Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Sunday 30 October 2011

Ada Lagi Yang Tak Bertamadun!

Assalamualaikum dan salam buat semua.

Juara Bola Sepak Piala Malaysia 2011 semua dah maklum...Negeri Sembilan. Tahniah buat pemain dan juga para penyokong mereka.Walaupun aku peminat tegar The Red Warriors, aku tetap melekat juga depan TV semalam menyaksikan perlawanan yang boleh dikatakan menarik dan juga suspen..dan sedikit lucu..hehehe..(aksi penjaga gol handalan Teganu tangkap bola untuk gol penyamaan tu)...:-) apapun semua orang buat kesilapan, dah nasib...kalah menang kan adat pertandingan!
Ini lah penyokong pasukan N9 yang dikatakan cedera di belasah oleh para penyokong pasukan Trengganu. Akibat dari tindakan membakar bendera Negeri Trengganu..Provok/menganjing dek kerana terlalu ghairah dan gembira sebab pasukan nya dah menang...dan ini lah "kemenangan sebenar" yang dimiliki dan dibawa pulang oleh orang yang sebegini! (Sumber Gambar: Google)
Yang mengharukan ialah tentang segelintir penyokong yang konon nya fanatik tapi sebenarnya "bodoh"! maksud aku ialah kes pergaduhan akibat dari tindakan membakar bendera! Alahai....ni pergi stadium nak tengok bola atau nak pergi merusuh atau membuat provokasi!????
Tak kira lah dari negeri mana sekalipun, jangan lah sampai bakar-bakar bendera! Apa makna semua tu.... dah kalah tu kalah lah..dan yang menang pun jangan lah dok provok dengan cara yang bukan-bukan!
Bagi aku, orang yang membakar bendera tu tak layak untuk berada dalam kelompok manusia yang meminati sukan. Bukan kah sukan itu untuk menyatukan?
Walau seghairah manapun sokongan pada pasukan kita, kita perlu ingat, kalah-menang adat pertandingan. Jangan dengan tindakan yang "tidak cerdik" itu, "yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu!"

Katakan saja!: memang setiap kali balik dari stadium suara mesti hilang....tapi cukup setakat bersorak je lah...

No comments:

Post a Comment