yang kena gosip bercinta dan yang declare bercinta.
Bila seseorang artis tu kena gosip bercinta, peminat pasti tertanya-tanya bila lah depa tu nak kahwin?
Bila dah kahwin, riuh lah semelaya dengan majlis persandingan "wedding og the Year" konon-kononnya...!
Bila dah selesai majlis kahwin, soalan-soalan nakal (sedikit jahat) yang dok bertanya dan meneka 'agak-agak berapa tahun la pasangan ni akan bertahan? lebih keras lagi, bila lah depa ni nak bercerai?
Kalau jadi bercerai....mula lah pula episod tuduh menuduh! perang kat TV lagi...melodi segala bagai rancangan tolong buat coverage...hahahaha...memang kelasss artis kita!
Bila dan menjanda dan menduda, ramai pulak lah yang bergosip, bila lah artis ni nak kahwin lagi...?
Gitu lah!!!!
Kadang-kadang kesian jugak dengan artis-artis kat negara kita ni....
Sebagai peminat yang matang, kita tak perlu lah "kecoh" tak bertempat. Mereka nak bercinta, biarkan lah itu pilihan mereka, bila mereka berkahwin, itu jodoh mereka (kalau tak nak mendoakan kebahagiaan mereka, jangan lah sesekali mendoakan keruntuhan rumahtangga yang mereka bina itu)..dan seandainya mereka benar bercerai, anggaplah jodoh mereka tidak panjang....
Kita yang bukan artis ni pun mungkin akan berdepan dengan ujian sebegitu, beza nya tak adalah lah pulak wartawan hiburan datang untuk interview! hahahaha....
Masing-masing jaga diri dan keluarga masing-masing....itu lebih baik. Banyak pasangan artis yang bercinta dan kononnya bila sampai seru akan "membina masjid" antara nya:-

Yusri-Lisa kira nya pasangan artis bercinta yang paling mendapat perhatian ketika ini. Al-maklum la Lisa kan "Primadona Filem Melayu Alaf Baru" selepas Erra Fazira (emmmm ada kena mengena ngan Yusri gak tu!) dan Yusri tentu nya Duda Meletup kat Bumi Malaya ni. Sementara Shah Jazsle dan Miera Liyana (pada aku mereka berdua ni masih dalam kategori artis "suam-suam kuku"), juga mengumumkan mereka sedang di lamun cinta!
Norman Hakim dan Memey (Bernikah hari ini) "Selamat Pengantin Baru"!setelah mengharungi episod penuh warna warna dalam menyulam cinta mereka. Hebat sungguh pasangan ini bila mendapat tajaan RM 12 Juta untuk majlis persandingan! Harapnya Cinta mereka itu semahal nilai tajaan dan mampu berbahagia hingga ke hujung nyawa! Satu lagi pasang sangat-sangat sensasi- Watie-Joey! Ni lagi lah! Duda Vs Janda dengan kisah perang mulut di dada akhbar menjadikan cinta mereka sangat mampu menarik perhatian orang untuk "rancak bergosip" dan membuat tekaan akan kesudahan cinta mereka! Kalau berkahwin pun ramai yang nak menyaksikan tempoh masa mereka mampu bertahan...ish! ish!ish!.kesian mereka berdua ni!
Begitu lah bila artis bercinta! Artis juga insan biasa, cuma tuntutan kerjaya mereka yang menyebabkan mereka perlu dikenali ramai serta bergelut dengan gemerlapan "glamour" yang nampak begitu indah, tapi disebaliknya hanya mereka saja yang tahu!

Katakan saja!: walaupun bukan artis dan tak pernah masuk pun dalam dunia mereka, namun agak kagum dengan kegigihan mereka meredah segala onak duri yang sering melingkari hidup yang bukan calang-calang insan mampu bertahan! Silap hari bulan boleh "mereng" wooooo...!

