Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Friday, 14 October 2011

Gelaran Tidak Mampu Mengubah Apa-apa!


Assalamualaikum…..

Sumber Gambar: Google
Tersentuh hati membaca artikel ringkas tentang Datuk Yahya Sulong yang mesra dengan panggilan Pak Ya di akhbar Sinar Harian hari ini.
Beliau kira nya antara pelawak tanahair yang boleh diletakkan dalam kategori "legenda" juga la.
Banyak filem dan drama yang telah dibintangi beliau, berada dalam tempuh yang sangat lama dalam industri seni tanahair membolehkan beliau dianugerahkan dengan gelaran Datuk.
Pada usia yang sudah lanjut, rupanya gelaran Datuk yang diraih itu tidak "mampu" berbuat apa-apa bagi membolehkan beliau menjalani kehidupan yang aman dan sempurna di usia sebegitu.
Selama ini, kalau sebut "Datuk" semua orang membayangkan gelaran yang se- gah itu setara dengan harta dan wang ringgit yang dimiliki oleh pemilik gelaran tersebut… Dalam kes Pak Ya ini, rupa nya Datuk hanya lah gelaran semata-mata dan tidak menjamin apa-apa, apatah lagi untuk dibanggakan.
Jangan kata untuk memiliki rumah banglo, kereta mewah ataupun melancong ke luar negara, duit untuk membeli ubat bagi memastikan kesihatan diri terjamin pun tidak mampu dimiliki oleh beliau.
Setiap bulan cuma berharap kepada elaun polis (kerana beliau adalah bekas polis) sebanyak RM 400. Hanya sebanyak itu saja yang digunakan untuk menyelesaikan pelbagai perbelanjaan untuk beliau dan juga isteri.
Anak-anak yang ramai rupanya tidak menjanjikan bahagia buat Datuk kerana anak-anak nampaknya “tidak berminat” untuk membantu meringankan beban yang digalas oleh ayahanda mereka di usia yang sebegitu lanjut.
Tiada sesiapa pun dalam hidup ini yang ingin menjalani hari tua dengan kedaifan dan serba kekurangan, namun andai takdir nya begitu, apakan daya?
Apa yang ku tulis dan ulas ni (sumber berita : Akhbar Sinar Harian) bukan lah berniat untuk mengutuk atau memberi pandangan serong kepada dunia seni mahupun anak-anak Datuk (Pak Ya) tapi setiap dari kita harus memperingati diri masing-masing. Ingat dan beringat! Dalam keseronokan menjalani kehidupan masa muda, ingatlah hari tua kelak…
Pepatah ada menyebut “sediakan payung sebelum hujan”, memandangkan kehidupan di hari muka sukar untuk di jangka, simpan lah sedikit bekalan sekurang-kurangnya untuk diri sendiri bagi membolehkan kita mampu berdiri di saat urat sarat dan tulang-tulang kita tidak lagi segagah hari ini.
Andai di panjangkan umur, jangan lupa, berdoalah agar hari tua kita kelak mampu memberikan ketenangan dan dijauhkan dari “kesesakan” kehidupan selain berharap agar zuriat-zuriat yang kita ada menjadi peneman dan penyumbang kepada bahagia yang kita damba kan!

Katakan saja!: dah ada cucu kelak,(kalau dipanjangkan umur) berpeluang juga merasa gelaran Datuk…hahahaha…

3 comments:

  1. Betul tu. gelaran tak bawa apa apa makna. yang penting ilmu :)

    ReplyDelete
  2. Ziema: Sangat setuju...Ilmu mampu membawa perubahan kearah yang lebih baik dalam kehidupan:-)

    ReplyDelete
  3. hm.... anak2 zaman sekarang...
    saya pun anak zaman sekarang... hm...

    ReplyDelete