Powered By Blogger

SOKONGAN DAN SEMANGAT AKU

Wednesday, 26 October 2011

Mengaku Juga Akhirnya :-)

Assalamualaikum...dan salam buat semua.
Sumber: Berita Harian

Nak tulis tentang isu hiburan sikit, dalam industri hiburan ni, kisah artis bercinta lah yang kiranya paling laris dan paling dicari oleh para peminat. Wartawan hiburan pun berlumba-lumba mengejar dan "mengorek" kisah artis yang sedang hangat bercinta.
Kisah Tizz dan Remy Ishak bercinta ni sebenarnya dah lama, namun mereka berdua ni asyik menafikan, konon nya hanya bercinta dalam filem dan drama kat alam realiti jawapan mereka "Kami hanya kawan rapat"...hahahaha sangat klise!. Biasa la mereka pandai berlakun, so jangan kata dalam filem, kat luar pun memang tetap juga nak berlakon.
My friend yang ada dalam industri pun ada bagitahu yang dua orang pelakon fofular ni memang tengah hangat bercinta. walaupun bukan untuk filem mereka kalau makan berdua tu siap bersuap-suap manja lagi. Ada ke kawan biasa-biasa kalau makan tu main bersuap-suap? emmmmmm entah lah! Masa kat Kuantan beberapa bulan lalu (sempena Jom Heboh TV3) mereka berdua ni dilihat (banyak mata yang lihat) melepak sampai lewat malam kat ruangan rehat Hotel (hotel terbesar dan terbaru) kat kuantan. Borak-borak dalam keadaan yang sangat romantis dan memang jelas seperti orang tengah angau bercinta...pun begitu....Mereka tetap menafikan nya.... Begitu lah Adam dan Nuraminah! Apa salahnya mengaku kalau dah bercinta!
Tut-Tup...hari ni dalam Berita Harian si Remy dengan yakinnya memberi statement:-
"Ya, saya memang sedang berpacaran dengan Tiz. Bukan niat saya untuk menyorokkan perkara ini. Selama ini saya memang tidak mahu bercerita secara terbuka mengenai hal ini kerana tidak mahu menguar-uarkan perkara yang kita tidak tahu kesudahannya. Bagi mereka yang tahu mengenai hubungan kami, tahulah.

So bagus lah kalau dah berani mengaku. Tak perlu lah nak sorok-sorok kalau banyak perbuatan dan tingkah laku yang ditunjukkan kepada umum memang mengesahkan anda berdua ni memang dengan sayik masyuk bercinta.
Selain itu, kalau hati dah yakin bercinta dan mencintai Remy mahupun Tizz tak perlu takut , cuba amati statement Remy ni :
"Lagi pun, perkara ini terlalu awal untuk kongsi dengan semua orang. Saya tak mahu disebabkan terlalu terbuka bercerita soal percintaan, jika perkara itu tidak berakhir, ia akan memalukan banyak pihak,

Memang jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan, namun kita yang merancang dan berusaha ke arah itu, selain berdoa dan bertawakal!
Bila dah bercinta tu, harapnya adalah impian ke arah yang lebih baik..maksudnya kahwin. Nak tunggu apa lagi, sama cantik sama padan sama popular, so kahwin je lah..... Tak perlu lah nak takutkan soal populariti! peminat dan penonton masa kini sudah bijak untuk menilai, kalau berlakon dah memang best, awak anak sepuluh pun orang tetap akan beri sokongan. 

Katakan saja!: Muak dengan atris yang kejap kata bercinta kejap kata berkawan....

5 comments:

  1. bru nk mengaku..xpe la..as long dorang bahagia...kawen2 la cepat..elak maksiat...hehe

    ReplyDelete
  2. Nora: Biasa la retis ni, selalu nak suruh peminat tertanya-tanya....padahal ramai peminat yang cakap.."kau orang nak bercinta? berkahwin? bergaduh? bercerai? ada aku kessaaahhhhh!"

    ReplyDelete
  3. aduh..tiz zaqyah tu..melepas caer..haha

    ReplyDelete
  4. Mohd sasuke: Melepas tiz zaqyah tak pe, ada ramai lagi..apa kata cube tackle Neelofa! hahahaha....:-)

    ReplyDelete