Friday, 23 September 2011

Perihal Majlis ......Alahai Si DJ

Assalamualaikum.... Salam Hujung minggu buat semua.
Sebenarnya ku baru balik dari Majlis kenduri perkahwinan dan kejap lagi nak ke KL pulak, "open house" raya yang masih bersisa.
Sementara tunggu isteri dan anak-anak bersiap, boleh lah tulis entri ringkas ni (kira nya entri ni berbau rungutan la sikit) bukan niat nak condem ya :-)
DJ Sebenarnya mampu memberikan impak yang besar dari aspek kemeriahan terhadap sesuatu majlis.

Masa kat kenduri perkahwinan tadi (rumah mertua kawan baik aku) sebenarnya serba serbi memuaskan. Dengan kemesraan pihak tuan rumah menyambut tetamu hingga lah ke makanan yang disediakan. Jadi apa yang nak aku rungutkan ? hehehehe...

Pihak tuan rumah memilih untuk ada DJ di majlis tersebut, tentu nya peranan DJ di majlis kahwin ni adalah untuk memeriahkan suasana selain dari membuat makluman dan hal-hal yang berkaitan.. Bila dari jauh lagi kita dengar lagu (muzik) secara langsung kita dapat rasa kemeriahan majlis tu....kalau sunyi je, nanti majlis kahwin pun dah macam majlis kenduri tahlil....
DJ tu tentu lah dibayar oleh pihak tuan rumah, kalau dah di bayar maka perkhidmatan yang diberikan seharusnya berbaloi....
Macam majlis tadi, aku rasa kesian lak kat tuan rumah, majlis dah "grand" tapi DJ ala-ala sendu! Dah lah lagu yang diputarkan langsung tidak ada kena mengena dengan majlis perkahwinan...Sepanjang aku berada di majlis itu tadi, tak ada satu pun lagu "pengantin baru" di putarkan..
Bila rombongan pengantin lelaki tiba, mengumumkan ketibaan dibuat dengan tonasi suara yang "ala-ala tidak bersungguh" langsung tak selari dengan paluan kompang dan sambutan yang diberikan oleh pihak tuan rumah. Nak jadi DJ ni, walaupun tak ada suara macam faisal Ismail ataupun Halim Othman, kalau petah bercakap dak kira ok....Walaupun untuk majlis perkahwinan di taman perumahan (bukan di hotel ataupun dewan-dewan mewah), kalau orang dah bayar so buat lah bersungguh-sungguh... sudah lah kurang bercakap, lagu yang diputarkan pulak tak ada kena mengena dengan majlis dan bila sesekali bercakap menampakkan "kemalasan" dan tak bersungguh....emmmmmm entahlah!

Aku ni tak rasa berbakat sangat untuk jadi DJ, tapi aku rasa kalau aku yang buat, rasa nya 10X lebih baik dari DJ kat majlis kahwin yang aku hadiri tadi...hehehehehe.... Tak percaya? boleh cuba!

Katakan saja!: Ramai orang nak buat benda yang dia tak mampu buat sebenarnya.....emmmmm ada pro n contra nya..kan?

Inikan Balasan?

Assalamualaikum...Salam Buat semua. Dapat update satu entri sehari pun tak apa lah, yang penting ada juga, dari dok hidangkan benda "lama" orang pun muak :-) hehehe....kalau orang berkunjung dan tengok tak ada ilham atau cerita baru, lepas ni tak ada siapa pun yang sudi nak berkunjung lagi gamaknya....!
Bunyi tajuk entri ni macam tajuk lagu, tak pun macam tajuk Cerekarama! Memang entri ni pun macam cerita gak ni, ada la persis citer Juvana yang top kat TV3 beberapa bulan lepas.
But, ku bukan nak paparkan skrip drama cuma nak bagitahu secebis kisah..... 
Terbaca wall FB my friend (mengajar sama kat sekolah).... Terkejut juga tengok luahan dia tentang apa yang budak-budak sekalah lakukan dan ianya tak pernah berlaku before! (Bukan niat nak memburuk kan pelajar sekolah tempat aku mengajar,(jauh sekali untuk "membuka pekung" kerana aku sayangkan tempat kerja aku) cuma perbuatan-perbuatan begini memang ada di mana-mana sekolah, bukan semua pelajar, cuma segelintir KECIL saja...tapi ianya memberi gambaran bertapa akhlak dan nilai murni yang makin terhakis dalam diri sesetengah remaja:
Walaupun tak minta kebenaran dari tuan punya Wall FB ni... (kawan aku tu la), ku siarkan juga di blog ni, salah satu "bukti" bahawa tugas cikgu-cikgu dewasa ini memang mencabar dan bukan mudah seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak:

