Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua.
Actually tak ada benda yang menarik pun untuk ditulis, namun memandangkan dah dua hari tak update blog ni, so apa salahnya tulis lah apa saja yang hadir dalam fikiran ketika ni.
Memandangkan badan masih lagi lenguh-lenguh drive dari kelantan semalam, so hari ini kitanya tak ke mana-mana, hanya menghabiskan hujung minggu kat tepan tv. Seminggu tinggalkan rumah, so this is the best time untuk kemas-mengemas apa yang patut. Bila dah selesai semua tu, boleh lah buka lap top ni dan layan FB dan blog for a while.
Esok dah start kerja, dah bersusun things to be done!
Minggu depan sekolah satu minggu lagi then cuti plak sempena Hari Raya Korban (Haji). After that, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula. Bila dah nak periksa ni, cikgu pulak yang lebih risau..anak-anak murid tak tahu lah macam mana. Harapnya cuti-cuti yang back to back tidak akan melekakan mereka untuk membuat ulangkaji. Risau juga takut nanti cuti akan membantutkan momentum mereka untuk membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan penting tu!
Memandangkan cuti Raya Haji tahun ni cuma sehari-dua je, aku dan keluarga rasa nya tak balik kampung, nampak gaya nya beraya lah kami kat Bentong ni. Tak apa la....beraya bersama keluarga kecil (isteri dan anak-anak) kira nya menarik juga. Belum merancang lagi nak ke mana, namun selepas sembahyang raya kat Bentong nanti, boleh lah kemana-mana yang difikirkan sesuai untuk menghilangkan kerinduan pada kampung halaman. Dua minggu selepas itu pun memang nak balik kampung juga cz sekolah dah start cuti panjang (cuti hujung tahun).
Ok lah...cukup dulu untuk coretan biasa petang-petang minggu ni..nanti ada idea atau isu-isu yang menarik, boleh update lagi :-)
No comments:
Post a Comment