SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Monday, 17 October 2011

Dah Macam Artis la Pulak !


Assalamualaikum…

Gambar yang langsung tak sesuai dengan kandungan entri ni..tapi ada sket-sket sesuai ngan tajuk..hahahaha...hiasan semata!
As i said dalam entri tadi, hari ni tak banyak kerja sangat, nak pulak kelas pun tak ada hari ini. So masa yang ada digunakan untuk prepare bahan mengajar untuk kelas jadual anjal. Selain itu siapkan juga skema supaya senang cikgu-cikgu nak rujuk.
Di samping itu, tengah membaca dan meneliti kretiria untuk penilaian 5S sebagai auditer (juru odit). Hahahaha..aku dan beberapa orang kawan lagi telah dilantik untuk jadi juru audit dalaman program 5s. Nak kena pi menilai tempat-tempat atau zon yang melaksanakan 5S kat dalam sekolah ni. Berpuluh kretiria yang perlu diteliti. Semakin dibaca mata makin berpinar dan kepala makin pening!
Ahhhh…biarkan dulu, sampai masa nak menilai/ mengaudit nanti, buat je la apa yang patut.
Selain dari kerja-kerja yang perlu dibuat, Sejak beberapa hari ini, cikgu-cikgu juga menjadi semakin "sibuk" akibat dikejar para pelajar. Kat mana-mana jua, kantin mahupun bilik guru pelajar pasti mengejar untuk mendapatkan tandatangan buku penglibatan kokurikulum mereka. Naik lenguh menyain buku mereka tu. Bukan hanya menyain tapi kena bagi markah juga..aduhhhh!
Pelajar plak suka sangat buat kerja last minute, bukan hanya tentang belajar, benda-benda kokurikulum ni pun nak kena last minute baru nak jalan. Padahal untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain pun…emmm begitulah pelajar zaman sekarang ni, tak tunjuk kesungguhan dalam apa jua perkara. Ada pelajar yang langsung kita tak pernah tengok tetiba datang cakap "cikgu, saya pun ahli kelab kebudayaan, boleh sain tak?" aku tanya balik, "ye ke awak ni?, tak pernah nampak pun, awak buat persembahan apa untuk kelab? persembahan silap mata? sampai kan saya tak pernah nampak pun awak ni.!".ish-ish-ish!
Bila kita berseloroh kata ‘penat lah cikgu kalau macam ni” mereka  juga turut berseloroh “ala, best la cikgu, beberapa minggu ni dah jadi macam artis, budak-budak cari dan minta tandatangan, bukan senang tu cikgu!”…emmmmm..artis lah sangat!

Katakan saja!: pelajar ni macam-macam, ada ketika kita rasa marah ada ketika rasa sayang! hehehehe....

3 comments:

  1. akhir tahun memang cikgu le yg popular,,, coz mengalahkan artis lak.. banyak benor peminat nak dapatkan autograf... ape2... layan jelah kerenah..ekekekek

    ReplyDelete
  2. kita kan cikgu merangkap retis...haha

    ReplyDelete
  3. hoho..cikgu mmg la mcm retiss bagi student

    ReplyDelete