Gambar dan sebahagian dari dialog "chatting" kawan aku dengan rakan-rakan sekerja yang lain tentang peristiwa "sadis" tu...Apapun kat status tu siap ada word "Terima Kasih"...Begitulah cikgu, walaupun diperlakukan begitu tetap sabar dan tenang..."murninya hati mu kawan ku"!

Secara ringkasnya : Last week cikgu-cikgu yang mengajar subject MPAV (bengkel) terlibat dengan lawatan sekolah ( dua hari) ke Kuantan, so my friend ni tinggal lah motor dia kat sekolah. Balik dari lawatan tu, bila nak pulang ke rumah, didapati motor nya tadi "tak dapat dihidupkan" check punya check di dapati tempat minyak hitam terbuka dan didapati telah di masukkan air oleh seseorang!...... Bukan lah menuduh, tapi ni mesti kerja-kerja "tidak bermoral dan jahat" segelintir KECIL pelajar! Dari pengamatan aku dan kawan-kawan yang lain, kawan kami ni cikgu yang ok, cool, bukan jenis panas baran, jarang sekali memarahi pelajar berlebih-lebihan tapi boleh menjadi mangsa khianat...entah lah, sukar nak diperkatakan.... dan pagi ni pun ada cikgu merungut kereta yang baru dia beli telah di calar oleh pelajar!
Jelas sekali, zaman kini bukan lagi seperti dulu, guru terpaksa berdepan dengan pelajar yang jangan kata nak takut, nak hormat pun mereka tak berapa nak tahu. Cikgu tetap cikgu...biar bagaimanapun pelajar, mereka tetap di ajar...dan sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didik mereka. Biar luka, biar terluka terima saja balasannya...dan inikan balasan? yang sewajarnya......!!!!?

Katakan saja!: pelajar yang baik tingkah laku dan hebat dalam pelajaran sentiasa ada dalam hati dan kenangan aku!

Thursday, 22 September 2011

Dah Ada Yang berminat :-)

Assalamualaikum..Salam Buat semua.
Sesambil menyiapkan lesson plan for this week dan juga key in markah Peperiksaan Trial SPM (online), sempat lah buat entri ringkas ni..

Al-kisahnya tadi masa kat sekolah, ada sorang kawan (cikgu juga) bagi dialog ni kat aku "best tak ada blog? seronok je saya baca dan saya rasa awak mesti seronok boleh tulis apa saja cerita, selain tu dapat luahkan apa saja yang awak nak dalam blog sendiri".
Aku senyum je la mendengar kata-kata tu. Seronok atau tidak berblogging ni bergantung kepada niat dan tujuan asal (apa yang ada dalam hati). kalau kita berblogging dan mengharapkan sesuatu yang "tinggi melangit" dan akhirnya jangan kata ke langit, menjejak awan pun tidak, maka kita tentunya akan kecewa. kalau kita berniat untuk ada blog dan ingin menjadikan nya sebagai medium untuk meluahkan perasaan, so luahkan lah apa yang terbuku di hati tu. Pun begitu, memandangkan blog ni everybody can read (public), segala luahan itu menjadi "kurang telus" kerana kita perlu menapis dan berlapik dalam menghemburkan rasa hati yang terbuku terutamanya tentang ketidakpuasan hati! (pun begitu ada juga blogger-blogger yang hentam saja! tak apa la sebab dia berani, aku tak mahu begitu!)
So, i was said to her, "bagus lah kalau berminat, just creat your own blog, tulis lah apa saja yang nak, cuma jangan lah mengharapkan "lebih" dari berblogging, make it fun! kalau kita nak kan "kesukaan" maka pasti kita akan mendapat "kesukaan itu"! dan berhemah lah dalam membentangkan apa jua isu kerana ianya bakal menjadi tatapan orang lain biarpun bukan puluhan ribu mata dan hati membaca dan merasa!

