Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Sunday 2 October 2011

Tak Boleh Ke Beri Mereka Ruang Untuk Bahagia???

Assalamualaikum.....
Adakah mereka tidak berhak untuk Bahagia? Kalau Ya...kenapa?????

Di Akhbar, majalah, media elektronik dan juga di blog-blog, banyak sangat cerita dan ulasan tentang pengantin baru ni... Selain memaparkan kisah majlis pernikahan dan persandingan mereka, banyak juga "suara-suara" nakal yang dengan jelas memperlekehkan majlis yang nyata "tidak lekeh itu".
Ramai betul orang yang "tak minat" dengan Norman dan Memey ni! Kenapa agaknya ya? Adakah pasal Norman ni duda? atau cerita-cerita "lapuk" yang Memey tu pemusnah rumahtangga Norman dengan isterinya dulu? Entah lah..susah nak mentafsir rasa hati orang...!
Sejak tersebarnya kisah Persandingan Norman dan Memey ni bakal mendapat tajaan bernilai 12 Juta ringgit..lagi lah ramai yang tak senang duduk! Lagi lah pelik..kenapa plak? 
Tak kisah lah apa pun objektif pihak penaja, (tentu sekali mereka tu berniaga) yang penting Norman dan Memey mendapat maanfaat dan majlis mereka dapat berlangsung dengan lancar...serta para tetamu yang hadir juga mendapat tempias dari nya (ya la dapat bersama-sama hadir di majlis yang begitu "gah"...tak kan para tetamu dijamu dengan teh tarik ataupun nasi goreng belacan pulak! kan?)

Entri ni nampak dengan jelas aku menyokong Si Norman dan Memey, sebenarnya tidak ada istilah menyokong...Mereka dah dinikahkan dan sudah bergelar suami isteri...mengapa perlu lagi mencari isu yang seolah-olah ingin memberi beban kepada mereka berdua. Mereka dapat penaja so itu rezeki mereka lah! Adakah hanya kerena mereka berdua tu artis maka mereka layak untuk dihadiahkan dengan kutukan dan doa-doa merapu yang boleh memudaratkan hubungan suci suami-isteri???....Lebih menyedihkan bila ada selebriti ternama yang hadir ke majlis tersebut kemudian secara terang-terangan mengutuk (kat laman sosial lak tu)! Adakah itu budaya yang baik? sudah lah datang ke majlis orang then dok kutuk pasal gaun pengantin,pasal sikap penaja, kononnya pengantin jadi model lah....dan macam-macam lagi....so what!!...awak apa susah?????awak tu cukup cakap pasal masakan sudah la...! Pembaca-pembaca kat laman sosial tu pun tumpang semangkuk memberi komen dan mengutuk...ish-ish-ish....itu lah wajah sebenar orang kita!
Terlalu banyak lagi isu yang diungkit tentang pasangan pengantin baru ni.....kesian jugak mereka... Mereka juga manusia biasa, walau apapun sisi gelap mereka yang kononnya dalam pengetahuan ramai orang, namun kita tidak berhak untuk mencalar bahagia yang sedang mereka bina! Beri lah mereka peluang.... kalau tidak mahu mendoakan kebahagiaan mereka tak apa lah, jangan doa apa-apa....
....dan jangan lah pula berlaku terlalu kejam dengan berharap mahligai yang mereka baru bina itu bakal runtuh serta bersedia untuk bertepuk tangan!

Aku bukan berminat sangat nak mengulas tentang kisah kahwin artis tapi tengok dan renung kan lah sikap orang-orang kita yang "sudah terang lagi bersuluh" begitu cemburu dan dengki dengan kelebihan dan keistimewaan yang diperolehi oleh orang lain...itu jelas!

Katakan saja!: jaga tepi kain sendiri sudah lah! pun begitu tetap tidak setuju kalau pakaian pengantin yang Memey pakai tu nak dipamerkan kat Muzium Negara..bukan apa, lucu sangat bunyi nya!!

7 comments:

  1. berikan mereka kesempatan untuk menikmati alam perkahwinan. it's their own to feel or to do something. :)
    semoga mereka berbahagia :)

    ReplyDelete
  2. betul2..malas nak amik port camni..biarla mereka, doakan mereka bahagia dan xulang kisah dulu.

    org kite ni mmg suke dok jge tepi kain org. kalau org duk jge tepi kain die, melenting!

    ReplyDelete
  3. Farra and Aesya: Yap...kita saksikan dan doakan kebahagiaan mereka. Mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.:-)TQ for dropping by.

    ReplyDelete
  4. doakan lah kebahagian mereka...mudah-mudahan bahagia hendaknya

    ReplyDelete
  5. hehe..moga bahagia la hendaknye...kdg2 bukannye apa...promosi melampau...orang ppon fed up jugok...muahaha

    ReplyDelete