SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Monday, 31 October 2011

Bila Cikgu Santai, Pelajar 10 Kali Lagi Santai :-(

Assalamualaikum dan salam buat semua.
Harap you all sihat sejahtera..berada dalam situasi yang sangat menyenangkan petang-petang begini.
Sebenarnya mata ni rasa macam nak tidur, tapi tak nak lelap la pulak..so, buka lap top dan update blog rasanya lebih berbaloi...


Tadi masa kelas durasi 2 jam (Jadual anjal) aku dan cikgu-cikgu matematik kumpulkan pelajar kat dewan untuk P&P berkonsepkan latih tubi. Memandangkan today is the first day came back from holiday so banyak la kerja-kerja yang perlu dibereskan oleh kebanyakkan cikgu-cikgu termasuk marking paper exam akhir tahun tingkatan 4. Memandangkan cikgu-cikgu agak kelam kabut dengan kerja masing-masing so ada yang agak lewat datang ke dewan. Pelajar di edarkan dengan modul latih tubi..... cikgu-cikgu just ready untuk buat penerangan atau memberikan guidence kalau pelajar perlukan....Semua nya dalam keadaan yang agak santai la kiranya.
Budak-budak tu, bila nampak cikgu santai dan releks je, so mereka lagi lah nak releks. Ada di kalangan mereka yang jawab soalan sambil dagu bertongkat kat meja..emmm boleh?!!!!! Selain itu ada yang bergurau senda ala-ala cubit-cubitan-senggol-senggolan lagi!
Kalau ikutkan hati.....makan tanah budak-budak ni!!!! Tapi sabar je lah..dah dekat sangat nak SPM. Kaedah memujuk dan mengambil hati banyak diterapkan di saat-saat begini! Gitulah pendidikan zaman sekarang! penuh mesra dan kemanjaan! Masa zaman aku dulu, kalau buat gitu, harus kena humban keluar dari kelas oleh cikgu!...kena terima hakikat zaman dah berubah beb!.....
Sebelum tamat tu, kami cikgu-cikgu bentangkan jawapan bagi mereka yang belum buat semakan dengan cikgu...so mereka mula lah terjerit-jerit.."aku betul! Ya, cikgu sama dengan jawapan saya! ehhh saya betul semua lah! dan macam-macam lagi celahan jawapan berunsur dialog-diolog yang nampak sangat mereka sedang "bermain-main"!
Apa nok di kato......? doa je lah mereka sebenarnya memang ada kebolehan cuma sikap je sikit-sikit "kureng"!

Katakan saja!: tak nak marah-marah sangat nanti mudah kena darah tinggi.....hehehehe....

1 comment:

  1. itulah kan bang, ikut hati, da suap da budak2 tu dengan modul tu dlm mult diorg, hahahaha, isthigfar bebanyk je la kan

    ReplyDelete