Katakan saja!: atleast, this is the place i can release my tension!

Wednesday, 21 September 2011

ke-100

Assalamualaikum.... salam kasih buat semua.

Actually untuk entri kali ni, i just would like to express perasaan suka dan gembira
aku kerana sejak bergiat dengan alam berblogging ni untuk tempoh beberapa bulan, hari ni, pengikut ku yang ke 100 berkunjung tiba! Hahahaha, baru 100 orang! (Biarpun orang lain dah ada puluhan ribu followers) .Masa memulakan langkah dalam alam blogging ni, tak fikir pun pasal ada orang nak follow ataupun sebaliknya...just want to improve my writing skill..and for sure for fun (now still to have fun!) that's it...Buat now, dengan ada nya followers, aku rasa blog aku dihargai dan memberi "tanggungjawab" untuk aku update blog ni dengan entri baru saban waktu :-)
Pengikut yang ke-100 (Minda Serigala) Malangnya tak ada his link for me to visit his/her blog, atleast to say thanks and also follow as well.
Biarpun pertambahan jumlah pengikut my blog a bit slow, aku tetap berpuas hati.... kerana blog aku ni just a story, tak ada yang sangat istimewa untuk ditawarkan. Selain untuk kemajuan diri sendiri, aku juga ingin sekali memeriahkan aktiviti sihat ni (berblogging).
Jumlah pengikut tidak menjamin traffic antara isu yang sering aku dengar, apapun pada aku, followers adalah penyeri dan pemberi semangat. Soal pembaca dan pengunjung pula banyak bergantung kepada hasil usaha dan inisiatif kita (next step after update the new entry)..tak begitu?
Once again, thanks for everyone especially my followers. As a blogger, kita sama-sama improve agar masing-masing mampu dan dapat menawarkan "something" buat  pembaca dan pengunjung terutamanya pengikut kita yang setia!
On this while, yang banyak membaca my entry adalah teman-teman alam maya (FB) ku.and also my ex-students.....pun begitu, semua blogger mengharapkan lebih ramai followers...so am i !
YESS!!! FOLLOWERS ARE IMORTANT TO ME :-)
With Love...Wsalam :-)

Katakan saja!: belajar menghargai kerana tak rugi apa-apapun kalau menghargai orang lain.

Fida "Berhijrah"!

Assalamualaikum...Salam buat semua...
Entri ni ada sikit-sikit kutukan dan sindiran! (jangan ada yang marah ya) :-)

Rasa nak tumpang semangkuk bercerita pasal si retis (istilah baru ke ni? sebab mejoriti blogger guna istilah ni), Si Fida tu!
before, dia tak ada lah Top sangat wpun pernah menang pertandingan Dato'CT Cari Bintang dulu... Muka ada iras Dato'Ct pun bukan tiket untuk Fida meletup...apapun kira ok la, suam-suam kuku..ada orang kenal!
Hari ni banyak sangat blogger2 yang menulis pasal Fida ni (alaaaa pasal gambar yang free Hair tu la)..teruk jugak dia kena kutuk!
Asal nya wanita ayu then "berhijrah"sebab dapat balak "hencem tak terkata". Bahagia sangat, Mamat tu siap boleh mengaku playboy, jadi rebutan wanita...Bertuah la kau Fida! Retis oh retis!(gambar tengah tu la yang meletup sekarang!)
Tak apa la Fida, bila semua orang cakap pasal kau, makna nya kau popular lah untuk dua tiga hari ni....
Mesti Si Mamat tu bangga sebab mampu membantu Fida jadi lebih popular. rasanya macam jadi "sejarah" pulak "Fida popular sebab dapat "balak" tak hensem dan perangai "balak" pulak entah apa-apa!" (sapa kata mamat tak hensem ? dia siap mengaku lagi yang dia tu playboy! hahahaha....)
Boleh bagi alasan "TER upload"...lucu! Memang "entah apa-apa"!
Tak perlu lah rasanya nak tulis "statement" si Mamat tu, baca blog yang dah paparkan! boleh baca macam-macam alasan.
Aku pun malas nak mengulas panjang. Bagi aku dengan ada nya Mamat yang cukup "sempurna" di mata Fida ni so Fida ambil keputusan untuk "berhijrah"...mungkin pas ni pakaian lebih ketat, tambahkan gedik secukup rasa dan rambut kasi warna sikit dengan gaya berombak ala-ala rambut legenda Hollywood Madonna!emmmmm mesti mamat makin sayang! hahahaha...

Katakan saja!: Fida-Fida....kesian kau!

Tuesday, 20 September 2011

Menyatakan Kebaikan..sejuk hati :-)

Nota: Buat semua yang berkunjung dan membaca entri di blog ni..memandangkan tiada lagi "shoutbox" (buat sementara waktu) di sini, harap sudi lah kira nya meninggalkan jejak di Ruangan Komen..Memudahkan untuk dijejaki semula sebagai tanda terima kasih (terutamanya rakan-rakan blogger)

Assalamualaikum...
Ni bukan enteri Wordless Wednesday ya....cuma entri ni ringkas saja... 
Alangkah sejuk hati bila kita membaca status-status yang terpampang kat laman FaceBook dilimpahi dengan unsur-unsur nasihat dan juga peringatan yang boleh kita renung-renungkan untuk kebaikan sekurang-kurangnya untuk diri kita sendiri.
Menjadikan FB sebagai tempat untuk kita saling berpesan ke arah kebaikan mampu membawa seribu satu rahmat dan kebaikan. (sesekali melepaskan geram kat FB tu kira adat leee....almaklum la kadang-kadang bila emosi menguasai diri...hehehe...)
Ini antara status yang aku berkenan hari ni (dari sahabat lama masa sekolah dulu...memandangkan benda baik, jadi ku tak "tutup" la nama dia)


Katakan saja!: buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali! (ada suara jahat kata, buat jahat jangan sekali tapi kena banyak kali...hahahaha...gurau je tu!)

Gangguan!

Assalamualaikum... 
Salam, buat semua yang sudi melawat dan membaca :-)
Entri ni just nak bagitahu kat kawan dan teman di alam maya yang juga blogger, ku terpaksa remove my shoutbox bermula malam ni sebab ada insan-insan yang tidak ku jemput berkunjung ke blog ku datang membuat kacau! Meninggalkan msg-msg yang "entah apa-apa" kononnya nasihat!
Mungkin manusia tu aku kenal kot (gunting dalam lipatan) ataupun mungkin juga bekas pelajar aku yang mungkin kurang berkenan dengan cara aku mengajar mereka dulu (kot pada mereka aku ni garang sangat) :-)
Jadi buat teman-teman blogger yang sudi berkunjung (aktiviti blogwalking) boleh lah tinggalkan jejak di ruangan komen, InsyaAllah pasti aku akan jejaki semula.
Gangguan yang hadir dalam hidup kita ini bolehlah di sama kan dengan langau...Kehadiran yang tidak pernah kita undang, maka nya, jangan pula ia nya mampu untuk merencatkan apa jua langkah yang telah kita atur!
Dalam apa jua perkara yang kita buat memang selalu saja ada gangguan. Namun begitu, jangan jadikan gangguan yang kita terima itu sebagai  halangan untuk kita meneruskan langkah dan anggaplah ianya sebagai "langau", kalau mampu ,kita halau dan kalau tidak mampu, biarkan dia saja...Motivasi diri untuk "memeriahkan" hidup sendiri harus diteruskan.
Entri ni macam pengumuman lah kira nya.
Thanks...Wassalam.... :-)

Fomema oh Fomema...! Memang Aku Yang Tak Prihatin...

Assalamualaikum...dan Salam buat semua.
Dah dua hari aku tak update blog ni dengan entri baru, tu yang nampak suram je blog ni walaupun dah letak "bunga api" dan "bintang" bagai kat sini..
Nak ada blog so nak kena ada entri baru la saban hari, baru meriah dan happening!. Namun kalau masa tak berapa nak mengizinkan, tak dapat la nak kasi meriah blog ni.... Sapa nak baca entri lama-lama kan?(wpun yang lama tu mampu memberi bermanfaat yang lebih berbanding dengan penulisan yang baru...hehehehe)...
emmmm membebel la pulak aku ni..
Sebenarnya just nak citer sikit peristiwa yang ada kena mengena di antara aku dan Fomema. Tau ke Fomema tu apa? ok-ok, Fomema bukan sejenis makanan, juga bukan orang ya... Bagi yang tak ada urusan tentang "bibik-bibik" maka mungkin tak berapa nak tau la Fomema itu apa! Hahahaha...

Secara amya Fomema tu ialah satu agensi yang dipertanggungjawab untuk menguruskan pemeriksaan kesihatan terhadap pekerja asing! Setiap pekerja asing yang mendaftar bekerja di negara ini mesti melalui pemeriksaan kesihatan. (pendatang haram...aku tak sure la pulak..periksa sendiri je lah, tak pun majikan dia yang periksa!) Memandangkan aku ada bibik, maka setiap tahun lah kena pergi ke Fomema untuk buat pembayaran bagi pemeriksaan kesihatan untuk sambung permit kerja bibik aku tu.
Last week, (wednesday) lepas sekolah je, aku tergesa-gesa lah pergi, kena cepat takut tak sempat sampai nanti tutup pulak pejabat Fomeme tu. Memandangkan aku tak berapa cekap bab-bab jalan kat Damansara tu (walaupun ni dah kali ke 3 ke Fomema tu.sendu betul!) so aku ke rumah member baik kat Serdang dulu untuk temankan aku. Masa kat rumah member tu, aku baru teringat nak check dokumen yang perlu..laaaaaa....tertinggal pulak passport bibik aku! Boleh ke bayar pendaftaran pemeriksaan kesihatan tu kalau tak bawa passport? (tertanya sendiri)
Untuk kepastian, aku pun telefon lah Fomema tanya...Jawapan nya Alahai...tak dapek le nak tolong! Wajib bawa passpost, sekurang-kurangnya salinan. Emmmmm tak selesai jugak!
Ponattttt dan frust sangat, buang masa!
Semalam aku pergi semula la untuk uruskan urusan yang tertunggak minggu lepas, segala dokumen yang diperlukan aku bawa bersama. Macam biasa la, lepas sekolah je terus berkejar ke sana. Sampai je (agak lewat juga but Fomema close at 6.00 pm) terus isi borang dan ambil nombor giliran... Bila nombor dipanggil dan proceed kat kaunter, pegawai tu tengok segala dokumen yang aku bekalkan tu, dia pun kata " Encik, sebenarnya encik dah tak perlu buat pemeriksaan kesihatan lagi untuk pembantu rumah encik sebab pemeriksaan kesihatan hanya diwajibkan sebanyak 3 kali saja...kira nya encik boleh terus ke imegresen dan terus je perbaharui passport dia"...... emmmm so! What should i say? nak salah kan siapa dalam soal ni?
Begitulah kalau kita ni terlalu "ambil mudah" dalam melakukan sesuatu perkara! Tak tau nak cakap apa lah dah memang salah sendiri. Kalau pertama kali buat tak apa, ini dah beberapa kali...rasa sukar nak percaya apa yang berlaku ni sebab yang aku kenal tentang diri aku sendiri, dalam banyak perkara aku memang seorang yang "particular". Bila nak buat sesuatu aku akan study dulu dan pengalaman biasa nya menjadikan segala masalah dapat diselesaikan dengan mudah dan pengalaman juga selalu membendung kita dari buat benda yang "kurang cerdik" yang mampu membazir masa dan segalanya!
Gerammmmmmmm! kat diri sendiri.....! Betul tak prihatin!!!!


Katakan saja!: teringat kisah pekerja, majikan dan kucing beranak.....